Terdapat beberapa pandangan dalam isu samada lafaz talak 3 jatuh 1 talak sahaja. Saya salinkan semula hujahan yang pernah saya kemukakan di Mahkamah untuk manfaat semua. 1. Dr Wahbah Al-Zuhaily dalam kitab Fiqh dan Perundangan Islam Jilid VII, DBP, (2001) ms 526-528 telah dengan panjang lebar menghuraikan persoalan ini. 2. Antara intipati tulisannya menyatakan: a. Pendapat jumhur dari imam mazhab yang empat dan al-Zahiriyah: jatuh ketiga-tiga talaq. b. Pendapat Shi’ah Imamiyah: menceraikan isteri dengan tiga talaq sekali gus tidak jatuh talaqnya. c. Pendapat Shi’ah Zaidiyah: setengah ulama Zahiriyah dan Ibn Ishak, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim: jatuh satu talaq sahaja dan lafaz tidak memberi kesan. Undang-undang Mesir dan Syria telah mengambil pendapat ini. Kemudiannya, Lujnah Fatwa yang bersidang di Riyad mengubah daripada berpegang dengan pe...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.