Laluan untuk menjadi peguam ini hanya satu sahaja iaitu dengan mendapat ijazah LL.B(Hons) atau apa-apa ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) yang setara. Lain universiti lain nama ijazah tersebut. Jika hanya mendapat diploma anda tidak layak untuk menjadi peguam. Bagaimanakah untuk mendapat ijazah LL.B itu. Sekurang-kurangnya ada tiga laluan. Laluan pertama adalah dengan melalui matrikulasi, kedua melalui STPM dan ketiga melalui diploma. Maksudnya tiada laluan yang membolehkan anda terus mendapat ijazah. Bagi lulusan SPM, program asasi adalah laluan untuk mendapat ijazah LL.B ini. Jurusan undang-undang dikategorikan sebagai jurusan sains sosial. Syarat kemasukan untuk masuk ke jurusan ini lebih longgar berbanding dengan jurusan sains tulen yang memerlukan gred A bagi subjek Kimia, Fizik dan Biologi. Lazimnya bagi asasi sains sosial ini anda hanya perlukan gred B sahaja dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Universiti manakah yang menawarkan ijazah...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.