Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tauliah

RUU 355 [SELEPAS PINDAAN] : BENARKAH AKAN MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH

Menjelang 18 Februari 2017, suatu himpunan yang diungkapkan sebagai himpunan raksasa seramai 300,000 orang manusia akan diadakan di bandaraya Kuala Lumpur sempena RUU 355 [Pindaan] yang dijangka akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac, 2017. Setakat ini sudah dua kali peluang diberikan kepada YB Ahli Parlimen Marang untuk membacakan usul persendirian bagi pengemukaan RUU 355 iaitu pada 26 Mei 2016 dan 24 November 2016. Namun, sayang sekali usul itu hanya setakat dibaca tanpa dibuat pembentangan yang sewajarnya mengenai justifikasi bagi usul tersebut untuk disokong. Hal ini menyebabkan polemik RUU 355 ini berterusan sehingga ke hari ini. Salah satu war-war yang kerap diulang adalah bahawa tujuan RUU 355 ini adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Ironinya, war-war ini hanya berani dibuat di luar Dewan Rakyat semata-mata. Sekurang-kurangnya, war-war seperti ini hendaklah dijelaskan di dalam Dewan Rakyat supaya hal tersebut menjadi terang dan nyata dan dapat...