Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hukum mutaah

Kesilapan Lazim Dalam Prosiding Tuntutan Mutaah

Dalam tulisan terdahulu saya telah jelaskan maksud  mutaah  dan cara  pengiraan kadar mutaah . Tulisan ini bercadang untuk menjelaskan kesilapan yang lazim berlaku dalam tuntutan mutaah. Ini kerana menurut pemerhatian saya kesilapan ini bukan sahaja dibuat oleh orang awam tetapi juga oleh peguam syarie. Saya sendiri tidak terkecuali daripada membuat kesilapan ini dahulu. Tetapi, setelah mengendalikan beberapa kes berkaitan mutaah maka pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Saya melihat wujud kesilapan yang dibuat sewaktu dalam penyediaan Pernyataan Tuntutan. Dalam kes berkaitan mutaah, si isteri hendaklah menfailkan saman dan pernyataan tuntutan. Pernyataan Tuntutan adalah sebahagian daripada pliding yang mana akan menjadi panduan kepada hakim dan pihak-pihak yang bertikai sewaktu perbicaraan kelak. Sesuatu yang tidak ditulis di dalam pliding tidak boleh dibangkitkan atau dibicarakan sewaktu perbicaraan. Bukti dan keterangan yang boleh dikemukakan hanya yan...

Tuntutan mutaah menurut hukum syarak dan undang-undang

Pembayaran mutaah adalah wajib ke atas suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang patut di sisi Hukum Syarak. Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan: “Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.” Allah Taala telah berfirman, “Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang takwa” Al-Baqarah 2:241 Hal ini diperkuatkan lagi dengan tawaran Nabi S.A.W memberikan mutaah kepada isteri-isteri Baginda S.A.W sepertimana yang difirmankan, ...