Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tan Sri Ambrin Buang

STATUS JAWATANKUASA TADBIR URUS PEROLEHAN DAN KEWANGAN KERAJAAN (JKSTUPKK)

  STATUS JAWATANKUASA TADBIR URUS PEROLEHAN DAN KEWANGAN KERAJAAN (JKSTUPKK) YB Pokok Sena pernah bertanyakan pada 1 Disember 2021 tentang status Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan yang ditubuhkan pada 30 Mei 2019. Jawapan Menteri Tugas-Tugas Khas bahawa tujuan penubuhan adalah untuk melaksanakan siasatan terhadap perolehan kerajaan yang mencurigakan dan mengenal pasti tadbir urus yang lemah dan tidak telus, pembaziran, penyelewengan atau salah guna kuasa dan memberikan cadangan menangani ketirisan serta memastikan nilai pulangan faedah terbaik perolehan kerajaan. JKSTUPKK telah mengenal pasti 39 kes perolehan mencurigakan melibatkan 8 kementerian (macam mana dalam senarai jadi 9 kementerian tak tahu lah, kemudian listing yang diberikan pun dah jadi 41 kes dan bukan 39 kes) iaitu: 1) Kementerian Pertahanan - 26 kes 2) Kementerian Pengangkutan - 4 kes 3) Kementerian Pendidikan - 4 kes 4) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - 1 kes 5) Kementeria...

AUDIT FORENSIK KAPAL LCS

  AUDIT FORENSIK KAPAL LCS Bilakah kali terakhir emosi kita terusik bila kita membaca novel? Mungkin bagi generasi baby boomers dahulu emosi mereka terusik bila baca novel Mill & Boon. Hari ini bila kita baca Laporan Prosiding (Hansard) PAC bersama Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dan Alliance IFA (M) Sdn Bhd kita rasa sedih, marah, geram dan rasa nak hempuk hempuk aja kepala kepala dajal yang merompak wang negara di siang hari (nampaknya bukan siang aja diorang rompak, malam pun rompak juga) Bayangkan kalau kita sebagai ayah punya duit kemudian anak kita sakau berjoli sakan sana sini, beli lamborghini, beli penthouse, beli membership club lepas tu kita pula tak boleh halang anak kita sebab anak kita ada kebenaran yang kita berikan untuk sain cek dan kebenaran itu kita tak boleh tarik balik. Lepas itu kita pun tak nak tarik kebenaran itu sebab apa, jeng jeng jeng! mestilah bapak pun subahat sama kan. Kalau anak itu boleh supply call girl kat bapak buat apa ba...