Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pegawai penangkap.

Menggunakan Waran Tangkap Di Mahkamah Syariah

Seringkali waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Apakah yang menjadi punca waran tangkap tersebut tidak dapat dilaksanakan. Mungkin yang ingin tahu mengenai waran tangkap ini dapat lihat posting saya terdahulu (May 2012). Ada 3 posting berkaitan waran tangkap di sana. Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah bahawa untuk memastikan perlaksanaan berkesan ke atas waran tangkap adalah dengan memastikan masa penguatkuasa agama atau polis membuat tangkapan itu, defendan mesti ada di alamat di mana waran tangkap itu dikeluarkan. Minggu lepas, ada satu kes di mana waran tangkap tidak dapat dilaksanakan. Kes tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Pada mulanya setelah mendapat salinan waran tangkap, plaintif sendiri telah pergi ke balai polis berdekatan dengan rumah defendan. Sewaktu pergi ke sana, plaintif telah menunjukkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah dan memohon untuk berjumpa den...