Apakah faedah mendapatkan waran tangkap dalam tuntutan berkaitan mal? Jika dalam kes jenayah, waran tangkap biasa dikeluarkan untuk memastikan kehadiran orang kena tuduh. Tetapi dalam kes mal atau kes sivil, sesuatu kes dapat dijalankan meskipun tanpa kehadiran pihak yang dituntut atau didakwa. S.121(1)(b) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 menyatakan bahawa jika mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran, defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadiran defendan itu, tertakluk kepada sumpah istizhar yang akan dibuat oleh plaintif. Oleh itu, jika dalam sesuatu kes, asalkan penyampaian saman dan tuntutan telah disempurnakan samada melalui serahan saman kediri atau melalui cara penyampaian ganti, plaintif boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap bagi memaksa kehadiran defendan. Sesetengah kes seperti kes saman penghutang penghakiman atau ...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.