Skip to main content

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini.

Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa.

sumber: www.jurnalberita.com


Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan membangkitkan kembali rasa tidak puas hati mereka terhadap bekas pasangannya. Ada pasangan yang bercerai kerana tidak dapat menahan marah disebabkan suaminya berpoligami tanpa memberitahu isteri. Apabila isteri mendapat tahu hal sedemikian maka akan tercetus perang dunia ketiga. Akhirnya pasangan akan bercerai jika tiada lagi perasaan toleransi. Isteri mungkin tidak dapat menerima suaminya berpoligami atas pelbagai sebab. Ada yang merasakan suami itu tidak berlaku adil kerana selama ini, isteri yang menguruskan rumah tangga termasuk membantu hal kewangan rumah tangga. Apabila berlaku poligami, isteri akan tidak puas hati kerana pada anggapannya suami telah menghabiskan wang untuk perempuan lain walhal anak-anak di rumah tidak pernah merasa wang gaji suami.

Akhirnya, apabila bercerai, isteri akan berdendam dengan suami dan akan menjadikan anak-anak sebagai senjatanya. Ada isteri sedemikian berasa dukacita apabila memikirkan anak-anak itu akan bermalam di rumah ibu tirinya dan berasa terancam dengan isteri baru bekas suaminya.

Banyak lagi contoh lain yang berlaku dalam rumah tangga yang bercerai. Namun, apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah bahawa undang-undang menetapkan bahawa jika si ibu mendapat hak jagaan (hadhanah) maka si bapa akan diberikan hak melawat, bermesra dan bermalam bersama anak-anak.

Sebab itu, si bapa juga harus memahami hakikat ini dan tidak sewenang-wenangnya mahu merebut hak jagaan anak daripada bekas isterinya. Pada masa yang sama, si bapa harus memperuntukkan sejumlah wang bagi menanggung sara hidup anak-anaknya. Malah, jika bekas isterinya berkahwin lain sekali pun, tanggungjawab menanggung anak-anaknya masih tertanggung ke atas si bapa ini.

sumber: www.edukasi.kompasiana.com
Oleh itu, tiada gunanya memanjangkan sesuatu kes hadhanah jika keputusan Mahkamah itu telah kita dapat jangkakan. Lebih baik, permusuhan yang berlaku sebelum perceraian itu diurus dengan baik supaya si isteri dapat menempuh hidup baru setelah bercerai dan anak-anak tidak menjadi mangsa perceraian. Si bapa juga dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa walaupun telah bercerai. Dan paling penting, anak-anak tidak merasakan perceraian ibu bapanya menyusahkan mereka sehingga mendatangkan kesan psikologi negatif.

Comments

Unknown said…
salam...nk ty..ape sebab hadanah bleh terlepas dr ibu?
DrZ said…
banyak sebab terlepas hak jagaan, antara sebab yang biasa spt kahwin lain, pindah ke luar negara, tak menjaga akhlak, anak-anak terabai, mengabaikan ajaran agama dll
Anonymous said…
Salam. Apa peruntukan undang2 yg ada utk bapa yg dinafikan hak melawat anak? Alasan si ibu kerana bapa bg nafkah rm300 sahaja dan xmencukupi. Sdgkan setiap bln bapa xpernah miss bg. Bapa bekerja sendiri yg mana pendapatan ada naik turun. Tp nafkah bulanan kat anak xpernah pun turun, konsisten stiap bulan. Mohon cadangan utk penyelesaian masalah ini. Trima kasih.
DrZ said…
Salam Anon,

Peruntukan undang-undang di dalam enakmen atau akta undang-undang keluarga islam di tiap-tiap negeri adalah sangat jelas akan hal ini. Kalau di Wilayah Persekutuan boleh rujuk kpd S. 87 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 yang mana tuan boleh rujuk di portal esyariah.gov.my.

Mana-mana ibu atau bapa yang tidak diberikan hak hadanah (hak jagaan) akan mendapat hak untuk lawatan anak samada dengan bermalam atau tidak.

Alasan ibu untuk tidak memberikan hak lawatan kerana tidak memberikan nafkah adalah alasan yang tidak sah di sisi undang-undang dan hukum syarak. nafkah adalah isu yang berbeza.

bagi kes ini, elok difailkan tuntutan hak lawatan anak dan permohonan interim untuk hak lawatan anak. tuan boleh pergi ke mahkamah tinggi syariah di mana tuan bermastautin dan buat pertanyaan di kaunter pendaftaran. insyallah tuan akan dapat hak lawatan tersebut.
Anonymous said…
Assalam..bolehkah seorang bapa mendapatkan hak bermalam dari jumaat hingga ahad? bolehkah seorang bapa mendapat hak bermalam melebihi dua malam jika ingin membawa anak bercuti? ketika majlis sulh bekas isteri bersetuju bahawa boleh berbincang jika ingin melawat anak selain dari waktu yang ditetapkan didalam majlis sulh..tetapi selepas keluar perintah, bekas isteri tidak mahu bertolak ansur dan menyatakan perlu mengikut perintah iaitu sebulan sekali sahaja pada sabtu dan ahad..bolehkah bapa membuat pindaan ke atas perintah yang telah dikeluarkan..
DrZ said…
Salam Anon,

tuan boleh memohon untuk membuat permohonan ubah perintah hak lawatan. tuan boleh masukkan apa-apa yang tuan mahu dan perlu berikan alasan-alasan yang munasabah
DrZ said…
Salam Anon,

tuan boleh memohon untuk membuat permohonan ubah perintah hak lawatan. tuan boleh masukkan apa-apa yang tuan mahu dan perlu berikan alasan-alasan yang munasabah
Anonymous said…
Assalam... Mohon untuk pencerahan.

Satu perceraian berlaku disebabkan oleh sikap/perangai suami yang suka melakukan maksiat, melanggan pelacur, menonton/mengumpul video/gambar lucah dan mendera fizikal dan mental isteri. Dalam kes sebegini bolehkan pihak ibu (bersama bukti) memohon untuk membatalkan hak lawatan si ayah terhadap anak kerana bimbang anak-anak terpegaruh dengan sikap si ayah.
DrZ said…
wassalam

mahkamah perlu melihat kpd bukti yg puan kemukakan. sekiranya ada bukti bahawa tindakan bapa itu akan mempengaruhi anak-anak kemungkinan besar mahkamah akan meletakkan sekatan2 tertentu ke atas bapa. namun, hak lawatan itu mungkin masih dikekalkan. cuma mungkin hak bermalam akan terjejas. apa pun semuanya bergantung kpd bukti yang dikemukakan dan bukti bahawa perbuatan bapa itu akan mempengaruhi anak ke arah keburukan. wallahualam


DrZ
Mohd Firdause said…
assalamualaikum, hadhanah berlangsung selahingga anak 7 tahun bagi anak lelaki dan boleh dilanjutkan sehingga umur 9 tahun jika hadhinah memohon ke mahkamah. Jika hadhinah tidak memohon adakah hak penjagaan akan jatuh kepada bapa?
DrZ said…
kalau tiada kes ubah perintah, maka hak hadanah itu kekal dengan siapa yg diberikan hadanah itu
Anonymous said…
Sy sdh berpisah 9thn yg lalu..nafkah anak tak pernah miss..ank perempuan 13thn tingal bsama bekas isteri dan yg lelaki 10thn bersama sy..slpas bercerai km xpernah buat hak pjgaan ank..kini bekas isteri telah berkahwin dgn seorg duda ank 2 lelaki dan perempuan dan hendak buat hak pnjagaan ank..sy khuatir aurat ank bila mereka tinggal bersama keluarga baru..adakah sy sbg bapa layak mndpt hak penjagaan ank utk kes ini.
DrZ said…
Sdra boleh membuat tuntutan hak jagaan anak perempuan berumur 13 tahun itu. Mahkamah kelak akan bertanya sendiri kpd anak tersebut utk tinggal dengan siapa.

saya cadangkan supaya tuan dapat bertanya dgn anak tu dia nak tinggal dgn sapa. Jika confim nak tinggal dgn tuan baharu fail kes
Unknown said…
Salam, Tuan

Jika pasangan masing2 telah berkahwin baru, adakah hak penjagaan anak yg kini sudah berumur 15 tahun masih kekal kpd individu yg dpat hak penjagaan anak tersebut? Boleh kah anak tersebut buat keputusan sndiri sama ada ingin tinggal bersma ibu atau ayahnya? Jikalau pihak si ibu untuk ubah perintah hak penjagaan anaknya?
Unknown said…
Assalammuslaikum.. Tumpang tanya.. Isteri saya sudah meninggal dunia.. Adakah saya masih perlu buat perintah mahkamah untuk hak penjagaan anak perempuan saya.. Terima kasih
DrZ said…
Sdra Y&S Construction ,

Anak berumur 15 tahun boleh memilih utk tinggal dengan ibu atau ayahnya. Kadang-kadang anak itu boleh pilih untuk tinggal dengan nenek pun.
DrZ said…
Sdra Anon,

Jika isteri telah meninggal dunia tidak perlu buat perintah hak jagaan anak kecuali jika berlaku perebutan dengan nenek anak tersebut.
Unknown said…
Salam DrZ,

jika anak baru berusia 3 (lelaki) tahun tetapi dia memilih untuk tinggal bersama ayahnya, adakah hak penjagaan tetap jatuh kepada ibunya?
DrZ said…
Sahabat Bladers,

setakat yg saya tahu Mahkamah tidak mengiktiraf pilihan kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun kerana lazimnya kanak-kanak berusia begitu masih belum mumayyiz. Oleh itu, undang-undang memberikan hak jagaan itu kepada ibunya melainkan ibu tersebut hilang hak kerana hilang kelayakan.
Unknown said…
Salam.. Nak tnya anak sy umur 13 , 9 dan 6 thn sepatutnya hak jagaan jatuh pada ibu? Jd skrg anak bawah jagaan bapa sbb sy beri persetujuan.. Msalahnya anak hidup teraniaya dgn bekas suami. Bgaimana sy nak mendapatkan semuala hak jagaan ketiga2nya sbb anak2 sy tak nak tinggal dgn bapa dorg. Tolong advise..
kajang said…
Assalamualaikum...sy nak bertanya bagi pihak adik sy..Adik sy lelaki dan telah berpisah dengan isterinya 2 tahun lalu.Anak sulung mereka (anak tak sah taraf hasil perbuatan mereka bersama sebelum bernikah)perempuan yg tggal bersama sebelah pihak lelaki manakala anak ke2 perempuan tggal bersama bekas isterinya.Kini bekas isterinya telah menuntut hak penjagaan anak yg berada dibawah jagaan adik sy.Kami sedar bahawa pihak lelaki mmg tiada hak atas penjagaan anak yg sulung tersebut mandangkan status anak tersebut.

Soalan sy.

