Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Akta 355

Nasib Usul Persendirian RUU 355 Di Masa Hadapan

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas (2017) telah berakhir pada 30 November 2017 setelah memulakan persidangan pada 23 Oktober 2017. Persidangan kali ini pada umumnya hanya menumpukan kepada bajet 2018. Meskipun begitu, beberapa rang undang-undang telah diluluskan. Ramai orang ternanti-nanti sama ada RUU 355 Ahli Parlimen Marang akan turut dibahaskan setelah ditangguhkan pada hari terakhir sidang yang lepas pada 6 April 2017. Pada hari tersebut rata-ratanya ahli parlimen kesemuanya telah bersedia untuk berbahas namun malang sekali sidang itu telah ditangguhkan oleh Speaker. Pada 6 April 2017 itu, Ahli Parlimen Penampang, Tuan Ignatius Dorell Leiking yang mula-mula bertanya sama ada mereka mempunyai peluang untuk berbahas. Selepas itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Tuan Khalid Abd Samad juga bangkit bertanyakan hal yang sama, dicelah dengan gangguan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Setiu, Tuan Che Mohamad Zulkifl...

Nasib Usul Persendirian RUU 355 Selepas Ditolak Najib

Media sosial telah menjadi kecoh semenjak semalam setelah berita penolakan RUU 355 versi YB Ahli Parlimen Marang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seusai mesyuarat bersama parti komponen Barisan Nasional. Hal itu cukup mengejutkan setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah mengumumkan pada bulan November 2016 yang lepas bahawa kerajaan akan mengambil alih usul pindaan Akta 355. Semenjak awal lagi, saya konsisten menyatakan bahawa RUU 355 sewajarnya dibawa oleh pihak kerajaan. Namun, permainan politik RUU 355 ini mengatasi rasional akal. Permainan politik RUU 355 ini dimainkan oleh kedua-dua pihak UMNO dan PAS. Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri yang pastinya akhir sekali mahu permainan ini diterjemahkan dalam bentuk undi kepada parti masing-masing. Permainan politik ini juga menarik pihak yang bertentangan iaitu parti Gerakan, DAP, MCA dan MIC untuk turut membantah RUU 355 ini disebabkan kesan undi yang bakal mereka perolehi da...

Meneruskan Agenda Usul Persendirian RUU 355

YB Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul persendirian bagi meminda Akta 355 semenjak Mac 2015 dan sehingga sekarang usul tersebut telah dibaca sebanyak 2 kali tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat. Perbahasan hanya berlaku di dalam himpunan, ceramah dan kedai kopi. Kesan nyata daripada usul persendirian itu adalah bahawa pindaan Akta 355 adalah bagi menaikkan takat bidang kuasa hukuman jenayah Syariah di Mahkamah Syariah.  Usul pindaan itu telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Sebahagian yang menyokong menyatakan bahawa menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk menerimanya manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa tindakan YB Ahli Parlimen Marang itu adalah dibuat tanpa persediaan yang rapi sehingga berlaku beberapa kesilapan teknikal di dalam usul tersebut. Akta 355 adalah sebuah akta yang asalnya dibawah oleh Kerajaan Persekutuan dan akan dipakai oleh semua negeri. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memindanya. Bahkan pindaan sebelum i...

Usul Persendirian RUU 355: Polemik Berterusan RM100 Ribu dan 30 Tahun Penjara

Mulai 6 Mac hingga 6 April 2017, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Rakyat akan bersidang dan dijangka sekali lagi usul persendirian RUU 355 akan dibawa oleh YB Ahli Parlimen Marang. Semenjak penangguhan perbahasannya pada 24 November 2016, tidak banyak majlis penerangan dibuat bagi menerangkan pindaan yang baharu ini. Jika ada pun dibuat, penerangan yang diberikan hanyalah sekadar mengulangi ‘skrip’ lama iaitu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia dengan menaikkan bidangkuasa hukuman jenayah Syariah. Meskipun ada himpunan diadakan bagi menyokong usul persendirian ini termasuk kemuncaknya Himpunan RUU 355 yang diadakan pada 18 Februari 2017 di Padang Merbok Kuala Lumpur, masih tiada penerangan yang jelas mengenai justifikasi mengenai kenaikan hukuman daripada  penjara 3 tahun kepada 30 tahun dan denda daripada RM5000 kepada RM100 ribu. Justifikasi yang diberikan hanyalah terhadap jumlah sebatan yang dinaikkan daripada 6 sebatan kepada 100 sebatan dengan mengambil ki...

PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU DIBUAT KE ATAS USUL PERSENDIRIAN RUU 355 [SELEPAS PINDAAN]

Pada 18 Februari 2017, suatu himpunan untuk menyokong Usul Persendirian RUU 355 telah diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Antara salah satu objektif yang ditetapkan dalam himpunan tersebut adalah untuk memberikan penjelasan kenapa Akta 355 perlu dipinda, disokong dan didukung. Antara hujah yang dinyatakan bagi meminda akta ini adalah bahawa akta ini sudah lama tidak dipinda dan setelah berlalunya sekian masa yang panjang maka timbulah kewajaran untuk meminda akta ini disebabkan perkembangan tempoh masa yang memerlukan supaya peruntukan hukuman itu disemak semula. Dato’ Mahamad Naser Disa, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam (IKSIM) di dalam satu forum yang pernah diadakan mengatakan pindaan kepada Akta 355 ini perlu dibuat untuk menjaga ‘burung-burung kita yang liar’ yang menyumbangkan kepada kelahiran anak-anak di luar nikah yang kian meningkat. Justeru, YB Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul pindaan bagi RUU Persendirian 355 sepertimana y...