Sewaktu mentelaah kes dalam Jurnal Hukum, saya terbaca tulisan Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim, 'Penyelesaian Masalah Murtad Dalam Ruang Lingkup Undang-Undang Malaysia Yang Ada' [Jurnal Hukum Jld XII Bhg 1, Rabiul Awal 1419/Jun 1998, hlm vii-xxxvii]. Saya tidak bercadang untuk menyalin satu persatu tulisan itu tetapi hanya mengutip beberapa perenggan yang penting iaitu: "Murtad adalah merupakan dosa besar dan mengikut jumhur Ulama' ia bukan sahaja dibalas dengan hukuman pedih di akhirat akan tetapi boleh dihukum sebagai jenayah mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Ini biasanya dipandukan kepada ayat al-Quran yang ....(rujuk surah al-Baqarah 2: 217). Hadis yang biasa dirujuk di dalam perkara ini ialah bermaksud: 'Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia' ..... Sungguh pun hadis itu menyebut pertukaran agama secara am, telah sepakat majoriti ulama Islam bahawa seorang bukan Islam yang menukar agama kepada suatu agama lain tidak dihukum, akan ...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.