Skip to main content

Posts

Showing posts with the label peguam covid

INTIPATI ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021

INTIPATI ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021 Tarikh warta: 14 Januari 2021 P.U.(A) 12/2021  Fasal 1 - Tarikh kuatkuasa 11 Januari 2021 Fasal 2 - Penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas. JK Khas ini akan menasihati YDPA mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di Malaysia berikutan wabak penyakit berjangkit Covid-19. Perlantikan JK Khas ini akan dilantik oleh YDPA. Ulasan: Perkara yang penting untuk dilihat di sini adalah perlantikan ahli JK Khas ini tidak dibuat atas nasihat Perdana Menteri. Ini bermakna YDPA secara mutlak akan membuat keputusan siapakah yang akan menganggotainya.  JK Khas ini akan terus menasihati YDPA tanpa perlu melalui kabinet. Ini adalah baik untuk mengurangkan karenah birokrasi. Lazimnya keputusan sesuatu JK ini perlu mendapatkan kelulusan kabinet terlebih dahulu. Ini juga bermakna JK Khas ini boleh bypass segala keputusan kabinet. Terma JK Khas ini juga adalah sangat luas kerana JK Kh...

PEGUAM TAHUN BARU

PEGUAM TAHUN BARU Setiap kali tahun baru menjelang tiba setiap kali itulah juga orang mula membuat azam tahun baru. Tahun baru itu ibaratnya sebagai permulaan kepada suatu tempoh. Syukurlah Allah Taala telah menciptakan matahari dan bulan yang bergerak di atas orbit masing-masing sehingga kita semua dapat membuat kiraan dan hitungan masa. Bayangkan sekiranya tiada matahari dan bulan pastinya kita sendiri pun tidak tahu masa itu berlalu. Apakah maksud tahun baru bagi kita semua. Kita pastinya memperbaharui azam kita dengan melihat kemungkinan yang akan berlaku pada tahun berikutnya. Kita juga membuat muhasabah terhadap masa yang telah lepas. Muhasabah ini adalah penting untuk kita mengetahui prestasi yang kita telah hadapi pada tahun berikutnya. Ramai orang yang membuat muhasabah terhadap prestasi ekonomi yang dia hadapi pada tahun lepas. Muhasabah atau audit ini adalah dibuat bagi menghitung kedudukan dirinya. Paling penting peguam itu tahu berapa pendapatannya supaya peguam itu dapat ...

Peguam COVID-19

PEGUAM COVID-19 Semenjak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020 sehingga sekarang, semua orang mengeluh mengenai kesusahan mereka untuk bergerak. Kerajaan telah membuat tindakan drastik untuk membuat perintah kawalan pergerakan di seluruh negara bagi menangani masalah Covid-19. Masalah Covid-19 ini bukan sahaja mendatangkan musibah kesihatan tetapi juga mendatangkan musibah ekonomi yang teruk kepada semua sektor kehidupan. Satu-satunya sektor ekonomi yang berkembang pesat semenjak Covid-19 ini adalah sektor pembuatan sarung tangan getah. Syarikat berkaitan sarung tangan getah seperti Topglov, Hartalega, Kossan, Supermx telah mencapai zaman kegemilangan mereka. Topglove misalnya melaporkan pendapatan mereka bertambah berganda-ganda. Begitu juga saham syarikat mereka pernah mencapai harga hampir RM30 sesaham dari paras terendah sekitar RM5 sebelum ini. Pendapatan mereka untuk suku tahun sahaja sudah mencecah RM1 billion.  Namun, kemakmuran ekonomi sektor sarung...