Adakah peluang utk pihak lelaki mendapat hak lawatan bermalam keatas kedua-dua anaknya?Memandangkan seorang tidak sah taraf dan seorang lagi sah taraf?
DrZ said…
Puan Fairus,

Wasalam, puan boleh memohon perintah hadhanah di mahkamah syariah. Jika sudah ada perintah hadhanah, puan boleh memohon untuk mengubah perintah hadhanah yang lalu.

Mahkamah akan panggil anak-anak dan interview sama ada anak masih nak tinggal dgn bapa.
DrZ said…
Sdra Kajang,

secara umum, akta mengatakan bapa biologi tiada hak ke atas anak tak sah taraf ini termasuk tidak perlu memberikan nafkah.

namun, mahkamah akan juga mengambil faktor-faktor lain. cuba nasihatkan adik untuk terus failkan kes di mahkamah syariah
Anonymous said…
Salam tuan..

saya nak tanya, bolehkah ibu memohon supaya bapa dibenarkan untuk melawat & bermalam dgn anak2 (ppuan - 7thn, lelaki - 2thn) tetapi mesti di bawah pengawasan ibu atau ahli keluarga bapa (ibubapa). adakah mahkamah akan mempertimbangkan jika ada masalah melibatkan hal mistik (sihir yang menjejaskan kesihatan keluarga sehingga membawa kpd perceraian?)
Unknown said…

Salam sya nak tanya ..saya mempunyai seorang anak tidak sah taraf . Tapi di surat beranak di butiran bapa tertulis nama ayah nya . Sebelum ini saya yang jaga anak tersebut sehingga lah bapanya merampas ank trsebut dari saya .. jadi soalan sya kat sini adakah die akan dapat hak penjagaan kekal ke atas anak itu ? Dan bagaimana saya nak dapatkan anak itu segera
Unknown said…

Salam sya nak tanya ..saya mempunyai seorang anak tidak sah taraf . Tapi di surat beranak di butiran bapa tertulis nama ayah nya . Sebelum ini saya yang jaga anak tersebut sehingga lah bapanya merampas ank trsebut dari saya .. jadi soalan sya kat sini adakah die akan dapat hak penjagaan kekal ke atas anak itu ? Dan bagaimana saya nak dapatkan anak itu segera
Unknown said…

Salam sya nak tanya ..saya mempunyai seorang anak tidak sah taraf . Tapi di surat beranak di butiran bapa tertulis nama ayah nya . Sebelum ini saya yang jaga anak tersebut sehingga lah bapanya merampas ank trsebut dari saya .. jadi soalan sya kat sini adakah die akan dapat hak penjagaan kekal ke atas anak itu ? Dan bagaimana saya nak dapatkan anak itu segera
Tinie said…
Salam..
Sy ingin menanya sy tidak pernah menuntut apa2 pun dari bekas suami.. Selepas bercerai.anak bersama sy.. Seleoas beberapa bulan suami datang untuk melihat anak dn mengambil anak beberapa hr dn pulang kembali kpd sy. Selepas beberapa bulan berjalan seperti biasa.. Sampai 1 tahap..dengan tibe2 sy pula seperti melawat anak dn mengambil anak dn perlu pulangkan anak pdnya.. Pd sy mungkin bergilir2 jaga..selepas itu sy bekas suami beritahu jika hendak anak call dulu..sy turutkan.. Smp 1 tahap kali terakhir sy berjumpa pd oct 2015 sehingga 23 nov 16 (1 TAHUn) sy tidak dpt berjmp anak sy.. Ape perlu sy buat? Sy hanya ada no hp bekas kakak ipar..sy selalu berurusan dengan bekas kakak ipar jika hendak ambil anak.. Skrg bila sy WhatsApp tiada respond. Jika sy mengupah peguam memang sy tidak mampu..
Anonymous said…
Salam..isteri keluar rumah bersama anak usia 2 tahun sudah tanpa izin 2 bulan lalu atas perselisihan fahan perkara kecil dan memohon fasakh.Anak tidak dibenarkan berjumpa saya.saya tidak mahu peceraian berlaku. Anak kami di jaga dan di awasi saya sejak lahir..Saya mengajar anak kami semua pekaharan baru .Saya memandikan membuat susu menidurkan solat bersama dll lagi.sejak dilahirkan.saya amat rindu kan anak kami tapi isteri menyembunyikan anak kami.saya meluangkan mada dan menjaga anak kami lebih dari isteri saya.Bgaimna cara saya mahu mengelakkan dari pencerian dan berjumpa dengar anak sata.mohon jawapan.trrima kadih
DrZ said…
Sdri Anon,

Bapa ada hak utk lawatan. lazimnya anak yg masih kecil akan diletakkan hak jagaan di bawah ibu. Mahkamah akan lihat samada ibu itu mempunyai sebab yang sah utk pengawasan dibuat semasa hak lawatan diberikan misalnya jika dikhuatiri bapa akan melakukan mudarat tubuh badan atau melarikan anak. ini perlukan bukti yang kukuh. perkara ini jarang mahkamah benarkan.
DrZ said…
Sdri Aida Rafee,

meskipun atas surat beranak tertulis nama lelaki itu sbg bapa, puan masih boleh mendapatkan pengesahan nasab daripada mahkamah. jika terbukti anak itu tidak sah taraf maka hak jagaan akan diberikan kepada puan
DrZ said…
Sdri Tinie,

puan boleh menfailkan kes hak jagaan anak. bila ada perintah hak jagaan anak, senang nanti puan nak ambil anak sama ada secara baik-baik atau secara paksa. Meskipun anak itu berada di bawah jagaan bapa sekarang, ini tidak menghalang puan daripada menfailkan kes hadanah. jika puan tidak mampu utk menggunakan khidmat peguam swasta, kerajaan ada menyediakan bantuan guaman di Jabatan Bantuan Guaman atau di majlis agama islam kalau di negeri selangor
DrZ said…
Sdra Anon

anda boleh menfailkan kes hak hadanah atau hak lawatan di mahkamah tinggi syariah di mana anda bermastautin.
Unknown said…
Salam tuan
.ape maksud tuntutan hak jagaan kekal? Adakah sampai bila2 sy tidak boleh lawan hak itu..

Kedua...adakah isteri akan gugur haknya kpd anak jika terbukti dia nusyuz dan mlgr perintah suami..contoh..suami pernah dpt tahu isteri suka buka laman web lucah
DrZ said…
Wslam Sdr Abu Mah

tuntutan hak jagaan kekal maksudnya tuntutan itu sekiranya dibenarkan mahkamah akan menjadi perintah kekal bahawa hak jagaan itu akan terletak kepada pihak tersebut. Hak jagaan kekal ini tidak akan berubah melainkan ada perintah lain yang mengubahnya.

Dalam sesetengah keadaan, misalnya seorang ibu mendapat hak jagaan kekal dan anak itu tinggal dengan ibu utk suatu tempoh. Kemudian didapati berlaku penderaan ke atas anak itu, maka bapa boleh memohon kepada mahkamah untuk mengubah perintah hak jagaan kekal kepada ibu itu kepada bapa atas alasan anak itu menjadi mangsa penderaan.

nusyuz tidak menggugurkan hak utk menuntut anak. tetapi kelakuan tidak berakhlak boleh menjadi satu alasan yang kuat. sama ada isu melihat laman web lucah itu menggugurkan hak jagaan atau tidak kelak mahkamah akan putuskan bagaimana perlakuan ibu itu boleh menjejaskan keselamatan dan akhlak anak
Joyah Murai said…
Salam tuan, adik saya tlh meninggal dunia. Sebelum ini hak jagaan anak adalah bawah adik saya. Kembar perempuan usia 5 tahun. Sekarang anak tggal dgn saya. Nafkah anak, bapa beri. Tp, ssya sekarang dlm proses utk mendapatkan hak jagaan\ubah perintah. Majlis sulh 2 hari lagi... apa yg saya boleh lakukan utk mengukuhkan keputusan saya utk menjaga anak2 tersebut.? Utk pengetahuan, adik saya bercerai semasa bayi unur 3 bulan.
DrZ said…
Salam Joyah Murai,

Semasa sulh itu cuba bincang baik2 dengan bapanya. Kalau bapa itu setuju boleh aja mahkamah endoskan sebagai perintah yang diubah
Anonymous said…
Salam.

Mohon bantu saya. Sekiranya saya dan bekas suami menikah di thailand. Ada anak lelaki umur 5 tahun.

Dan bercerai ikut hukum syarak. Suami kawin baru dengan status bujang. Saya kawin baru dengan status bujang.

Suami ambil anak dan tak anta pulang. Bolehkah saya tuntut hak penjagaan?
DrZ said…
Sdri Anon,

Boleh tuntut hadanah sb itu anak puan. Cuma sukar untuk tuntut nafkah anak
Anonymous said…
Salam.tuan..sy baru bercerai dan mempunyai seorg anak perempuan berumur 1thn2bln..hakim mahkamah rendah syariah mengatakan hak penjagaan jatuh kepada sy selaku ibunya..cuma sy ingin mengetahui bagaimana hak bekas suami terhadap anak?(masud sy hari yg kebiasaannya diputuskan oeh mahkamah untuk bekas suami berjumpa dan membawa anak pulang bermalam di rumahnya)..adakah hanya pada hujung mgu hari tidak bekerja?hakim mahkamah rendah syariah ada menyatakan demikian yakni hari cuti bekerja untuk suami berjumpa anak..namun menjadi masalah apabila bekas suami mesej mengatakan untuk menjaga anak untuk beberapa tempoh dan bukan pada hari minggu kerana bekas suami tidak bekerja tetap..bekas suami seperti tidak mengendahkan hak sy sebagai ibu penjaga anak kami..adakah sy perlu mendapatkan keputusan hitam putih dari mahkamah dan bagaimanakah caranya?bolehkah sy memohon untuk mahkamah memberikan hak bapa melawat atau membawa anak bermalam ke rumahnya untuk 2hari 1malam je dalam seminggu?atau adakah mahkamah menetapkan hari sekian sekian untuk bekas suami??terima kasih
-ibu muda-
DrZ said…
Saudari Anon,

puan sewajarnya segera menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah. Nanti puan dan suami akan dipanggil untuk sesi sulh (perbincangan). jika tiada keputusan akan dirujuk kepada hakim
Unknown said…
Salam. Perlu kah sy buat tuntutan hadhanah walaupun sy dan bekas suami tiada masalah dalam hal ini. Bekas suami pernah berkata hak penjagaan Anak dia memang akan bagi pada sy. Tetapi sy pernah ke mahkamah, mahkamah mensarankan utk buat tuntutan ini utk dpt kan perintah mahkamah bg memudahkan proses membuat passport jika Bekas suami ingin ke luar Negara Bersama Anak. Mohon pencerahan.
Anonymous said…
Assalamualaikum..
Sy baru bercerai dan mempunyai anak lelaki yg berusia 10 bulan. Bekas isteri sy telah menfailkan hak hadanah tanpa memberi saya hak bermalam bersama anak. Adakah saya boleh fail hak jagaan tu jika isteri sy mempunyai penyakit misteri yg suka pegang pisau tgh mlm nk tikam sy dgn anak semasa tido? Apa ka sy layak utk mendapat hak jagaan anak sy itu demi utk keselamatan dia.
Mohon beri pencerahan.
Terima kasih.
DrZ said…
Puan Wawa,

sebaiknya ada perintah hadanah ini untuk memudahkan urusan persekolahan anak-anak dan urusan keluar negara. lagipun proses mendapatkan perintah ini tidak memakan masa yang lama jika ianya dibuat dengan pesetujuan bersama dengan bekas suami.
DrZ said…
En Anon,

biasanya bayi yang masih kecil ini jarang diberikan hak bermalam kpd bapa kerana kesulitan penjagaan khasnya dari segi penyusuan badan. namun, hak berjumpa tetap diberikan.

