Skip to main content

Posts

Showing posts with the label perceraian

Amalan Ayat 1000 Dinar Dalam Perceraian

Baru-baru ini seorang wanita muda berusia awal 30-an datang mengadu halnya yang telah diceraikan oleh suaminya. Kasih yang dipupuk di bangku sekolah menengah akhirnya runtuh setelah lima tahun mendirikan mahligai bahagia. Tambah menyayatkan hatinya apabila beliau diceraikan tatkala masih dalam tempoh berpantang anak bongsunya. Air matanya berderai tatkala menitipkan kisahnya. Mujurlah ada kotak tisu yang disediakan di dalam bilik tetamu, dapatlah digunakan untuk menyembunyikan rasa sedihnya itu. Setiap perkahwinan yang dilangsungkan tidak pernah seorang pun yang mengimpikan untuk bercerai. Namun, kadang kala perceraian itu tidak dapat dielakkan apabila sakinah, mawaddah wa rahmah (ketenangan, kecintaaan dan kasih sayang) sudah luput dalam kamus pasangan berkenaan. Perceraian yang berakhir antara pasangan yang tidak mempunyai anak lazimnya tidak mendatangkan parut luka yang lama. Namun, jika pasangan itu mempunyai anak maka hubungan dengan bekas suami dan isteri tidak dapat dielakka...

Amalan Perjanjian Pra-Perkahwinan (Pre-Nuptial Agreement) di Malaysia

Perjanjian Pra-Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai Pre-Nuptial Agreement adalah sangat popular di negara Barat dan kini trend untuk membuat perjanjian sebegini semakin berkembang di Malaysia. Perjanjian sebegini lazimnya akan menyatakan hak dan tanggungjawab antara pasangan suami dan isteri contohnya jumlah nafkah yang dibayar kepada isteri serta hak-hak yang akan diperolehi jika berlaku perceraian. Perjanjian sebegini sangat popular di Barat kerana suatu perceraian yang berlaku di sana boleh menyebabkan pasangan 'botak' kepala kerana terpaksa membahagikan alimoni perceraian dan harta kepada pasangannya. Lazimnya, di sana pembahagian akan dibuat secara sama rata selepas perceraian jika tiada dibuat perjanjian pra-perkahwinan ini. Di Malaysia barangkali perjanjian sebegini popular di kalangan masyarakat bukan Islam. Ini kerana di Malaysia, suatu perjanjian adalah kontrak dan suatu kontrak adalah dikawal selia oleh Akta Kontrak 1950. Secara teknikalnya, perjanjian pra-perka...

Anak Mangsa Perceraian

Beberapa hari lepas anakguam sangat gembira kerana berjaya mendapat perintah Mahkamah Syariah untuk bersama dan bermesra dengan anak-anaknya selama seminggu dalam tempoh cuti penggal persekolahan. Namun, nyata sekali si ibu tidak gembira dengan keputusan Mahkamah itu. Ini mungkin berpunca sakit hati ke atas suaminya itu belum lagi habis. Si suami telah bernikah lain tanpa pengetahuan si isteri dan si isteri hanya mengetahuinya selepas 2 tahun pernikahan itu berlangsung. Ini mengundang kemarahan isteri.  Akhirnya, badai yang menimpa pantai itu tidak dapat lagi dihalang. Pernikahan itu berakhir dengan perceraian. Perceraian ini meskipun pahit, mungkin menjadi penawar terbaik untuk pasangan ini. Namun, dalam proses mendapat penawar ini, seharusnya anak-anak tidak dimangsakan. Silaturrahim antara anak dan bapa tidak harus diputuskan. Apatah lagi, jika anak-anak itu masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang bapa. Usah jadikan anak-anak seperti anak yatim yang kematian...
Ramadan Kareem , Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama menambahkan takwa dan iman. Bulan ini adalah bulan muhasabah diri dan bulan menambahkan amal. Janji Allah taala adalah bahawa hambanya yang beramal akan dilipatgandakan pahala dan kebajikan. Amalan istighfar, solat sunat, tilawatul quran dan bersedekah adalah amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap insan. Perbanyakkan solat malam dan doa kepada Allah supaya melimpahkan kebaikan dunia dan akhirat. Pesan tok guru adalah supaya janganlah kita meminta doa untuk senang dan kaya di dunia, malah yang terlebih utama adalah kebaikan dan kesenangan di akhirat. Oleh itu, saya menyeru kepada tuan dan puan supaya menambahkan amal kebajikan. Ramai juga di kalangan klien saya mempunyai masalah rumah tangga. Pada bulan inilah kalian harus memperbanyakkan solat dan doa dan memohon petunjuk daripada Allah terhadap kes-kes yang dihadapi oleh kalian. Allah telah menjadikan Adam dan Hawa sebagai teman. Jika terdapat perteli...