Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Tiga Cara Untuk Memperkasakan Mahkamah Syariah Tanpa Perlu Kepada RUU 355

Pada 26 Mei 2016 Ahli Yang Berhormat Marang telah mengemukakan usul persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (“Akta 355”). Dikatakan bahawa tujuan pengemukaaan usul itu adalah untuk meningkatkan wibawa dan memperkasakan Mahkamah Syariah. Justifikasinya adalah kerana dengan pengemukaan usul pindaan itu akan meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Pada masa sekarang, bidang kuasa maksima Mahkamah Syariah adalah untuk membicarakan kes-kes jenayah yang dikenakan hukuman maksima 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan. Manakala, dalam usul persendirian itu dicadangkan supaya bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ditingkatkan supaya setara dengan Mahkamah Sesyen Sivil iaitu untuk membicarakan apa-apa kes kecuali kes yang boleh dikenakan hukuman mati sahaja. Sekali imbas, sememangnya peningkatan bidang kuasa ini akan memberikan wajah baharu kepada Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa jenayah yang maha lua

RUU 355 : Bakal Membuka Jalan Ketidakseragaman Undang-Undang Jenayah Syariah

YB Ahli Parlimen Marang dalam usul persendirian berkaitan RUU 355 ini, antara lain telah mengusulkan seperti berikut: “2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati.” Jika usul ini diterima dan diluluskan kelak tanpa sebarang pindaan maka secara nyatanya DUN di setiap negeri berhak menggubal dan meminda Enakmen Jenayah Syariah masing-masing mengikut kehendak mereka sendiri kerana tiada had atau takat hukuman yang diletakkan di dalam Akta 355. Mengikut usul ini, “Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah”. Apakah yang dimaksudkan oleh YB Ahli Parlimen Marang dengan undang-undang syariah? Perkataan ‘undang-undang syariah’ itu tidak didefinisikan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri a

Perbandingan Tiga Usul YB Marang Berkaitan RUU 355

Berikut adalah perbandingan antara tiga usul YB Marang berkaitan RUU 355 sepertimana yang terkandung di dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat. Sepanjang kajian yang dibuat YB Marang telah mengemukakan usul pindaan RUU 355 ini sebanyak tiga kali dalam tiga mesyuarat berbeza. #Jika berlaku kesilapan dalam pengiraan ini mohon diperbetulkan. Apa yang menarik adalah bahawa ketiga-tiga usul itu adalah berbeza kandungannya. Apakah yang menyebabkan berlakunya perbezaan tersebut? Kenapakah berlaku taraddud begitu? Seharusnya jika pindaan RUU 355 telah dikaji oleh YB Marang melalui konsultasi dengan stakeholder atau pakar tentu sekali tidak mungkin berlaku perbezaan sedemikian. Penjelasan terbaik adalah daripada YB Marang sendiri. Aturan Urusan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas bertarikh 7/4/2015 24. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang