Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kerjaya peguam

KERJAYA PEGUAM UNTUK LEPASAN SPM

Laluan untuk menjadi peguam ini hanya satu sahaja iaitu dengan mendapat ijazah LL.B(Hons) atau apa-apa ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) yang setara. Lain universiti lain nama ijazah tersebut. Jika hanya mendapat diploma anda tidak layak untuk menjadi peguam. Bagaimanakah untuk mendapat ijazah LL.B itu. Sekurang-kurangnya ada tiga laluan. Laluan pertama adalah dengan melalui matrikulasi, kedua melalui STPM dan ketiga melalui diploma. Maksudnya tiada laluan yang membolehkan anda terus mendapat ijazah. Bagi lulusan SPM, program asasi adalah laluan untuk mendapat ijazah LL.B ini. Jurusan undang-undang dikategorikan sebagai jurusan sains sosial. Syarat kemasukan untuk masuk ke jurusan ini lebih longgar berbanding dengan jurusan sains tulen yang memerlukan gred A bagi subjek Kimia, Fizik dan Biologi. Lazimnya bagi asasi sains sosial ini anda hanya perlukan gred B sahaja dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Universiti manakah yang menawarkan ijazah...

PEGUAM MARATHON

PEGUAM MARATHON Peguam marathon ini jarang kita boleh jumpa. Peguam marathon ini sama seperti pelari jarak jauh. Hendak sampai ke penghujung itu akan memakan masa yang lama. Perjalanan itu jauh. Kadang kala kita hairan kenapakah ada orang yang sanggup berlari sejauh 42 kilometer. Tidakkah dia berasa penat? Namun, bagi pelari marathon mereka menikmati perjalanan yang jauh itu. Bagi mereka ianya satu kenikmatan yang tidak dapat dicari dengan cara lain. Ada 4 kes yang diingati sebagai kes yang bersifat marathon. Kes-kes itu menjadi kes yang marathon kerana perjalanan kes itu begitu panjang melingkari kehidupan. Apa untungnya kes marathon. Pastinya keuntungan kes marathon itu bukanlah berbentuk keuntungan wang ringgit. Siapakah yang mampu hendak menanggung kos guaman yang berjalan kadang-kala mencecah 10 tahun. Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan yang bersifat membina karier dan kerjaya. Pengalaman yang lama mengendalikan kes-kes begitu memberikan kita keinsafan betapa masa itu am...

PEGUAM TAHUN BARU

PEGUAM TAHUN BARU Setiap kali tahun baru menjelang tiba setiap kali itulah juga orang mula membuat azam tahun baru. Tahun baru itu ibaratnya sebagai permulaan kepada suatu tempoh. Syukurlah Allah Taala telah menciptakan matahari dan bulan yang bergerak di atas orbit masing-masing sehingga kita semua dapat membuat kiraan dan hitungan masa. Bayangkan sekiranya tiada matahari dan bulan pastinya kita sendiri pun tidak tahu masa itu berlalu. Apakah maksud tahun baru bagi kita semua. Kita pastinya memperbaharui azam kita dengan melihat kemungkinan yang akan berlaku pada tahun berikutnya. Kita juga membuat muhasabah terhadap masa yang telah lepas. Muhasabah ini adalah penting untuk kita mengetahui prestasi yang kita telah hadapi pada tahun berikutnya. Ramai orang yang membuat muhasabah terhadap prestasi ekonomi yang dia hadapi pada tahun lepas. Muhasabah atau audit ini adalah dibuat bagi menghitung kedudukan dirinya. Paling penting peguam itu tahu berapa pendapatannya supaya peguam itu dapat ...

PEGUAM KALAH KES

PEGUAM KALAH KES Sejujurnya bila jadi peguam kita akan lebih ingat saat kita kalah kes daripada kita menang kes. Anehnya, ramai sekali menulis di facebook atau instagram bahawa mereka menang kes dan jarang sekali yang menulis berkenaan kalah kes. Bagi peguam litigasi kalah kes itu adalah lumrah dan hakikat yang perlu diterima. Sama seperti orang yang membeli saham di Bursa Malaysia, ada ketika untung dan ada ketika rugi. Pokoknya jangan biarkan kerugian itu mengatasi keuntungan yang diperolehi. Namun, bukan senang untuk seseorang itu menerima kekalahan. Dalam dunia kepeguaman, ianya ibarat ‘zero sum game’. Tiada hakim yang memutuskan peguam itu seri. Penghakiman adalah warna hitam dan putih sama seperti baju uniform peguam ke mahkamah. Tiada hijau, tiada oren, tiada biru, tiada merah. Noktah! Sebab itu bagi peguam litigasi mereka harus belajar cara menangani emosi diri dan emosi klien. Peguam yang gagal menangani emosi diri akan mengalami saat depresi. Ada peguam yang berhari-hari menj...

PEGUAM MENIPU

PEGUAM MENIPU Antara aduan yang sering kita dengar adalah wujudnya peguam yang menipu. Penipuan yang berlaku ini sering kali yang melibatkan wang atau melibatkan culas membuat kerja. Penipuan melibatkan wang lazimnya berlaku apabila peguam itu menjadi stakeholder (pemegang taruh) bagi kliennya. Dalam perjanjian jual beli, fungsi peguam adalah untuk menguruskan perjanjian jual beli sehinggalah nama pembeli berjaya didaftarkan sebagai pemilik untuk sesuatu hartanah. Proses perjanjian jual beli akan bermula dengan menandatangani perjanjian jual beli antara penjual dan pembeli. Penjual mungkin mengupah ejen hartanah untuk menjual hartanahnya. Ejen hartanah itu kemudiannya akan mencari pembeli. Sebaik sahaja pembeli bersetuju maka ejen hartanah akan meminta pembeli menandatangani satu surat yang dikenali sebagai ‘Offer To Purchase’ (Surat Tawaran Membeli). Surat ini akan mengandungi butiran ringkas mengenai hartanah yang dibeli dan tempoh untuk menandatangani perjanjian jual beli. Lazimnya,...