jika ada isu keselamatan, tuan perlu membawa bukti samada melalui bukti berbentuk dokumen spt laporan polis dan laporan psikiatrik mahupun bukti lisan seperti membawa saksi yang pernah menyaksikan kejadian itu. keterangan tuan bersendirian tanpa bukti sokongan tidak akan diterima oleh mahkamah kecuali jika wujud pengakuan oleh isteri
Unknown said…
Assalamualaikum,
Saya dan bekas isteri telah bercerai selama 5 tahun dan dikurniakan 3 org Anak.sejak tahun lepas anak2 mula terabai dimana anak2 tinggal bersama bekas isteri.kemudian bekas isteri telah berkahwin baru.dan anak ketiga mula terabai dr segi persekolahan(tidak didaftar persekolahan) dan anak pertama terlibat pelbagai masalah sosial.selepas penceraian sehingga kini belum ada perintah mahkamah hak hadhanah kepada saya mahupun bekas isteri.tuntutan hadhanah kekal anak telah saya failkan.
Soalan saya,sebagai bapa bolehkah saya mengambil anak2 yg kini dibawah jagaan bekas isteri tanpa mana2 perintah mahkamah berkaitan hadhanah?
DrZ said…
Wassalam Cik Ema,

saya cadangkan tuan untuk menfailkan permohonan interim untuk mendapatkan hak jagaan sementara kes hak jagaan kekal itu diputuskan. Dalam banyak keadaan, ianya akan membantu tuan utk mendapatkan hak jagaan anak-anak itu. gunakan alasan bahawa bekas isteri sudah berkahwin lain dan berlaku pengabaian kebajikan anak-anak
Unknown said…
Assalamualaikum.
Nak bertanya pendapat pada yg arif.
Saya ada seorang rakan perempuan (32) yg telah bercerai setahun yang lalu dan mempunyai 2 orang anak yg telah
Berusia lebih dari 7 tahun.
Apa yang difahamkan oleh saya, bekas suaminya mengizinkan beliau untuk berjumpa dengan anaknya,
Akan tetapi tidak nembenarkan bekas isterinya membawa anak anaknya keluar cuma hanya jumpa didepan kedai bekas suaminya sahaja.
Ada lagi permasalahan nya, iaitu beliau juga telah di psiko oleh isteri baru kepada si bekas suami nya ini dan di lemparkan dengan kata2 yang membuatkan si bekas isteri ni jadi malu untuk berjumpa dengan anaknya.. Bekas suaminya juga telah menyekat anak2nya untuk berhubung melalui talian mudah alih.
Semenjak dari hari itu, si bekas isteri ni kerap menangis dan sentiasa teringatkan anak2 nya.
Sy selaku rakan, juga buntu bagaimana untuk saya bantu beliau.
.
Cara bekas suaminya juga seolah2 sengaja melakukan sebegitu agar si bekas isteri ini gila.
.
Dari segi kemampuan, bekas suaminya lebih berduit. Adakah duit itu, penentu siapa yang mendapat hak penjagaan?
Anonymous said…
Assalamu'alaikum

Saya ingin bertanya. Bolehkah tuntutan hadhanah dibuat sebelum sebutan kes tuntutan perceraian disebut?

Berdasarkan maklumat yang saya semak, tuntutan hadhanah boleh dilakukan selepas cerai. Dalam kes saya, isteri membuat tuntutan hadhanah sebelum kes disebut.

Mohon penjelasan.
DrZ said…
Sdra Wan Iqbal

duit bukan penentu siapakah yang layak dapat hak jagaan.

AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN VII - JAGAAN
Hadhanah atau Jagaan Kanak-kanak

Seksyen 81. Orang yang berhak menjaga kanak-kanak

(1) Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau jagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—
[Pin. Akta A902:s.26]
(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) ibu saudara sebelah ibu;
(k) ibu saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:
Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.
[Mas. Akta A902:s.26]

(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap jagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.

(4) Tertakluk kepada seksyen 82 dan 84, jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, jagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.
[Pin. Akta A902:s.26]


Seksyen 82. Kelayakan yang perlu untuk jagaan

Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika—
[Pin. Akta A902:s.27]
(a) dia adalah seorang Islam;
(b) dia adalah sempurna akal;
(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Seksyen 84. Tempoh jagaan

(1) Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

(2) Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
DrZ said…
Wassalam Sdra Anon

tuntutan hadanah boleh dibuat pada bila-bila masa. tidak disyaratkan untuk failkan kes hadanah mesti sudah bercerai
Anonymous said…
Salam tuan..sy ingin bertanya bg pihak suami sy..sy isteri baru kepada suami sy yg merupakan seorang duda ank satu..anknya lelaki..slps majlis sulh suami dan bekas isteri tentang nafkah anak pd ms itu tiada tuntutan tentang penjagaan anak..bolehkah suami mahu membuat pengurangan nafkah ank dsbbkan suami sudah berkahwin dgn sy dan tanggungannya brtambah dan juga hak lawatan..ini kerana bekas isterinya tidak memberi kerjasama yg baik apabila suami hendak menjenguk anaknya..adakah tuntutan di atas dikenakan bayaran yg tinggi??ini krn memandangkan suami sy adalah peniaga yg ekonomi rumh tgga kami ada psg surutnya..dan sy pula suri rumah tidak bkerja dan sedang hamil ank pertama kami..kami ingin pergi ke mahkamah namun takut jika dikenakan jumlah yg sgt tinggu hanya utk pengurangan wang nafkah ank dan tuntutan lawatan anak??bolehkan tuan membantu sy memberi info dlm hal ini..utk pngetahuan tuan,ank tiri sy itu bru berumur setahun lebih dan suami tidak pernah sekali pun culas memberi nafkah ank setiap bulan mengikut tarikh yg ditetapkan..
Anonymous said…
assalam, saya telah keluar dari rumah tanpa kebenaran suami saya..adakah suami saya akan mendapat hak penjagaan anak saya berusia 1tahun atas sebab saya nusyuz?
Unknown said…
Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanyakan tentang pendapat ustaz. Saya telah berpisah dengan bekas suami selam 3 kali dgn jumlah 3 talak. talak ketiga adalah pada tahun 2012. Kami dikurniakan 2 org anak. seorg lelaki dan seorg perempuan yang mana sekarang berusia 10 tahun dan 9 tahun. pada perceraian kedua kami, saya telah dipaksa oleh bekas suami untuk menandatangani perjanjian tentang hak penjagaan anak-anak kami.perjanjian tersebut adalah tanpa kerelaan hati saya kerana saya diugut oleh beliau agar tidak akan melafazkan talak sekiranya tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh beliau. surat perjanjian tersebut telah diberikan kepada hakim semasa hari talak dilafazkan dan hakim telah memutuskan hak penjagaan kepada bekas suami..Saya memohon cerai kerana suami saya kaki pukul dan mengambil barang terlarang. sehingga kini saya hidup dlam keadaan tertekan kerana berpisah dengan anak-anak saya. dlm perjanjian tersebut, anak-anak dibawah penjagaan beliau dan saya akan dibenarkan mengambil anak dan tggl bersama saya semasa cuti sekolah mengikut bergilir-gilir begitu juga cuti hari raya secara bergilir-gilir. soalan saya, bagaimana saya ingin menuntut hak jagaan anak-anak saya? memandangkan bekas suami selalu meminta saya membeli peralatan dan pakaian sekolah setiap tahun dan semester. sedangkan itu merupakan tanggungjawab beliau. saya tertekan kerana bekas suami masih tidah dapat menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada saya walaupun diminta secara baik. apa perlu saya buat? anak-anak selalu menyatakan hasrat untuk tinggal dengan setiap kali saya mengambil mereka. saya harap ustaz dapat menolong saya menyelesaikan masalah saya ini. sekian, terima kasih
Unknown said…
Salam ramadhan Dr,

Ingin bertanya.. Perintah mahkamah telah dikeluarkan. Hak penjagaan anak adalah pada ibu (saya) dan hak lawatan dan bermalam pada bapa 2 minggu sekali. walaupun perintah telah ada, masalah terbaru wujud apabila pihak bekas suami memohon untuk membahagikan cuti sekolah sama rata yang mana tiada dalam perintah mahkamah. saya minta padanya untuk patuhi perintah mahkamah tersebut. Saya tidak memenuhi permintaannya kerana anak saya berumur 4 tahun selalu mengadu yang beliau tidak mahu bermalam di rumah bapanya. saya melihat bapanya suka memaksa anak untuk mengikutnya walaupun anak sering menangis untuk tidak diambil (akibat fobia ditipu bekas suami yang sering berjanji akan menghantar balik pada hari yang sama dan tidak bermalam dirumahnya.) Disebabkan perkara tersebut bekas suami telah menuduh ibu bapa saya bermain kotor dengan manghasut anak saya untuk tidak mengikutnya, katanya ini yang sering disebut oleh anak saya. Ini tuduhan yang tidak patut yang saya pikir dia cuba mengajar anak saya menipu. Saya percaya soalan yang beliau tanya hanya mempunyai pilihan jawapan yang menjurus ke arah pernyataan yang menyalahkan ibu bapa saya memandangkan saya tiada dalam sesi soal jawab tersebut. baru-baru ini apabila datang kerumah dia sengaja mencetuskan marah dengan menyatakan anak menangis disebabkan ada yang mengajar dan kata-kata yang masih ingat apabila ayah saya cuba membalas kata-katanya adalah " sedarlah sikit rumah dengan langit dah dekat sangat" yang mengikut fahaman saya ibubapa saya telah tua kubur dah makin dekat. semasa kata-kata tersebut dilafazkan beliau mendukung anak saya. Sikapnya sangatlah BIADAP!!!

apa perlu saya lakukan tuan? saya buntu=(
Anonymous said…
Assalammualaikum...

Saya ingin bertanya bagaimana untuk saya tidak memberikan hak bermalam anak kepada suami kerana saya kuatir bekas suami saya penagih dadah tegar.Anak saya lelaki berumur 3 tahun. Setiap malam saya berfikir tentang masa depan anak apabila anak bermalam dirumah bekas suami.Bagaimana caranya untuk saya meminta mahkamah batalkan hak bermalam suami kepada anak kecuali hak lawatan sahaja.
sHieRa cAkAp said…
Assalammualaikum,
Sekadar ingin bertanya. Jika pasangan di ambang penceraian. Isteri tetap berkeras mahu berpisah, sedangkan suami masih mahu berusaha. Dalam proses itu isteri sering ingkar perintah suami spt keluar dr rumah tanpa izin, bermalam di rumah keluarga isteri tanpa izin dan pengetahuan suami, berkasar dan tidak hormati keluarga mertua, berhubungan dengan lelaki lain (suami jumpa bukti dari mesej). Boleh kah perkara begini dijadikan alasan untuk suami menuntut hak jagaan anak-anak. Ini kerana suami takut isteri tidak membenarkan suami dan keluarga mertua melawat atau melihat anak-anak selepas bercerai (isteri pernah hantar mesej ugutan berbunyi begitu) Hingga ke saat ini pun isteri masih menghantar mesej-mesej memaki dan menghamun suami. Terima kasih.
Anonymous said…
assalamualaikum Dr Z

saya ade persoalan bagi pihak abg saya, die sudah bercerai dgn bekas isteri nya hampir 3 tahun, mereka mempunyai 2 org anak lelaki yang kini dijaga oleh ibunya. bekas isteri nya telah berkahwin dgn lelaki lain beberapa bulan yg lalu. mereka bercerai atas sebab isteri nya melakukan hubungan sulit dgn lelaki lain dan bukti nya masih disimpan.
semasa proses penceraian tersebut, abg sy jatuhkan talak 1 shj kpd bekas isterinya, dan si bapa tidak memfailkan hak jagaan, krn pada mula nya si isteri bagi berjumpa dgn anak2,
tetapi setelah 1 tahun bercerai, bekas isteri senyap dan mengendahkan panggilan dari si bapa utk berjumpa dgn anak atas alasan tidak diberi nafkah, padahal pada mula nya si bapa tidak missed lnsung memberi nafkah, dan setahun selepas bekas isteri tidak memberi bapa berjumpa anak2 nya, jdi si bapa tidak dapat saluran apa apa utk memberi nafkah kpd anak2 krn die lnsung tidak dapat berjumpa dgn anak2.
perbuatan bekas isteri dan keluarganya yang melarang bapa berjumpa dgn anak2 telah direcord melalui panggilan telefon serta bukti sms.
setelah bapa pegi ke mahkamah, mahkamah menyarankan utk mengfailkan hak jagaan.
persoalannya adalah si bapa memberikan hak jagaan kpd bekas isteri tetapi yang die mahukan adalah hak lawatan shj, jika pihak defendan mencuba utk berkeras tidak memberikan hak lawatan tersebut adakah si bapa tidak dpt hak lawatan tersebut?
bagaimana proses tersebut?
Terima kasih
DrZ said…
Sdri Anon

Soalan: Salam tuan..sy ingin bertanya bg pihak suami sy..sy isteri baru kepada suami sy yg merupakan seorang duda ank satu..anknya lelaki..slps majlis sulh suami dan bekas isteri tentang nafkah anak pd ms itu tiada tuntutan tentang penjagaan anak..bolehkah suami mahu membuat pengurangan nafkah ank dsbbkan suami sudah berkahwin dgn sy dan tanggungannya brtambah dan juga hak lawatan..ini kerana bekas isterinya tidak memberi kerjasama yg baik apabila suami hendak menjenguk anaknya..adakah tuntutan di atas dikenakan bayaran yg tinggi??ini krn memandangkan suami sy adalah peniaga yg ekonomi rumh tgga kami ada psg surutnya..dan sy pula suri rumah tidak bkerja dan sedang hamil ank pertama kami..kami ingin pergi ke mahkamah namun takut jika dikenakan jumlah yg sgt tinggu hanya utk pengurangan wang nafkah ank dan tuntutan lawatan anak??bolehkan tuan membantu sy memberi info dlm hal ini..utk pngetahuan tuan,ank tiri sy itu bru berumur setahun lebih dan suami tidak pernah sekali pun culas memberi nafkah ank setiap bulan mengikut tarikh yg ditetapkan..

Jawapan: suami puan boleh menfailkan kes untuk mengubah nafkah anak disebabkan berlaku perubahan matan iaitu pertambahan tanggungan. saya sarankan supaya kes ini difailkan setelah anak puan lahir. jika difailkan sekarang nanti mahkamah tidak akan ambil kira anak yang bakal lahir kerana anak itu belum lahir dan tiada tanggungan suami atas anak yang belum lahir.

bagi hak lawatan, ianya boleh difailkan di mahkamah tinggi syariah di mana suami puan bermastautin. jika bekas isteri masih ingkar selepas perintah hak lawatan dikeluarkan maka tindakan untuk menunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dipenjarakan boleh dibuat.
DrZ said…
Sdri Anon,

Soalan: assalam, saya telah keluar dari rumah tanpa kebenaran suami saya..adakah suami saya akan mendapat hak penjagaan anak saya berusia 1tahun atas sebab saya nusyuz?

Jawapan: Wassalam. nusyuz tidak menggugurkan hak ke atas jagaan anak
DrZ said…
Sdri Adam Hawa,

Soalan: Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanyakan tentang pendapat ustaz. Saya telah berpisah dengan bekas suami selam 3 kali dgn jumlah 3 talak. talak ketiga adalah pada tahun 2012. Kami dikurniakan 2 org anak. seorg lelaki dan seorg perempuan yang mana sekarang berusia 10 tahun dan 9 tahun. pada perceraian kedua kami, saya telah dipaksa oleh bekas suami untuk menandatangani perjanjian tentang hak penjagaan anak-anak kami.perjanjian tersebut adalah tanpa kerelaan hati saya kerana saya diugut oleh beliau agar tidak akan melafazkan talak sekiranya tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh beliau. surat perjanjian tersebut telah diberikan kepada hakim semasa hari talak dilafazkan dan hakim telah memutuskan hak penjagaan kepada bekas suami..Saya memohon cerai kerana suami saya kaki pukul dan mengambil barang terlarang. sehingga kini saya hidup dlam keadaan tertekan kerana berpisah dengan anak-anak saya. dlm perjanjian tersebut, anak-anak dibawah penjagaan beliau dan saya akan dibenarkan mengambil anak dan tggl bersama saya semasa cuti sekolah mengikut bergilir-gilir begitu juga cuti hari raya secara bergilir-gilir. soalan saya, bagaimana saya ingin menuntut hak jagaan anak-anak saya? memandangkan bekas suami selalu meminta saya membeli peralatan dan pakaian sekolah setiap tahun dan semester. sedangkan itu merupakan tanggungjawab beliau. saya tertekan kerana bekas suami masih tidah dapat menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada saya walaupun diminta secara baik. apa perlu saya buat? anak-anak selalu menyatakan hasrat untuk tinggal dengan setiap kali saya mengambil mereka. saya harap ustaz dapat menolong saya menyelesaikan masalah saya ini. sekian, terima kasih

Jawapan: Puan boleh menfailkan semula kes perubahan hak jagaan anak kerana anak-anak pada peringkat umur 10 dan 9 tahun sudah boleh memilih untuk tinggal dengan ibu atau bapa. Hakim boleh bertanyakan dengan anak-anak itu sendiri untuk tinggal dengan siapa. Jika perjanjian itu dibuat tanpa rela hati, sebaiknya puan membuat laporan polis dengan segera. laporan polis itu boleh dikepilkan semasa perbicaraan nanti. bagi pembelian barangan anak itu sememangnya bukan tanggungjawab puan.
DrZ said…
Sdri Qistina:

Soalan: Salam ramadhan Dr,

Ingin bertanya.. Perintah mahkamah telah dikeluarkan. Hak penjagaan anak adalah pada ibu (saya) dan hak lawatan dan bermalam pada bapa 2 minggu sekali. walaupun perintah telah ada, masalah terbaru wujud apabila pihak bekas suami memohon untuk membahagikan cuti sekolah sama rata yang mana tiada dalam perintah mahkamah. saya minta padanya untuk patuhi perintah mahkamah tersebut. Saya tidak memenuhi permintaannya kerana anak saya berumur 4 tahun selalu mengadu yang beliau tidak mahu bermalam di rumah bapanya. saya melihat bapanya suka memaksa anak untuk mengikutnya walaupun anak sering menangis untuk tidak diambil (akibat fobia ditipu bekas suami yang sering berjanji akan menghantar balik pada hari yang sama dan tidak bermalam dirumahnya.) Disebabkan perkara tersebut bekas suami telah menuduh ibu bapa saya bermain kotor dengan manghasut anak saya untuk tidak mengikutnya, katanya ini yang sering disebut oleh anak saya. Ini tuduhan yang tidak patut yang saya pikir dia cuba mengajar anak saya menipu. Saya percaya soalan yang beliau tanya hanya mempunyai pilihan jawapan yang menjurus ke arah pernyataan yang menyalahkan ibu bapa saya memandangkan saya tiada dalam sesi soal jawab tersebut. baru-baru ini apabila datang kerumah dia sengaja mencetuskan marah dengan menyatakan anak menangis disebabkan ada yang mengajar dan kata-kata yang masih ingat apabila ayah saya cuba membalas kata-katanya adalah " sedarlah sikit rumah dengan langit dah dekat sangat" yang mengikut fahaman saya ibubapa saya telah tua kubur dah makin dekat. semasa kata-kata tersebut dilafazkan beliau mendukung anak saya. Sikapnya sangatlah BIADAP!!!

apa perlu saya lakukan tuan? saya buntu=(

Jawapan: Apabila perintah telah ada maka pihak-pihak sewajarnya mengikut perintah tersebut. jika ada mana-mana pihak yang melanggar perintah tersebut bolehlah puan membuat laporan polis ke atasnya. Jika masalah itu berterusan, puan boleh membuat aduan ke mahkamah atau menfailkan kes bahawa bekas suami gagal mengikut perintah mahkamah. masalah bekas suami itu biadap tidaklah dapat kita mengawalinya. cara yang terbaik adalah menjauhkan diri daripada insan2 yang bermasalah ini dan hadkan hubungan sekadar untuk pematuhan perintah itu sahaja. selain itu, usahakan supaya anak-anak itu berhubung terus dgn bapanya tanpa orang tengah seperti minta bekas suami untuk belikan telefon utk beliau berhubung terus dengan anak-anak tanpa ada pihak ketiga.

dalam keadaan lain, perintah hak jagaan anak ini dinamik. jika ada ruang utk toleransi berkaitan hak bermalam semasa cuti sekolah bolehlah untuk bertoleransi. ini lebih baik utk perkembangan anak.
DrZ said…
Sdri Anon,

Soalan: Saya ingin bertanya bagaimana untuk saya tidak memberikan hak bermalam anak kepada suami kerana saya kuatir bekas suami saya penagih dadah tegar.Anak saya lelaki berumur 3 tahun. Setiap malam saya berfikir tentang masa depan anak apabila anak bermalam dirumah bekas suami.Bagaimana caranya untuk saya meminta mahkamah batalkan hak bermalam suami kepada anak kecuali hak lawatan sahaja.

