Skip to main content

Posts

Showing posts with the label belajar undang-undang

PEGUAM MALAYSIA

Pagi tadi ada kawan yang hantar gambar ini. Gambar ini dibuat oleh The Star berdasarkan statistik setakat 31 Ogos 2022 yang diperolehi daripada Majlis Peguam. Jumlah keseluruhan peguam yang beramal: 21,926 orang Peguam lelaki : 9,690 orang (44.2%) Peguam wanita: 12,236 orang (55.8%) ....................................................... Peguam Cina : 9,162 orang (41.8%) Peguam Melayu: 8,691 (39.6%) Peguam India: 3,274 (14.9%) Peguam Punjabi dll: 799 (3.6%) ..................................................... Kelulusan paling ramai adalah melalui CLP (7,216), diikuti oleh UIAM (3,811), UiTM (1,945), Universiti Malaya (1,778), Lincoln's Inn (1,488), MMU (1,424), UKM (1,152). .................................................... Komentar: Melalui statistik ini kita dapati ramai wanita memilih untuk menjadi peguam berbanding dengan pihak lelaki. Faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan ini mungkin disebabkan ramai pelajar wanita berbanding lelaki yang menuntut di universiti. Kemungk...

Memandang Manusia Daripada Sudut Hak Asasi Dan Taqwa

Sewaktu menikmati sarapan pagi di sebuah hotel, saya melihat dua wajah yang kontras. Saya melihat satu wajah ceria penuh senyuman daripada pelayan hotel yang bertugas mengangkat pinggan mangkuk dan satu wajah yang kusam tanpa keceriaan daripada penghuni hotel. Sebenarnya wajah pelanggan hotel itu pelbagai. Ramai pelanggan hotel datang bercuti bersama ahli keluarganya. Mereka datang bersarapan dengan ahli keluarga tetapi sangat kurang wajah yang ceria menampakkan senyuman. Ada yang begitu sibuk mencuba pelbagai menu sarapan sehingga lupa untuk menikmatinya. Mungkin mereka jarang ketemu dengan hidangan yang terlampau banyak dan pelbagai. Ada yang dihidangi senyuman oleh pelayan tetapi membalasnya dengan wajah yang kusam. Ya, kita akui bahawa pelayan itu barangkali sudah dilatih oleh majikannya untuk sentiasa senyum dan sentiasa berhemah apabila melayan pelanggan. Tidak hairanlah, bukan sedikit pengunjung kopihaus yang terpikat dengan pelayannya. Aneh bukan! Bagaimana seorang y...

Memilih Tempat Beramal - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 5

Salam Sejahtera, Bagi pelatih dalam kamar yang telah menghabiskan latihan dalam kamar, persoalan ini kerap menghantui fikiran. Di manakah perlu saya beramal? ( beramal - ini bukan mengamalkan ajaran sesat. Ianya adalah istilah undang-undang yang merujuk kepada 'practising law'. Apabila sudah dialih bahasa maka istilahnya beramal ). Bagi pelatih dalam kamar yang mana bosnya memilih untuk mengambil pelatih tersebut untuk beramal di firmanya mungkin tidak mempunyai kesulitan. Adalah lazim bagi seorang pelatih dalam kamar untuk kekal di tempat beliau menjalani latihan kerana sudah terbiasa dengan keadaan di firma tersebut. Semua kerani dikenali dan perangai bos pun sudah terlazim. Kadang-kadang tawaran gaji yang diberikan pun adalah lumayan. Saya sendiri waktu habis latihan dalam kamar dahulu pada tahun 2000 telah diminta oleh bos saya untuk beramal di firma beliau. Pada waktu itu, gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1000 sebulan. Elaun pelatih dalam kamar pada waktu itu a...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Realiti Belajar Undang-Undang Tidak Sama Dengan Beramal Dengan Undang-Undang

Pagi ini ada rakan fb saya yang juga bekas pensyarah saya, Prof Madya Dr Shamrahayu meletakkan posting di fb beliau seperti berikut, "Sebelum terbaca satu status sahabat di laman FB ramai pelajar saya yang telah menamatkan "law school" dan sedang menjalani latihan dalam kamar atau sudah berkhidmat membuat rumusan bahawa banyak teori yang dipelajari di universiti tidak dapat diterima pakai di alam realiti. Respons saya: Universiti mengajar teori. Universiti cuba mencari kelebihan diri pelajar. Universiti cuma boleh memberi. Pelaj ar hendaklah berdikari. Dengan teori, dengan kelebihan diri dan dengan berdikari, pelajar perlulah bijak menatap realiti. Seterusnya, dengan berbekal kelebihan diri, pelajar hendaklah bijaksana menyuai padan realiti dan teori - menentukan sama ada realiti perlu disuai padan dengan teori atau teori yang perlu disuai padan dengan realiti. Semua itu pelajar perlu buat sendiri. Setelah tamat di sini, universiti hanya boleh memerhati. Alam realiti i...