Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kerjaya

Kepentingan Advokasi Lisan Di Mahkamah Syariah - Bagaimanakah Ingin Berjaya Dalam Profesion Guaman - Siri 14

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah Syariah sama ada di Mahkamah Rendah atau Mahkamah Tinggi jarang sekali ada kesempatan untuk membuat advokasi lisan atau hujahan lisan kepada hakim bicara. Biasanya advokasi lisan ini hanya dibuat di Mahkamah Rayuan Syariah. Dalam suatu perbicaraan sesuatu tuntutan di Mahkamah Syariah lazimnya akan dimulakan dengan saman atau permohonan. Bagi penfailan saman, ianya melibatkan tuntutan yang am seperti tuntutan fasakh, taklik, harta sepencarian, pengesahan hibah, tuntutan harta amanah, tuntutan nafkah dan lain-lain. Manakala, permohonan pula difailkan bersama afidavit dalam kes-kes tertentu yang telah ditetapkan di dalam Jadual Kedua, Akta Tatacara Mal seperti permohonan anggapan kematian, perlantikan wali am, injunksi dan lain-lain. Bagi Kes saman, suatu pernyataan tuntutan perlu difailkan. Defendan pula akan menfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas dan diikuti dengan jawapan kepada pembelaan dan pembelaan ke atas tuntutan balas oleh pih...

Kesihatan - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 12

      Untuk berjaya dalam profesion guaman, anda hendaklah sentiasa sihat wal afiat. Profesion ini memerlukan seorang yang sihat kerana ianya adalah profesion yang memberikan perkhidmatan. Profesion ini tidak menjual produk atau barangan.       Profesion ini modalnya adalah otak, pen, kertas dan air liur. Maksud saya seorang peguam perlu menggunakan ilmu (otak) untuk berfikir bagi setiap kes yang dihadapi. Tanpa tubuh badan yang sihat otak tidak akan berfungsi sebagaimana yang disebut di dalam pepatah arab, "Akal yang sihat hanya ada pada tubuh badan yang sihat (Al-'aqlu al-salim fi al-jism al-salim)". Profesion peguam adalah antara profesion yang banyak menggunakan akal. Sebab itu seorang peguam yang aktif jarang akan menjadi nyanyuk. Seorang peguam bahkan terpaksa berfikir dari 5-6 sudut pandang untuk mendapatkan hasil atau solusi bagi masalah kliennya. Maknanya, peguam itu perlu berfikir berlapis-lapis sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini memerlukan ...

Keseronokan Kerjaya Guaman

Antara keseronokan kerjaya guaman adalah apabila anda dihargai oleh klien ( saya pun tidak pasti kenapa dalam kerjaya guaman perkataan 'klien' digunakan dan jarang perkataan 'pelanggan' digunakan; selain itu, ejaan klien kadang-kala dieja sebagai 'kelayan' ). Lebih-lebih lagi jika anda dihargai oleh pihak lawan. Ini tentu sekali memberikan impak yang besar kepada diri seorang peguam. sumber: www.commentskart.com Pada tahun 2004-2005, sejurus selepas PRU 11, saya berpeluang untuk bersama-sama dengan Datuk Haji Mohd Ariff Yusof (sekarang Hakim Mahkamah Rayuan) untuk membawa kes petisyen pilihan raya di Mahkamah Pilihan Raya. Pada masa itu, Datuk Haji Mohd Ariff Yusof adalah peguam kanan di firma Cheang & Ariff sebelum beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai seorang hakim. Meskipun kalah di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan, kekalahan itu adalah kekalahan yang bermaruah. Antara isu penting yang dibangkitkan adalah samada prinsip yan...

Kerjaya sebagai peguam

Hj Sulaiman Abdullah adalah peguam yang dihormati kawan dan lawan kerana prinsipnya Oleh: Dr Zulqarnain Lukman      S ewaktu melintasi tempat meletak kereta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam saya terlihat beberapa orang membawa jambangan bunga diiringi oleh ahli keluarga masing-masing. Kelihatan di wajah mereka kegembiraan dan keceriaan. Saya pasti bahawa hari semalam adalah hari besar dalam hidup mereka dan ibu bapa mereka. Mereka telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1 tahun di peringkat matrikulasi atau A-Level dan 4 tahun bagi menghabisi pengajian undang-undang. Ibu bapa mereka juga pasti telah berbelanja besar untuk menampung yuran pengajian anak-anak di universiti. Tidak syak lagi bahawa semalam adalah hari besar dan bersejarah bagi mereka kerana hari semalam adalah hari mereka didaftarai dan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Ini bermakna pengajian mereka di peringkat sarjana muda undang-undang telah ...