Jawapan: Puan kena failkan permohonan utk ubah perintah. namun, tidak mudah utk batalkan hak bermalam. puan kena kemukakan bukti kukuh bahawa ada isu keselamatan anak.
DrZ said…
Sdri Shiera,

Soalan: Assalammualaikum,
Sekadar ingin bertanya. Jika pasangan di ambang penceraian. Isteri tetap berkeras mahu berpisah, sedangkan suami masih mahu berusaha. Dalam proses itu isteri sering ingkar perintah suami spt keluar dr rumah tanpa izin, bermalam di rumah keluarga isteri tanpa izin dan pengetahuan suami, berkasar dan tidak hormati keluarga mertua, berhubungan dengan lelaki lain (suami jumpa bukti dari mesej). Boleh kah perkara begini dijadikan alasan untuk suami menuntut hak jagaan anak-anak. Ini kerana suami takut isteri tidak membenarkan suami dan keluarga mertua melawat atau melihat anak-anak selepas bercerai (isteri pernah hantar mesej ugutan berbunyi begitu) Hingga ke saat ini pun isteri masih menghantar mesej-mesej memaki dan menghamun suami. Terima kasih.

Jawapan: Wasalam. suami boleh failkan kes nusyuz ke atas isteri. pastikan ada bukti suami telah menasihati isteri. boleh juga buat laporan ke pejabat agama dan laporan bertulis pejabat agama itu perlu disimpan sebagai bukti. Isu hak jagaan anak ini tidak berkaitan dengan isu perceraian. mahkamah akan menilai setakat mana hak lawatan boleh diberikan. namun, perlu pastikan dalam suratcara mahkamah itu ditulis bagaimana hak lawatan yang dikehendaki secara terperinci kerana hakim akan memutuskan kes berdasarkan apa yang ditulis.

DrZ said…
Sdri Anon,

Soalan: saya ade persoalan bagi pihak abg saya, die sudah bercerai dgn bekas isteri nya hampir 3 tahun, mereka mempunyai 2 org anak lelaki yang kini dijaga oleh ibunya. bekas isteri nya telah berkahwin dgn lelaki lain beberapa bulan yg lalu. mereka bercerai atas sebab isteri nya melakukan hubungan sulit dgn lelaki lain dan bukti nya masih disimpan.
semasa proses penceraian tersebut, abg sy jatuhkan talak 1 shj kpd bekas isterinya, dan si bapa tidak memfailkan hak jagaan, krn pada mula nya si isteri bagi berjumpa dgn anak2,
tetapi setelah 1 tahun bercerai, bekas isteri senyap dan mengendahkan panggilan dari si bapa utk berjumpa dgn anak atas alasan tidak diberi nafkah, padahal pada mula nya si bapa tidak missed lnsung memberi nafkah, dan setahun selepas bekas isteri tidak memberi bapa berjumpa anak2 nya, jdi si bapa tidak dapat saluran apa apa utk memberi nafkah kpd anak2 krn die lnsung tidak dapat berjumpa dgn anak2.
perbuatan bekas isteri dan keluarganya yang melarang bapa berjumpa dgn anak2 telah direcord melalui panggilan telefon serta bukti sms.
setelah bapa pegi ke mahkamah, mahkamah menyarankan utk mengfailkan hak jagaan.
persoalannya adalah si bapa memberikan hak jagaan kpd bekas isteri tetapi yang die mahukan adalah hak lawatan shj, jika pihak defendan mencuba utk berkeras tidak memberikan hak lawatan tersebut adakah si bapa tidak dpt hak lawatan tersebut?
bagaimana proses tersebut?
Terima kasih


Jawapan: Saya kurang jelas dgn maksud soalan ini tetapi saya cuba jawab berdasarkan pemahaman saya. Abang sdri boleh menfailkan tuntutan hak jagaan di mahkamah. jika bekas isteri tidak bersetuju, bekas isteri akan failkan tuntutan balas. Secara asasnya, hak jagaan bagi anak kecil akan diberikan kepada ibu kpd anak-anak itu. hak lawatan akan diberikan kepada pihak yang tidak diberikan hak jagaan. si ibu tidak boleh menghalang bapa daripada melawat anak-anaknya. Mahkamah lazimnya akan memberikan hak lawatan tersebut meskipun si ibu tidak bersetuju.
Anonymous said…
Assalam. Sy dlm proses utk dptkn tuntutan hadhanah yg mana sy selaku plaintif yg memfailkan tuntutan. Soalan sy, sekiranya pada hari sulh yg ditetapkan pihak suami tidak hadirkan diri, adakah hadhanah ini akan terus berpihak kpd sy? Sy juga diberitahu bahawa hak penjagaan sementara hanya efektif selama 30 hari. Apakah yg perlu sy lakukan?
cek^sou! said…
Salam. Saya bertanyakan bagi pihak adik saya. Beliau telah bercerai bersama isteri dan hak jagaan sementara anak perempuan berusia 2 tahun pada ketika itu telah diberikan kpd adik saya. Adakah kemungkinan adik saya tidak akan mendapat hak jagaan kekal anak tersebut kerana melalui bacaan saya menerusi komen yg dijawab tuan hak jagaan seorang anak adalah milik ibu.
SriKandi Islam said…
Salam Dr.Z..Saya baru setahun bercerai dengan bekas suami saya dan kini saya telah berkahwin lain. Adakah gugur hak jagaan anak-anak perempuan tersebut yang berusia 4 & 7 tahun setelah saya berkahwin lain. Saya sedang memfailkan hak jagaan. Namun alasan bapanya bimbang akan anaknya tinggal dengan bapa tirinya yang bukan mahram. Adakah relevan alasan sebegitu?
Anonymous said…
Assalam..saya da bercerai selama 4bulan dan saya da berkahwin baru..anak2 saya sekarang tinggal bersama bekas isteri saya..ibu mereka..tapi saya sering di halang berjumpa dan bila saya hendak menghubungi anak2 melalui telepon,mak kepada bekas isteri saya tidak bekerjasama utk mnjawab panggilan saya..dan bekas isteri saya jugak menghalang saya utk membawa ank2 saya bermalam dgn saya..sedangkan saya setiap bulan memberi wang nafkah dn belanja pakaian..dn mereka jugak seperti ingin memutuskan pertalian saya dgn ank2 saya..
Apa yg patut saya lakukan..dan saya klu bole tak nak la memanjangkan perkara ni ke mahkamah..
Harap ada penjelasan dan cara untuk saya selesaikan..
Unknown said…
Assalamulakum .. Saya nak tanya..
Suami ada harapan tak untuk dptkan hak jagaan anak kalau :
1) isteri dia xkerja
2) isteri dia biadab
3) isteri dia xreti jaga anak .. Bg makan pon tunggu org tegur baru bagi mkn dkt ank
4) suami tgh kerja sebok suruh suami balik teman dia .
5) duit nak tpi suami nk kerja dihalang-halang.
6) istilah nye bnyk yg x elok la dri yg baik..

Macam mana tu? Sbb suami kesiankan ank takot ank terabai jika isteri dia dpt hak jagaan ank .

Ini terjadi pada abg kandung sy sendiri ..kami kesiankan dia.. Nak tgk ank pon isteri xbg .

Kalau boleh bantu apa yg abg sy patut buat untuk dptkan hak jagaan ank .. Dia ada harapan x untuk dapat?

Tolong bg pendapat ... ��
DrZ said…
Sdri Anon

Soalan: Assalam. Sy dlm proses utk dptkn tuntutan hadhanah yg mana sy selaku plaintif yg memfailkan tuntutan. Soalan sy, sekiranya pada hari sulh yg ditetapkan pihak suami tidak hadirkan diri, adakah hadhanah ini akan terus berpihak kpd sy? Sy juga diberitahu bahawa hak penjagaan sementara hanya efektif selama 30 hari. Apakah yg perlu sy lakukan?

Jawapan: Sekiranya suami tidak hadir pada majlis sulh, hadanah tidak terus berpihak kepada puan. biasanya mahkamah akan tangguh sekali lagi. jika kali kedua tidak hadir maka mahkamah akan pindahkan kes ke dalam dewan di hadapan hakim. jika suami tidak hadir dalam dewan, puan boleh mohon waran tangkap dikeluarkan jika saman telah diserahkan kepada suami. Atau, puan boleh mohon untuk kes dibicarakan secara sebelah pihak.

Hak penjagaan sementara hanya sah dalam tempoh 30 hari jika ianya dibuat secara ex parte (sebelah pihak) tetapi jika dibuat secara inter parte (kedua-dua belah pihak) perintah itu akan sah sehingga keputusan kes hadanah kekal dikeluarkan.
DrZ said…
Sdri Cek Soul,

Soalan: Salam. Saya bertanyakan bagi pihak adik saya. Beliau telah bercerai bersama isteri dan hak jagaan sementara anak perempuan berusia 2 tahun pada ketika itu telah diberikan kpd adik saya. Adakah kemungkinan adik saya tidak akan mendapat hak jagaan kekal anak tersebut kerana melalui bacaan saya menerusi komen yg dijawab tuan hak jagaan seorang anak adalah milik ibu.

Jawapan: secara umumnya hak jagaan anak yg masih kecil akan diberikan kepada ibu melainkan ibu tersebut tidak mempunyai kelayakan yang secukupnya. Kerana itu dalam sesetengah kes, bapa masih berpeluang untuk mendapat hak jagaan kekal.
DrZ said…
Sdri Srikandi Islam,

Soalan: Salam Dr.Z..Saya baru setahun bercerai dengan bekas suami saya dan kini saya telah berkahwin lain. Adakah gugur hak jagaan anak-anak perempuan tersebut yang berusia 4 & 7 tahun setelah saya berkahwin lain. Saya sedang memfailkan hak jagaan. Namun alasan bapanya bimbang akan anaknya tinggal dengan bapa tirinya yang bukan mahram. Adakah relevan alasan sebegitu?

Jawapan: Hak jagaan saudari itu akan hilang jika dibuktikan bahawa kebajikan anak-anak akan terjejas. Boleh rujuk S.83(a) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984:

Seksyen 83. Bagaimana hak jagaan hilang

Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

DrZ said…
Sdra Anon,

Soalan: Assalam..saya da bercerai selama 4bulan dan saya da berkahwin baru..anak2 saya sekarang tinggal bersama bekas isteri saya..ibu mereka..tapi saya sering di halang berjumpa dan bila saya hendak menghubungi anak2 melalui telepon,mak kepada bekas isteri saya tidak bekerjasama utk mnjawab panggilan saya..dan bekas isteri saya jugak menghalang saya utk membawa ank2 saya bermalam dgn saya..sedangkan saya setiap bulan memberi wang nafkah dn belanja pakaian..dn mereka jugak seperti ingin memutuskan pertalian saya dgn ank2 saya..
Apa yg patut saya lakukan..dan saya klu bole tak nak la memanjangkan perkara ni ke mahkamah..
Harap ada penjelasan dan cara untuk saya selesaikan..

