Skip to main content

Posts

Showing posts with the label peguam

PEGUAM TAHUN BARU

PEGUAM TAHUN BARU Setiap kali tahun baru menjelang tiba setiap kali itulah juga orang mula membuat azam tahun baru. Tahun baru itu ibaratnya sebagai permulaan kepada suatu tempoh. Syukurlah Allah Taala telah menciptakan matahari dan bulan yang bergerak di atas orbit masing-masing sehingga kita semua dapat membuat kiraan dan hitungan masa. Bayangkan sekiranya tiada matahari dan bulan pastinya kita sendiri pun tidak tahu masa itu berlalu. Apakah maksud tahun baru bagi kita semua. Kita pastinya memperbaharui azam kita dengan melihat kemungkinan yang akan berlaku pada tahun berikutnya. Kita juga membuat muhasabah terhadap masa yang telah lepas. Muhasabah ini adalah penting untuk kita mengetahui prestasi yang kita telah hadapi pada tahun berikutnya. Ramai orang yang membuat muhasabah terhadap prestasi ekonomi yang dia hadapi pada tahun lepas. Muhasabah atau audit ini adalah dibuat bagi menghitung kedudukan dirinya. Paling penting peguam itu tahu berapa pendapatannya supaya peguam itu dapat ...

Peguam Penjenayah

PEGUAM PENJENAYAH Rasa saya inilah soalan yang bermain di fikiran 90% pelajar undang-undang sebelum mereka menamatkan pelajaran mereka. Soalan itu adalah adakah kita dianggap bersubahat dengan tertuduh sekiranya kita mewakili seorang tertuduh atas sesuatu kesalahan terutama sekiranya kesalahan itu berhubungan dengan kesalahan moral seperti kesalahan merogol atau kesalahan berat  seperti membunuh atau merompak. Saya masih ingat soalan ini juga bermain di minda seorang rakan sekelas yang pintar. Beliau sangat berminat untuk menjadi peguam tetapi bapanya, seorang guru agama melarang beliau menjadi peguam kerana khuatir dosa bersubahat dengan penjenayah apabila beliau mewakili seorang tertuduh. Saya faham sebagai guru agama pastinya mahukan anaknya ke syurga dan akan mencegah anaknya daripada berbuat subahat dengan pendosa. Sehingga ke akhirnya beliau tidak langsung menjadi peguam dan memilih untuk menjadi pensyarah. Alhamdulilah beliau cemerlang sebagai pensyarah dan berjaya memperole...

MASA PEGUAM

MASA PEGUAM Masa adalah kurniaan Allah Taala. Masa itu sangat pelik. Hendak dikatakan ianya satu objek bukan juga. Masa itu tidak boleh dipegang seperti kita memegang ketulan emas. Hendak dijual seperti kita menjual ikan di pasar pun tidak boleh. Masa itu tidak nampak tetapi hendak dikatakan ianya seperti elektrik yang tidak nampak pun tidak juga. Jadi apa sebenarnya hakikat masa? Selalunya jika ustaz berceramah maka selalu disebut Surah Al-Asr. Surah Al-Asr itu adalah surat Makkiah. Ianya mengandungi tiga ayat sahaja tetapi dengan tiga ayat itu seorang ustaz boleh berbuih mulutnya bersembur air liur keramatnya berceramah selama dua jam bermodalkan surah itu. Mengikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, surah ini dinamakan sebagai surah Al-Asr kerana ianya bermula dengan lafaz sumpah Allah terhadap masa. Kata tafsir itu, kerugian yang disebutkan dalam surah itu adalah bermakna ‘hilang modal’. Modal seseorang itu ialah umurnya.  Sekiranya berlalu detik umurnya itu tanpa berpesan-pesan dengan...

Peguam Cap Ayam dan Peguam Cap Babi

Baru-baru ini tular dalam media sosial mengenai tulisan seorang warga fb yang tidak berkenan dengan tindakan seorang peguam yang mewakili Dato Boy Iman. Pada tanggapannya peguam tersebut adalah peguam cap babi kerana katanya “peguam yang membela Boy Iman itu walaupun tahu Boy Iman itu bersalah tetapi sanggup membela beliau kerana duit dan imbuhan.” Kesimpulannya bahawa peguam sedemikian adalah peguam yang tak berguna. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa “kalau sudah tahu klien itu bersalah maka jangan ambil kes tersebut dan mohon tarik diri.” Katanya lagi, “peguam sudah tidak tahu halal dan haram dan hanya fikirkan job masuk supaya duit dapat masuk poket.” Sewaktu di Universiti Islam Antarabangsa dahulu, isu halal dan haram dalam kerja-kerja guaman ini sudah menjadi perdebatan khasnya bagi pelajar tahun akhir. Polemik itu berlaku kerana ramai yang tidak memahami kaedah fiqh yang betul. Kebanyakan orang hanya menonton rancangan televisyen berkaitan undang-undang dan terus memb...

Memilih Peguam Anda

Saya tahu ramai orang di Malaysia ini tidak pernah berjumpa peguam sepanjang hayat mereka. Semenjak lahir sehingga mati tidak pernah sekali pun mereka berjumpa peguam. Buat apa berjumpa peguam kalau tidak ada sebarang urusan. Sebab itu hidup sebagai peguam lebih sukar berbanding dengan doktor. Saya pasti setiap orang pernah berjumpa doktor sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ada orang yang setiap bulan berjumpa doktor. Ada orang kalau ditimpa flu ringan pun akan bergegas berjumpa doktor bagi mengambil ubat seperti panadol atau claritine. Orang tidak akan berjumpa peguam kalau tidak ada masalah. Tetapi jika orang itu bertemu masalah yang berhajatkan peguam pasti dia tidak boleh tidur malam selagi tidak berjumpa peguam. Suatu ketika dahulu, ada seorang isteri yang menghubungi saya setiap hari untuk mengadu hal suaminya yang ditahan di bawah SOSMA. Saya faham keadaanya yang buntu kerana tidak faham kenapa suaminya ditahan di bawah SOSMA sedangkan padanya kesalahan yang dilaporka...

Pengurusan Kewangan - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 13

     Baru-baru ini  dilaporkan bahawa mereka yang berpendapatan RM5000 sebulan dan tinggal di kota adalah dalam keadaan cukup-cukup makan. Bagi sesetengah orang, jumlah tersebut sudah dianggap sebagai jumlah yang besar. Laporan itu menyatakan bahawa lelaki berkenaan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Seorang anak sudah bersekolah berumur 11 tahun dan seorang lagi masih kecil berumur setahun. Lanjutan daripada laporan tersebut, beberapa radio di ibu kota telah mendapatkan pandangan beberapa pendengar dan para penyelidik. Seorang penyelidik menyatakan dalam temu bual radio itu bahawa jumlah pendapatan yang agak selesa sedikit jika tinggal di ibu kota ini adalah sebanyak RM8000 sebulan.     Bagi seorang peguam, gaji yang diperolehi pada masa mula-mula menjadi peguam tidak akan mencapai jumlah RM5000 sebulan. Gaji RM5000 sebulan itu mungkin akan dicapai jika sudah bekerja 3-6 tahun. Gaji permulaan seorang peguam di ibu kota ini mungkin sekit...