*LOH, MAZA & RAMASAMY: POLEMIK KEISLAMAN 3 KANAK-KANAK* Begitu hangat dibicarakan mengenai polemik keislaman 3 kanak-kanak. 3 kanak-kanak itu adalah lahir daripada perkahwinan pasangan bukan Islam. Selepas berlaku pergaduhan rumah tangga, ibu bapa ini telah berpisah dan kemudiannya 3 anak mereka telah dibawa oleh bapa mereka. Selanjutnya, bapa mereka telah memeluk Islam dan anak-anak mereka telah turut memeluk Islam. Bapanya kini dikhabarkan berada di dalam penjara dan seterusnya ibu kanak-kanak itu, Loh Siew Hong telah memfailkan kes bagi menuntut hak jagaan bagi kanak-kanak berkenaan. Pada asalnya isu ini hanya berkisar mengenai hak jagaan kanak-kanak ini. Namun, isu ini menjadi polemik baharu apabila dikatakan kanak-kanak itu telah memeluk agama Islam dengan persetujuan bapa mereka tetapi tanpa persetujuan ibu mereka. Pada masa yang material itu, Mufti Perlis, Dr MAZA menegaskan bahawa keislaman kanak-kanak itu adalah sah menurut Enakmen berkaitan agama Islam di Perlis. Se...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.