Jawapan: Wasalam, saudara dinasihatkan untuk memohon hak lawatan dan bermalam di mahkamah tinggi syariah dalam negeri yang saudara bermastautin. Lazimnya mahkamah akan memberikan hak tersebut kepada saudara.
DrZ said…
Sdri Dhya Nadiha,

Soalan: Assalamulakum .. Saya nak tanya..
Suami ada harapan tak untuk dptkan hak jagaan anak kalau :
1) isteri dia xkerja
2) isteri dia biadab
3) isteri dia xreti jaga anak .. Bg makan pon tunggu org tegur baru bagi mkn dkt ank
4) suami tgh kerja sebok suruh suami balik teman dia .
5) duit nak tpi suami nk kerja dihalang-halang.
6) istilah nye bnyk yg x elok la dri yg baik..

Macam mana tu? Sbb suami kesiankan ank takot ank terabai jika isteri dia dpt hak jagaan ank. Ini terjadi pada abg kandung sy sendiri ..kami kesiankan dia.. Nak tgk ank pon isteri xbg. Kalau boleh bantu apa yg abg sy patut buat untuk dptkan hak jagaan ank .. Dia ada harapan x untuk dapat? Tolong bg pendapat ... ��

Jawapan: Wasalam, suami boleh mohon utk dapatkan hak jagaan itu. Kena highlightkan bahawa kebajikan anak-anak terjejas. kena ada saksi yang menyokong keterangan suami itu.

Boleh rujuk S. 82 dan 83 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984:

Seksyen 82. Kelayakan yang perlu untuk jagaan

Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika—
[Pin. Akta A902:s.27]
(a) dia adalah seorang Islam;
(b) dia adalah sempurna akal;
(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Seksyen 83. Bagaimana hak jagaan hilang

Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
[Gan. Akta A902:s.28]
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad;
(e) jika perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
Anonymous said…
Assalamualaikum dr..sye ingin bertnye..sye dalam proses penceraian bersame isteri..isteri failkn fasakh..sye da isteri ade seorang ank yg xtaraf..sye mngku pernah terlanjur bersame isteri sblum berkhwin..selepas ank lahir bru syr berkhwin.peekhwinan sye berusia 1tahun 4 bln..nk berusia 2 tahun 6bln..sye nk tnye..selepas bercerai..sye akn dpt hak lawatan bersame ank ke??walaupon tiade tuntutan hk jgaan ank dri isteri..sebab isteri dn saye tahu hak akan dpt kepada isteri..isteri menghalang sye berjumpe ank..wlaupon sye dan isteri masih lg dlm pbicaraan mhkamah..blom bercerai..ape tindakan yg perlu sye lakukan..untuk berjmpe ank??adakah sye tiada langsung hak untuk berjumpe ank..kerana ank tak sah taraf..
DrZ said…
Sdra Anon,

Soalan: Assalamualaikum dr..sye ingin bertnye..sye dalam proses penceraian bersame isteri..isteri failkn fasakh..sye da isteri ade seorang ank yg xtaraf..sye mngku pernah terlanjur bersame isteri sblum berkhwin..selepas ank lahir bru syr berkhwin.peekhwinan sye berusia 1tahun 4 bln..nk berusia 2 tahun 6bln..sye nk tnye..selepas bercerai..sye akn dpt hak lawatan bersame ank ke??walaupon tiade tuntutan hk jgaan ank dri isteri..sebab isteri dn saye tahu hak akan dpt kepada isteri..isteri menghalang sye berjumpe ank..wlaupon sye dan isteri masih lg dlm pbicaraan mhkamah..blom bercerai..ape tindakan yg perlu sye lakukan..untuk berjmpe ank??adakah sye tiada langsung hak untuk berjumpe ank..kerana ank tak sah taraf..

Jawapan: Wassalam. saudara boleh cuba untuk mendapatkan hak lawatan. Rujuk AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984, BAHAGIAN VII - JAGAAN
Hadhanah atau Jagaan Kanak-kanak

Seksyen 85. Jagaan anak-anak tidak sah taraf

Jagaan kanak-kanak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.

Seksyen ini tidak menyatakan berkaitan hak lawatan. Hanya menyatakan berkaitan hak jagaan sahaja.

Saudara boleh cuba menggunakan seksyen ini:

Seksyen 87. Perintah tertakluk kepada syarat-syarat

(1) Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan dan, tertakluk kepada syarat-syarat, jika ada, yang dipakai dari semasa ke semasa, perintah itu adalah menghakkan orang yang diberi jagaan itu untuk memutuskan semua soal yang berhubungan dengan pendidikan dan pelajaran kanak-kanak itu.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh—
(a) mengandungi syarat-syarat tentang tempat di mana kanak-kanak itu akan tinggal dan cara pelajarannya;
(b) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu berada bagi sementara dalam pemeliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan itu;
(c) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan pada masa-masa dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah;
(d) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu pada masa-masa dan dengan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah; atau
(e) melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak itu keluar dari Malaysia.
Unknown said…
Assalammualaikum...sy nk tny klu sorang isteri tidak mahu mengikut suami berpindah atas sebab Bapa isteri tu sakit Dan selalu keluar masuk wad...Dan adik2 nya plak belum lg bekerja...adakah isteri sah dikira nusyuz?

Lg satu apabila suami marah,,dia akan JD baran...Dan suami akan ckp dgn menengking ,tinggi suara malahan akan keluarkan kata2 kesat terhadap isteri Dan jgk keluarga isteri ITU...apakah yg perlu dibuat...kes pernah di adukan di pjbt Agama..tp suami x nk bekerjasama untuk dngr kaunseling..APA yg perlu dibuat? Mohon pnjelasan untuk 2 soalan ni.
Unknown said…
assalamualaikum, sya nak tanya kes interim hardanah..apa yg akan berlaku selepas afidavit pembelaan di jawab atas afidavit jawapan dr pihak defendan.

lagi satu boleh tak seorang bapa mendapatkan hak penjagaan ke atas anak yang tak cukup taraf dan jantina anak tersebut lelaki seorang berumur 11tahun dan seorang berumur 9tahun.
DrZ said…
Puan Nor Azma,

Soalan: Assalammualaikum...sy nk tny klu sorang isteri tidak mahu mengikut suami berpindah atas sebab Bapa isteri tu sakit Dan selalu keluar masuk wad...Dan adik2 nya plak belum lg bekerja...adakah isteri sah dikira nusyuz?

Lg satu apabila suami marah,,dia akan JD baran...Dan suami akan ckp dgn menengking ,tinggi suara malahan akan keluarkan kata2 kesat terhadap isteri Dan jgk keluarga isteri ITU...apakah yg perlu dibuat...kes pernah di adukan di pjbt Agama..tp suami x nk bekerjasama untuk dngr kaunseling..APA yg perlu dibuat? Mohon pnjelasan untuk 2 soalan ni.

Jawapan: jika gagal untuk ikut suami atas alasan yang munasabah boleh membawa kepada akibat yang nusyuz. tetapi pada saya puan mempunyai alasan yang munasabah dalam hal ini. namun, puan perlu meneruskan dengan usaha-usaha kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangga puan. Boleh juga puan melantik wakil yang dihormati oleh suami untuk berunding bagi pihak puan.

namun jika tiada penyelesaiannya, mungkin puan perlu berfikir pilihan lain termasuk pilihan untuk berpisah dengan suami. Saya tidak galakkan utk berpisah jika ada pilihan. Ingatlah bahawa berpisah itu hanyalah jalan terakhir jika lain-lain penyelesaian telah gagal.
DrZ said…
Saudara Mohd Zahazan Zainon,

Soalan: assalamualaikum, sya nak tanya kes interim hardanah..apa yg akan berlaku selepas afidavit pembelaan di jawab atas afidavit jawapan dr pihak defendan.

lagi satu boleh tak seorang bapa mendapatkan hak penjagaan ke atas anak yang tak cukup taraf dan jantina anak tersebut lelaki seorang berumur 11tahun dan seorang berumur 9tahun.

Jawapan: Waalaikumusalam, dalam kes interim hadanah tiada afidavit pembelaan. biasanya selepas defendan menfailkan afidavit jawapan, plaintif akan menjawab semula menggunakan afidavit balasan.

mengikut undang-undang keluarga islam, anak tak sah taraf adalah dibawah jagaan ibu. Jika ibu tidak ingin menjaga anak tersebut elok mohon untuk mendapatkan status sbg bapa angkat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Unknown said…
Assalammualaikum tuan,
kakak saya seorang ibu tunggal ( bercerai hidup )telah meninggal dunia dan meninggalkan 2 orang anak perempuan berumur 8 dan 10 tahun.

semasa bercerai anak2 masih kecil anggaran umur 3 dan 5 tahun dan kakak menetap bersama kami sekeluarga.

hasil perbincangan dengan bekas suami, bekas suami( sudah berkahwin lain dan mempunyai 2 anak lelaki ) mengizinkan saya, sebagai ibu saudara sebelah ibu, untuk menjaga anak-anak ini.

Bolehkan saya menuntut hak penjagaan anak saudara saya melalui saluran undang-undang memandangkan ibu saya sudah berumur 67 tahun dan tidak sihat.
Saya belum berkahwin dan bekerja sebagai seorang kakitangan awam.
Terima kasih
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya bagi pihak abang saya. Beliau telah berpisah dengan isterinya tahun lalu. Beliau mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun 10 bulan. Hak penjagaan telah berpihak kepada ibunya. Untuk pengetahuan tuan, si isteri yang telah menuntut cerai pada tahun lalu dan bukan abang saya.

Untuk makluman tuan, bekas isteri beliau merupakan seorang doktor pelatih yang baru sahaja menamatkan latihan setelah 4 tahun. Selama mereka masih bersama, abang saya telah menjaga kebajikan anak itu dek kerana kesibukan si ibu yang bekerja. Abang saya merupakan seorang yang bekerjaya namun telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan anaknya. Boleh dikatakan abang saya yang menjaga anak itu sedari masih bayi. Bekas isteri abang saya pernah meninggalkan dan sanggup memutuskan susu badan hanya kerana ingin melancong bersama seorang rakan ke Jepun walaupun abang saya tidak mengizinkan. Abang saya banyak bertoleransi dengan bekas isteri beliau demi anak mereka.Selain itu, bekas isteri abang pernah merakamkan dirinya sedang memukul anaknya yang berusia 3 bulan sehingga anaknya menangis lalu dihantar ke Whatsapp abang saya hanya kerana tidak puas hati dengan abang. Beliau tahu kelemahan abang saya adalah anak lalu dia menjadikan anaknya sebagai tempat untuk melepaskan kemarahan.

