Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pluralisme

Kebebasan berfikir dan bersuara dan polemik berkaitan liberalisme

Khutbah Jumaat di Negeri Selangor pada 13 Oktober 2017 bertajuk “Liberalisme Perosak Islam”. Sewaktu khatib menyebut tajuk khutbah ini, terlintas langsung di benak fikir, apakah yang ingin disampaikan oleh sang khatib? Adakah khatib sendiri memahami maksud liberalisme atau khatib hanya berupaya membaca teks khutbah tanpa memahami isi khutbah itu? Langsung tergerak untuk menyemak kembali isi khutbah tersebut yang telah dimuatnaik di portal e-masjid.jais.gov.my. Teks itu menyatakan, antara lain, “Fahaman liberalisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan syariat Islam. Fahaman ini menjauhkan seseorang Muslim daripada agamanya…” Kemudian dihuraikan juga bahawa bahaya liberalisme kerana “Fahaman liberalisme membawa kepada fahaman semua agama adalah sama...” “Golongan liberalisme dan pluralisme menolak wujudnya kebenaran Islam dan menyatakan semua agama adalah sama dan menganjurkan kepada kebaikan. Mereka mendakwa bahawa jika orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menukar a...