Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Keislaman anak anak sepihak

LOH, MAZA & RAMASAMY: POLEMIK KEISLAMAN 3 KANAK-KANAK

  *LOH, MAZA & RAMASAMY: POLEMIK KEISLAMAN 3 KANAK-KANAK* Begitu hangat dibicarakan mengenai polemik keislaman 3 kanak-kanak. 3 kanak-kanak itu adalah lahir daripada perkahwinan pasangan bukan Islam. Selepas berlaku pergaduhan rumah tangga, ibu bapa ini telah berpisah dan kemudiannya 3 anak mereka telah dibawa oleh bapa mereka. Selanjutnya, bapa mereka telah memeluk Islam dan anak-anak mereka telah turut memeluk Islam. Bapanya kini dikhabarkan berada di dalam penjara dan seterusnya ibu kanak-kanak itu, Loh Siew Hong telah memfailkan kes bagi menuntut hak jagaan bagi kanak-kanak berkenaan. Pada asalnya isu ini hanya berkisar mengenai hak jagaan kanak-kanak ini. Namun, isu ini menjadi polemik baharu apabila dikatakan kanak-kanak itu telah memeluk agama Islam dengan persetujuan bapa mereka tetapi tanpa persetujuan ibu mereka. Pada masa yang material itu, Mufti Perlis, Dr MAZA menegaskan bahawa keislaman kanak-kanak itu adalah sah menurut Enakmen berkaitan agama Islam di Perlis. Se...

PENDAFTARAN & PEMBATALAN DAFTAR KEISLAMAN

  PENDAFTARAN & PEMBATALAN DAFTAR KEISLAMAN Hari ini timbul semula isu panas. Isu jadi panas sebab ada kaitan dengan agama. Perkara yang berkaitan dengan agama dan bangsa biasanya jadi panas, terutamanya jika ada yang jadi tukang kompang. Benda yang kaitan dengan integriti dan korupsi jarang panas sebab tak ramai yang nak kompang isu ini. Pertamanya, cara Puan Loh ini memfailkan kes di Mahkamah adalah di bawah proses undang-undang. Pendirian undang-undang yang terbaru mengikut kes Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and other appeals [2018] 1 MLJ 575 mengatakan tafsiran kepada maksud 'parent' dalam Per. 12(4) Perlembagaan Persekutuan adalah bermakna pengislaman sepihak (unilateral conversion) adalah tidak sah. Oleh kerana ianya melalui proses Mahkamah maka pihak responden hendaklah melantik peguam bagi mempertahankan pendirian mereka. Pihak lain yang berkepentingan juga boleh memohon untuk menjadi pencelah. Keduanya, Mahkamah Sivil hanya b...