Jujurnya, bekas isteri abang saya seorang doktor pelatih yang bermasalah kerana beliau mengambil masa 4 tahun lebih untuk menamatkan latihan doktornya (sepatutnya 2 tahun sahaja). Beliau sendiri dilihat tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang isteri,ibu dan menantu Beliau pernah membaling ironing board kepada abang saya semasa bergaduh. Beliau pernah mencampakkan anaknya keluar bilik dan menghentak pintu semasa dia bergaduh. Beliau pernah memaki hamun ibu saya dan arwah bapa saya tanpa sekalipun memohon maaf. Bekas mertua abang saya turut masuk campur dalam hal rumah tangga mereka semasa mereka masih bersama.Beliau mempunyai sikap yang agresif baik dari segi pertuturan dan kelakuan.
Anonymous said…
Sambungan daripada post di atas..


Bekas isteri abang saya menuntut hak penjagaan seolah-olah beliau yang menjaga anak itu selama ini sedangkan semasa kes mahkamah berlangsung, anak itu tinggal bersama neneknya (bekas mertua abang saya) di Putrajaya sedangkan ibunya (bekas isteri abang) bekerja di Pulau Pinang. Ya betul mengikut kelayakan hak hadhanah, nenek (bekas mertua abang) adalah berhak menjaga anak itu. Akan tetapi si nenek mempunya seorang suami yang mempunya penyakit Parkinson yang memerlukan penjagaan. Bagaimana mungkin si nenek ingin menjaga cucu dan suami yang memerlukan perhatian?

Dari sudut kewangan juga si ibu tidak layak diberi hak penjagaan kerana beliau mempunya komitmen hutang yang banyak. Gaji seorang doktor pelatih seperti beliau tidak selumayan mana. Berbeza dengan abang saya yang dilihat mampu dari sudut kewangan dan kebajikan lain lain.

Dari sudut mentalnya, si ibu (bekas isteri abang) juga dilihat tidak layak menjaga anak ini. Melalui pemerhatian saya (saya merupakan seorang pegawai perubatan), si ibu mempunyai symptom sakit mental Bipolar Disorder + Personality disorder. Akan tetapi kami tidak dapat membuktikan secara hitam putih kerana beliau sering mengelak setiap kali diarahkan untuk sesi bersama pakar psikiatri. Saya pernah merujuk anak abang saya kepada doktor psikiatri kanak-kanak kerana anak ini dilihat mempunyai spectrum Autism setelah tinggal bersama neneknya. Anak ini menunjukkan development regression ketika satu tempoh abang dan anaknya tidak dibenarkan untuk berjumpa (kerana si ibu tidak membenarkan sedangkan terdapat persetujuan ketika bercerai iaitu untuk memberi hak menjaga 2 minggu setiap seorang). Keadaan mental si ibu tidak stabil. Saya amat risau kebajikan anak ini. Setiap kali abang saya datang menjemput, si anak pasti akan menangis kerana ingin mengikuti abang saya. Si anak dilihat sangat resistant dengan ibunya.


Banyak lagi kisah-kisah yang pada saya tidak melayakkan si ibu untuk mendapat penjagaan anak ini. Saya berasa kesal dengan pihak mahkamah kerana tidak melihat kes hak hadhanah ini secara menyeluruh kerana pada pandangan saya, kaum wanita di era ini tidak semuanya bertanggungjawab dan layak diberi hak penjagaan anak. Dalam kes ini, saya berasa keputusan sama sekali tidak adil. Saya risau akan kebajikan anak saudara saya jika terus tinggal bersama ibunya yang sememangnya tidak stabil secara mental dan kewangan.

Saya di sini menulis tanpa bias kerana ini adalah kebenaran. Saya sama sekali tidak akan berpihak pada abang saya jika saya tahu abang saya tidak bertanggungjawab pada anaknya.

Saya berharap tuan dapat memberi pandangan bagaimana saya dapat membantu abang untuk mendapatkan kembali anaknya secara total. Terima kasih.
hai assalamualaikum , sy nak tnya bgi pihak kwn sy , kwn sy seorg perempuan dan telah bercerai bersama suami , dan ingin memohon hak penjagaan anak perempuan nya yg berumur 5tahun,dia telah berkahwin baru ... adakah kwn sy dpt hak penjagaan anak nya @ sebaliknya
roy said…
cik,,skiranya ibu sudah berkahwin lain,,boleh kah si ibu mmbuat tuntutan nafkah anak disebabkan bapa mengabaikan memberi nafkah trsebut.
Anonymous said…
Assalamualaikum...


Sy nk bertanya sedikit soalan.



Sy telah bercerai hampir 2 thn.Slps bercerai..sy masih belum buat tuntutan hadhanah.Selepas bercerai...bekas suami tidak mahu berkomunikasi secara direct dgn sy.Dia menggunakan ibu sy sbg org tgh.Begitu juga pemberian nafkah utk anak2...juga diberikan kpd ibu sy.Sy pernah meminta bekas suami utk bank in ke acc sy..tp dia enggan.Alasan yg diberi pada ibu sy..no acc yg sy berikan itu salah.




Bekas suami tidak pernah menghubungi sy bertanykan khabar anak2..tidak pernah mengambil tahu tentang pembelajaran anak2...klu sy menghantar pesanan kpd dia perihal anak2...jarang dia baca..jauh skali reply.Apa yg merunsingkan sy..setiap kali tiba hujung tahun...bekas suami berdiam diri apabila sy meminta wang utk daftar yuran anak2..beli buku sekolah...bju2 sekolah...sedangkan pendapatan sy tidak tinggi & amat susah utk sy bayar semuanya..





Apa yg perlu sy lakukan?
evildark said…
saya nak tanya ...sekiranya si ibu menggunakan wang nafkah yg di berikan kepada anak2 dgn suami dahulu di gunakan utk anak2 yang lain dgn suami baru apakah hukumnya? dan sekiranya si ibu tak bertanggungjawab kepada anak2 tersebut seperti makan, pakai dan tidak menyekolahkan anak2 tersebut bolehkah hak perjagaan tersebut dibatalkan. dan Apakah hukum seorang ibu jika tidak menjalankan tugas mendidikan dan menjaga anak2 tersebut? bolehkah hak perjagaan anak2 tersebut dibatalkan utk ibu dan diserahkan kepada bapa?
Unknown said…
Aslkm. Sy nk bertaye sekira ye ank itu (anak luar nikah) dri umr 2tahun dijaga keluarga angkat.selepas ank itu berumar 9thun mak ye dtg menuntut hak kembali. Bt pegetahuan ibu ye sebelm ni telah 2kali melahirkn ank luar nikah dan diberi org. Dah sekrg ibu ye bru berkhwin tegah megandung dgn ekonomi xstabil lgi. Bolh ke ibu ye mendapat hak jgaan?
Anonymous said…
Assalamualaikum

Soalan saya. Bolehkah seorang bapa biologi menjaga anak tak sah taraf perempuan dan telah akil baligh. Jika ibu kandung enggan menjaga anak itu bolehkah mahkamah memerintahkan dia mengambil anak itu untuk di jaga. Terima kasih
Anonymous said…
Assalamualaikum..

Baru2 ini isteri telah terkantoi keluar dengan lelaki secara berdua dalam kereta sehingga berlakunya kemalangan akibat kereta di block oleh teman lelaki dia yang lain dan tercetusnya pergaduhan. hasil daripada siasatan saya, lelaki yang memblock kereta telah mengadu pada saya tentang segala onar isteri lakukan di belakang saya. Saya dalam proses mensabitkan nusyuz dan cuba membuktikan kelakuan tidak senonoh isteri dengan saksi salah seorang teman lelaki isteri.

soalan, berapa peratus untuk saya menang atas tuntuntan terhadap anak kami nanti.. tujuan saya mensabitkan nusyuz ini adalah untuk mengambil hak penjagaan anak saya. saya juga masih belum menceraikan isteri lagi kenara mahu memastikan anak jatuh pada saya.

terima kasih..
Anonymous said…
Salam..sy hendak bertanya..sy telah bercerai dgn suami hampir 3 tahun dan anak mmg sy yg jaga atas persetujuan bersama memandangkan bekas suami sy sakit dan tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendir.Boleh sy tahu jika ditakdirkan sy kawin lain..adakah bekas suami berhak keatas anak sy memandangkan dia tidak mampu untuk uruskan dirinya sendiri dan bergantung kepada kedua ibu bapanya dlm urusan seharian..
Unknown said…
As salam .... Sy mahu bertanya bg pihak kakak saya ...
1.khdupnny dan suami tidak bahagia
2.tidak dpt memenuhi perminataan batin suami(atas sebab sudah tiada apa perasaan terhadap suami)
3.surirumah sepenuh masa
4.suaminy angota tentera
5.ank umo 2thn(tidak pernah berpisah dgn siibu)
6.si ibu mampu bekerja(tidak bekerja hanya sebab permintaan suami)
Soalan saya
Soalan sy ..... Kakak sy tkot bila failkn penceraian dia kehilangn anakny .... Jadi dia berdiam diri ....
Adakah hak penjagaan ank masih boleh dpt kepada si ibu ?
Suami asyk nk ambk ank ....
Unknown said…
assalamualaikum,saya nak bertanya bolehkah sy sebagai seorang ibu mendapatkan hak jagaan sementara seorang anak berumur 5 bulan sementara kes perceraian saya dan suami selesai kerana suami bertaqlik dan saya telah ke tempat yang ditaqlik atas sebab tidak tahan dipukul setiap hari.sekarang anak sy tinggal di rumah mak mertua saya di kl dan sy sy berada di kelantan masalah sekarang mak mertua saya tidak membenarkan langsung saya berjumpa anak saya. apa dokumen yang perlu saya ada untuk mendapatkan hak jagaan sementara anak saya?
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Assalamualaikum ..saya ingin bertanya mengenai hadhanah ni ..seperti saya meminta cerai pada suami kerana tiada tanggungjawab ,tiada bimbingan agama Serta jatuhkan air muka dan maruah saya di khalayakan ramai ..24/4/18 ni saya akn naik mahkamah utk bercerai secara baik. Sedangkan sebelum ini saya banyak memberi peluang kepadanya ..anak sy perempuan USIA baru 3bulan 12hari ..segala urusan ank saya yg uruskan sendri selama ini Dr ngndung hingga kini ..suami pernah ngatakan nak penampar ank pada ketika ITU ..ank meragam nx nyusu Dan suami pulak xcukup tdo PDA jam 1 pagi ketika anak usia 72hari..sblm ke mahkamah suami n saya sudah memberi Kata putus utk serahkn ank kpda saya sepenuhnya n dya hanya nak hak lawatan ..tetapi di mahkamah da seorg polis ni beritahu bahawa ank perempuan diserahkan PDA si bapa sepenuhnya ..ketika ITU IBU mentua msok campur ..skrg saya bertanya PD suami kmbali dy Kata dy akn menanya dlu PD IBU mentua dahulu ..skrg seluruh keluarga nya menyalahkan saya kerana sy yg minta cerai..pdhl mentua sndri meminta suami ceraikan saya ..suami pulak keluar rumah ATS alasan saya xlayan dy ..esoknya suami ambk bju keluar n ketika suami keluar Dr Umh dy tiada beri Wang utk kebajikan ank n saya ..adakah hak penjagaan ank dpt pada saya ?
Anonymous said…
Salam.. nak tanya.. hak penjagaan anak jatuh kepada arwah abang saya memandangkan bekas isterinya penagih dadah.. sekarang abg saya dah arwah.. mak saya iaitu nenek budak ni mahu menjaga cucunya sebap sebelum ni pun arwah abg saya tingal bersama mak saya.. soalan nya.. bolehkah mak saya menuntut hak penjagaan anak arwah abg saya tu? Bagai mana mak saya nak menuntut hak penjagaan cucu nya itu?
Unknown said…
Anonymous 1.23PM

