Dewasa ini perkataan “Kebebasan Asasi” atau “Hak Asasi Manusia” menjadi suatu tema yang sangat popular. Saya mula menekuni bidang hak asasi ini selepas tamat ijazah kedua (LL.B (Shariah)) pada tahun 1998. Pada waktu itu, saya bertemu dengan seorang peguam senior iaitu Tuan Hj Syed Ibrahim. Beliau mengatakan bahawa abad ini adalah abad hak asasi setelah manusia mula melepasi revolusi industri. Sesiapa yang ingin menerokai masa hadapan perlu menekuni bidang hak asasi. Pada masa itu, beliau adalah bekas pimpinan sebuah parti politik Islam. Beliau menyarankan supaya parti itu mula mengambil perhatian terhadap arus hak asasi manusia dan menggunakan pentas hak asasi bagi kebaikan umat. Walau bagaimanapun, saranan beliau itu tidak begitu diambil perhatian sehinggalah unit guaman parti berkenaan menjenamakan diri sebagai unit guaman dan hak asasi manusia. Sayang sekali, perkara itu terhenti setakat isu perundangan sahaja dan gagal digarap oleh pihak berautoriti agama di dalam parti untuk me...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.