Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sukma Darmawan

RUU 355 Dan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah - Tinjauan Semula kes Sukma Darmawan

RUU 355 dikatakan mahu dipinda kerana ingin meningkatkan martabat dan wibawa Mahkamah Syariah. Antara intipati Akta 355 ini adalah pemberian bidang kuasa ke atas hukuman jenayah Syariah. Badan Perundangan Negeri diberikan bidang kuasa untuk membuat apa-apa peruntukan undang-undang ke atas orang-orang Islam berkaitan kesalahan ke atas perintah agama Islam. Antara kesalahan yang diperundangkan adalah kesalahan ‘liwat’. Contohnya kesalahan ini telah disebut di dalam S. 1(2) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) dan dijadikan di bawah S.25 Akta yang sama. Kesalahan ‘liwat’ juga diperuntukkan di dalam S.377A Kanun Keseksaan yang menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu membuat hubungan seks (sexual connection) dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut ''seseorang lain'' (tak kira atau perempuan) dan boleh dihukum di bawah S.377B Kanun Keseksaan. Menariknya, adakah ini bermakna seorang Islam itu bo...