HALA TUJU POLITIK PAS, UMNO DAN PH Sering kali orang akan merujuk kepada sejarah untuk meramalkan kejadian pada masa akan datang. Sejarah ini mempunyai pola untuk berulang. Barangkali sebab itulah orang akan merujuk kepada sejarah untuk membaca masa depan. Tulisan ini merujuk kepada tulisan oleh Profesor Emeritus Clive S. Kessler pada tahun 1986 iaitu “Perluasan Islam dan Pertentangan Budaya dalam Masyarakat Melayu Kontemporari” yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Tamdun Melayu yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos 1986. Sorotan yang dibuat oleh Prof Kessler ini hanya kepada parti politik Melayu yang utama pada masa itu iaitu UMNO dan PAS. Beliau melihat bagaimana UMNO bangkit setelah kalah pada tahun 1969 dan PAS yang pada ketika itu sedang naik tetapi runtuh ranap selepas bergabung dalam Barisan Nasional itu dan kemudiannya naik semula apabila pimpinan baru mengambil alih. Seperkara yang menarik, ucapan penutup persidangan ini dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Najib T...
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.