Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pengamal undang-undang

Menterjemah Elemen Rahman dan Raheem Dalam Kepeguaman

Dalam satu kes yang dibawa, saya telah mewakili seorang suami yang sudah menjadi orang kurang upaya dek sakit jantung dan gout yang dialami. Segala sendi dan badannya telah menjadi lemah dan bengkak sehingga beliau sudah tidak mampu berjalan. Beliau hanya berkerusi roda dan terpaksa ditolak oleh anaknya. Apabila beliau sampai ke Mahkamah (di sebuah daerah di Selangor) saya melihat kesukaran yang dialaminya untuk menuju ke kaunter pendaftaran. Saya agak ralat dengan binaan Mahkamah di dalam daerah di Negeri Selangor kerana reka bentuknya yang nampak canggih tetapi tidak mesra pengguna terutama warga OKU. Untuk naik ke pejabat Mahkamah di lantai bawah sudah ada tiga anak tangga yang perlu didaki. Bagi seorang yang mampu berjalan hal sedemikian tidak menjadi suatu yang sukar. Tetapi bagi OKU yang berkerusi roda beliau terpaksa diusung kerana tiada dibina laluan khas untuk OKU itu menolak kerusi roda. Mengangkat seorang OKU berkerusi roda bukanlah suatu kerja yang mudah dan memerlu...

Istiqamah Dalam Kepeguaman - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 9

Semalam (11.2.2016) saya berasa amat gembira kerana saya telah berkhidmat dengan sebaik baiknya kepada anakguam saya. Saya mula mewakili anakguam saya dalam kes perlaksanaan perintah harta sepencarian pada tahun 1999. Anakguam saya sebelum itu telah 10 tahun berjuang di mahkamah syariah bagi mendapat haknya dalam kes harta sepencarian setelah bercerai pada tahun 1998. Pada masa itu beliau menggunakan khidmat guaman seorang peguam lain. Akhirnya, setelah beberapa tahun, suatu perintah muktamad harta sepencarian telah diperolehi di Mahkamah Rayuan Syariah.  Oleh kerana tempoh masa berguamnya sangat panjang maka beliau telah kehabisan dana untuk membiayai kos guaman berikutnya. Sewaktu beliau berjumpa saya, beliau menyatakan bahawa tidak mampu lagi untuk membayar kos guaman. Setelah melihat kepada perintah itu saya menjangka bahawa kes beliau tidaklah begitu sukar kerana ianya hanya berkaitan perlaksanaan perintah. Saya bersetuju untuk memulakan kesnya dengan bayaran guaman permul...