Skip to main content
Ramadan Kareem,

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama menambahkan takwa dan iman. Bulan ini adalah bulan muhasabah diri dan bulan menambahkan amal. Janji Allah taala adalah bahawa hambanya yang beramal akan dilipatgandakan pahala dan kebajikan.

Amalan istighfar, solat sunat, tilawatul quran dan bersedekah adalah amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap insan. Perbanyakkan solat malam dan doa kepada Allah supaya melimpahkan kebaikan dunia dan akhirat.

Pesan tok guru adalah supaya janganlah kita meminta doa untuk senang dan kaya di dunia, malah yang terlebih utama adalah kebaikan dan kesenangan di akhirat. Oleh itu, saya menyeru kepada tuan dan puan supaya menambahkan amal kebajikan.

Ramai juga di kalangan klien saya mempunyai masalah rumah tangga. Pada bulan inilah kalian harus memperbanyakkan solat dan doa dan memohon petunjuk daripada Allah terhadap kes-kes yang dihadapi oleh kalian. Allah telah menjadikan Adam dan Hawa sebagai teman. Jika terdapat pertelingkahan yang kecil bolehlah tuan dan puan bermaafan. Ingatlah bahawa sabar itu adalah ubat yang paling baik. Tetapi, jika perangai teman hidup tuan dan puan itu telah mencabar hukum agama dan kesabaran pun telah melampaui batas, maka Allah telah tunjukkan jalan keluar terbaik. Perpisahan mungkin adalah perbuatan makruh yang paling dibenci tetapi kadang-kadang adalah jalan keluar terbaik. Berpisahlah dengan cara terbaik dan hidup bersama pun mestilah dengan cara terbaik.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

THE CONCEPT OF CONSTRUCTIVE DISMISSAL IN MALAYSIA

1)            Constructive dismissal is a term used when an employee terminates his employment contract and considers himself discharged from further performance of his work as a result of his employer’s behaviour. For example, the employer has made the employee’s position at work untenable leaving the employee with no alternative but to quit his employment under protest. Although there is no actual dismissal by the employer, the end result is the same as if the employee had been fired. 2)            Gopal Sri Ram JCA in Quah Swee Khoon v Sime Darby Bhd [2001] 1 CLJ 9 at 19 described ‘constructive dismissal’ as follows: “A reading of the pleaded case for the parties resolved the issue that fell for adjudication before the Industrial Court into what the profession has come to call as a “constructive dismissal”. There is no magic in the phrase. It simply means this. An employer does not like...