Untuk berjaya dalam profesion guaman, anda hendaklah sentiasa sihat wal afiat. Profesion ini memerlukan seorang yang sihat kerana ianya adalah profesion yang memberikan perkhidmatan. Profesion ini tidak menjual produk atau barangan. Profesion ini modalnya adalah otak, pen, kertas dan air liur. Maksud saya seorang peguam perlu menggunakan ilmu (otak) untuk berfikir bagi setiap kes yang dihadapi. Tanpa tubuh badan yang sihat otak tidak akan berfungsi sebagaimana yang disebut di dalam pepatah arab, "Akal yang sihat hanya ada pada tubuh badan yang sihat (Al-'aqlu al-salim fi al-jism al-salim)". Profesion peguam adalah antara profesion yang banyak menggunakan akal. Sebab itu seorang peguam yang aktif jarang akan menjadi nyanyuk. Seorang peguam bahkan terpaksa berfikir dari 5-6 sudut pandang untuk mendapatkan hasil atau solusi bagi masalah kliennya. Maknanya, peguam itu perlu berfikir berlapis-lapis sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini memerlukan ...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.