Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Penggunaan Satu Logo Dalam Pilihan Raya Adalah Tindakan Strategik Tun M dan BN

Satu perkara strategik pilihan raya yang dibuat oleh Tun M dalam PH adalah bertanding dengan menggunakan satu logo iaitu logo PKR. Tindakan ini bukan setakat memberikan keyakinan kepada pengundi terhadap kemampuan PH untuk bersatu dan menjadi alternatif kepada BN tetapi mempunyai implikasi undang-undang di bawah Peraturan 25F Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. Tinda kan ini nampak simple dan mudah tetapi gagal dibuat semasa PRU 13 di bawah Pakatan Rakyat. Ini juga membezakan kedudukan Gagasan Sejahtera kerana Gagasan Sejahtera tidak bertanding di bawah satu logo. Tambahan lagi. Gagasan Sejahtera tidak menamakan calon PM mereka. 2. Menurut Peraturan 25F itu, setelah selesai semua penjumlahan undi, SPR boleh membuat perisytiharan bahawa sesuatu parti yang bertanding di Dewan Rakyat atau DUN telah memenangi pilihan raya itu jika parti itu telah mendapat majoriti melebihi 50% daripada kerusi yang dipertandingkan. Bermakna, jika PH yang bertanding atas lo