Skip to main content

Posts

Showing posts with the label saman polis

Darihal Saman Polis

Semalam sewaktu bersembang dengan seorang teman sewaktu menunggu kesnya dipanggil, beliau telah menceritakan pengalamannya ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya atas kesalahan menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu. Sewaktu beliau ditahan, beliau telah bertanyakan kepada polis yang menahan itu. “Apa kesalahan saya, encik?. Polis itu berkata, “Menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu”. Beliau bertanya lagi, “Saya guna loud speaker semasa menggunakan handphone itu. Apa beza guna loud speaker dengan menggunakan bluetooth atau hand’s free”. Polis itu terdiam dan bertanyakan pengesahan kepada rakan polis yang mengendap dalam semak. Polis yang mengendap itu mengesahkan bahawa rakan saya itu menggunakan loudspeaker. [ Saya tak pasti bagaimana polis itu dapat sahkan sedangkan dia tak dengar pun bagaimana rakan saya bercakap ]. Polis itu bertegas juga untuk mengeluarkan saman ke atas rakan saya itu walaupun rakan saya tetap mengatakan beliau tidak melakukan kesalahan. ...