Skip to main content

Posts

Showing posts with the label petisyen pilihan raya

IKON HEBAT DUNIA PEGUAM: TAN SRI MD ARIFF YUSOF - SIRI 1

Tan Sri Md Ariff Yusof adalah antara insan yang banyak memberikan ilham dan inspirasi kepada saya dalam dunia peguam. Pengalaman menjalankan kes bersama insan ini adalah pengalaman berharga. Saya mula mengenali Tan Sri Md Ariff Yusoff pada tahun 2004 selepas PAS kalah teruk dalam pilihan raya. Pada waktu itu banyak kerusi yang PAS menang di Selangor telah jatuh ke tangan BN. Maka, parti buat keputusan untuk membuat petisyen pilihan raya. Pada waktu itu sangat sukar untuk buat petisyen pilihan raya disebabkan tiada pengalaman. Peguam lain pun ramai yang tiada pengalaman. Malah, kalau ditanya 20 orang peguam kesemuanya langsung tiada pengalaman. Undang-undang petisyen pilihan raya ini sangat berlainan dengan undang-undang sivil yang lain kerana ia menggunakan Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 sebagaimana yang wujud dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Maka, kita terpaksa mendrafkan sendiri petisyen itu berdasarkan Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya itu dan terpaksa me...

Masalah dalam S.32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya

Sesiapa yang membuat petisyen pilihan raya atas isu dakwat kekal perlu sedar kekangan dalam S.32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Masalah utamanya kerana sikap hakim di Malaysia yang memandang sepi pandangan Lord Denning dalam kes Morgan vs Simpson. Lord Denning telah menyatakan bahawa: 1. Jika sesuatu pilihan raya telah dijalankan dengan begitu teruk yang mana secara amnya tidak menurut peraturan pilihan raya, pilihan raya itu akan terbatal samada perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihan raya. 2. Jika sesuatu pilihan raya telah dijalankan menurut peraturan dan undang-undang, pilihan raya itu tidak boleh dibatalkan atas alasan berlaku sedikit perlanggaran peraturan dan undang-undang tersebut, jika perlanggaran itu tidak menyentuh keputusan pilihan raya. 3. Jika sesuatu pilihan raya itu telah dijalankan secara amnya telah mematuhi peraturan pilihan raya, tetapi telah berlaku sedikit perlanggaran peraturan pilihan raya itu, dan akibat daripad...

Kandungan dan Bentuk Petisyen Pilihan Raya

Kandungan dan bentuk petisyen pilihan raya 1)               Bagaimana membuat petisyen? Mesti mematuhi kehendak kaedah 4 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 (“KKPP”). 2)             Bolehkah berikan contoh petisyen Contoh petisyen – seperti di lampiran di kaedah 4 KKPP 1954. 3)               Bagaimana melantik peguambela untuk mewakili pempetisyen.            Perhatian khusus kepada perlantikan peguambela oleh pempetisyen (kaedah 9 KKPP 1954) iaitu               notis yang ditandatangani oleh pempetisyen melantik peguam. 4)               Apakah perlu dibuat deposit wang untuk mengemuka petisyen? Deposit RM10 ribu mesti dibayar kepada mahkam...