Semalam (1 Mac 2017) tular berita mengenai kumpulan Hindraf dan beberapa individu yang telah menfailkan satu saman di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Antara tuntutan yang dibuat adalah bagi Mahkamah memerintahkan supaya Dr Zakir Naik ditangkap dan diusir keluar daripada Malaysia. Tindakan tersebut dipercayai dibuat kerana rasa kurang senang golongan beragama Hindu dengan isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik dan dikatakan akan menjejaskan keselamatan negara. Apa yang menjadi isu juga adalah keberadaan individu Muslim dalam kumpulan tersebut. Selanjutnya, SS Dato’ Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis telah melahirkan rasa hairan kerana keberadaan individu Muslim dalam kumpulan tersebut. Mungkin beliau berasa hairan kenapa individu Muslim itu boleh sependapat untuk tidak menyokong Dr Zakir Naik berceramah. Segolongan netizen juga memberikan komen bahawa tindakan kumpulan Hindraf itu tidak wajar dan menganggap tindakan itu mencabar kedaulatan agama I...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.