Terus ke mahkamah syariah berhampiran puan.
Isi borang permohonan

Saya mohon hak jagaan anak saudara saya kerana ibu mereka meninggal dunia.
Alhamdulillah, mahkamah dan serahkan hak penjagaan tersebut kepada saya.
Ikut saluran yang betul.
Unknown said…
Assalammualaikum,
Banyak soalan yang di ajukan di sini.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa menuntut hak penjagaan 2 orang anak saudara saya yang kematian ibu.
Ibu dan ayah mereka telah bercerai.
Mungkin saya bernasib baik kerana si ayah rela hati menyerahkan anak2
di bawah jagaan kami sebelah ibu.

mengikut turutan, Ibu saya yang selayaknya menuntut hak pejagaan tersebut,
namun atas faktor usia dan kesihatan yang tidak mengizinkan , saya dengan rela hati
menuntut hak penjagaan atas nama saya.
Alhamdulillah, mahkamah memahami.

Saya dan bekas abg ipar di panggil dalam majlis sulh dan telah mencapai kata sepakat .

Nasihat saya, jangan ragu2 untuk ke mahkamah syariah jika anda mempunyai apa2 masalah. mereka akan membantu anda dari A sampai Z. Jika anda menunggu jawapan di sini, mungkin akan mengambil masa.

Saya doakan semoga urusan anda semua di permudahkan Allah S.W.T

Ramadhan Kareem..
Salam
Abu Faqihuddin said…
Salam. Saya baru bercerai pada akhir bulan 4 baru2 nie atas permohonan isteri. Anak lelaki berumur 9 bulan dibawah jagaannya. yang saya tahu saya hanya boleh melawat dan tak boleh bermalam hingga mumaiyyiz. Saya nak tahu hak saya melawat sahajakah? Tak boleh ke bawak keluar berjalan? Selalunya seminggu sekali ke camna? Minta penjelasan pasal ini...

Ada beberapa kali saya hanya pergi melawat sahaja. Sedangkan keinginan seorang bapa mahu juga bawa berjalan-jalan dengan anaknya. Tapi ada beberapa kali bila pergi nak ambil, ada je alasan, kata demam la, doktor tak bagi keluar rumah seminggu la sedangkan tiada hitam putih. Rasa macam tertipu je . Camna tu?
Unknown said…
Assalamualaikum

Tuan, sy dan bekas isteri dah bercerai bln 12 tahun lalu..sebelum becerai, dari bulan 8 hingga bulan 12 tiap2 sabtu ahad sy p ambil anak dan hantar keesokan harinya...pada bulan 12 secara tiba2 bekas isteri saya marah, dia cakap kalau nk amik anak ambil aebulan dua bulan, tak hantar terus pun tak apa..saya terus buat laporan polis dan ambil anak..sampai sekarang anak ada dengan saya, dia tak pernah tanya khabar anak, tak pernah call pun..bolehkah saya tuntut hak penjagaan kekal terhadap anak perempuan sy yg berusia 2 tahun 2 bulan..?
Anonymous said…
Assalammualaikum tuan,
Saya ingin bertanya ,
1) jika hak penjagaan pada bapa tapi ank perempuan sy berumur 13tahu sudah tidak mahu ikot bapanya skli atas sebab2 tertentu... bole ke sy buat tuntutan hak penjagaan keatasnya? dan anak sy selesa duduk di kampung iaitu bersama ibu sy ( kerana anak buah sy ada lebih kurang seusianya ) dan anak sy berkeras tidak mahu tinggal dgn bapanya ..
2) adakah proses ini memakan masa yg lama? sebab anak sy bersekolah lagi tp pertukaran sekolah tidak dpt dibuat kerana hak atas bapa dan pihak sekolah tidak membenarkan pertukaran sekolah tanpa bukti hak anak ke atas sy... dan anak sy masih tidak dpt meneruskan pembelajaran krn mslh ini.
3) bole ke jika anak mahu tinggal dgn ibu sy di kampung?

Sekian kemusykilan sy Tuan... terima kasih
zana said…
Salam... Nak ty...sekiranya selepas bercerai hak penjagaan anak kpd si ibu...tetapi selepas si ibu berkahwin si ibu menyerahkan anak2nya yg masih dibawah umur utk dijaga oleh bekas suami yg jg telah berkahwin lain..adakah bekas suami boleh diberi hak penjagaan yg sah sekiranya dia memohon dimahkamah....mohon pencerahan Tuan
Unknown said…
Salam..saya nak bertanya..saya ade seorang anak perempuan berumur 9tahun..jika saya ingin berkahwin baru adakah saya akan kehilangan hak penjagaan anak selepas saya berkahwin baru
Anonymous said…
Assalamualaikum, saya nak bertanya. Saya ada tiga orang sepupu(perempuan 13 thn, perempuan 12 thn, lelaki 8 thn) yang kehilangan(meninggal dunia) ibu, bapa mereka pula seorang penagih dadah. Bolehkah nenek saya( ibu kepada ibu mereka) ingin menuntut hak penjagaan ? Dan sekiranya boleh, apakah prosesnya ?
Anonymous said…
Asalam
Sy ingin bertanya apakah tindakan yg bolay sy ambil apabila bekas suami tidak mahu memulangkan anak selepas mengambilnye utk hujung minggu. Bekas suami hanya dibenarkan hak lawatan dan brmlm pd hujung mnggu saja.
Anonymous said…
saya baru berpisah almost 4 bulan , sy dah buat hadanah untuk 3 org anak (9/7/1.5 bln) adalah pada saya, sy x de halangan utk x-suami datang melawat n membawa anak bercuti. kecuali anak yang kecil..beliau sudah banyak kali cuba untuk bawa anak kecil kami bermalam.. sedangkan sejak dari lahir kami sudah tidak baik dan almost 7 bulan kami sudah tidak serumah sehinggalah kami berpisah..jadi beliau kurang sangat bersama anak kecil kami.
sy berpegang pada kata hakim anak yang kecil boleh dibawa berjalan tetapi mesti dipulangkan maksudnya tidak boleh bermalam dikhuatiri baby bermasalah. sy x pernah menghalang beliau..tetapi beliau pernah ugut untuk bawa ke makamaah sekiranya saya enggan benarkan anak kecil ini bermalam. dan beliau juga akan berkahwin bln 12 ni dengan wanita yang penyebab kami berpisah dan mempunyai 2 org anak. sejujurnya sy tak suka anak sy berada dibawah jagaan wanita tersebut. beliau jiga pernah mambayar lmbt nafkah anak dengan alasan susah untuk bertemu anak2. seandainya beliau membawa anak sy bermalam juga dan sy buat laporan polis adakah tindakan sy ini salah.
Anonymous said…
Assalammualaikum.. sy nak bertanya sikit dan minta pendapat.. sy pernah bercerai dan mempunyai 3 org anak yg berusia 6,4,3 tahun.. penceraian adalah kehendak dari bekas isteri saya .. dia telah memfailkan penceraian di mahkamah syariah negeri kedah.. bekas isteri pernah menuntut cerai byk kali dr sy. Dan dia pernah mengatakan bahawa sekiranya sy menceraikan dia, dia tidak akan menuntut sebarang nafkah atau tuntutan.. sy cuba pertahankan perkahwinan kami sehinggalah dia mengugut untuk mengganggu sy ditempat kerja sekiranya sy tidak menceraikankannya.. sy telah menceraikannya di luar mahkamah atas desakan darinya.. di mahkamah sy telah jelaskan segalanya dan diterima oleh mahkamah. Selepas penceraian, dia telah menuntut nafkah untuk anak dan hak jagaan.. sy telah diperintahkan untuk membayar em600 sebulan untuk nafkah anak yg dijaga oleh bekas isteri. Sy menjadi tekanan apabila sy lewat sedikit untuk membayar nafkah anak, bekas isteri akan membuat laporan kepada mahkamah.. sy tidak berkira terhadap nafkah inj tetapi ekonomi sy pun ada pasang surut juga.. bolehkah sy membuka fail penceraian sy yg lalu untuk membuka semula kenyataan yg diberikan oleh bekas isteri bahawa dia tidak akan menuntut apa2 nafkah sekiranya sy menceraikannya??? Hal ini bukan sebab sy berkira untuk nafkah anak tetapi setiap dua minggu sekali sy akan ambil anak untuk bermalam dengan sy selama 3 hari 2 malam bersama sy.. dan sy akan belikan pkaian makanan dan keperluan anak semua.. adakah sekiranya sy buka semula kes inj akan berpihak kepada sy??
Anonymous said…
Assalammualaikum

Saya mewakili akk saya. Akk saya dlm proses bicara fasakh. Dlm pd itu suami buat tawaran selesai secara baik dan bersyarat. Anak2 saya bawah umur. Anak2 merayu tak mahu jumpa bapa mereka atas alasan bapa mereka pernah sakitkan yang sangat dasyat dan dh sahkan oleh pihak hospital.. Adakah perlu saya mohon m mahkamah supaya hak lawatan anak perlu pantauan dpd saya dan menghalang bermalam? Mohon pencerahan.
Unknown said…
Assalamualaikum saya mewakili isteri kepada suami saya....suami saya ni duda anak satu berumur empat tahun...selepas bercerai suami yang menjaga anak dan isteri tak nak anak....perlu ke suami saya buat surat penjagaan anak untuk masa akan datang anak.....kalau perlu jika si isteri tak nak buat surat macam mana ye apa yang perlu suami saya lakukan
Anonymous said…

jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu. Boleh kah saudara menerangkan mengenai enakmen undang2 saudara Islam ini. Adakah ia bermaksud pihak ibu tidak boleh membawa si anak keluar dari tempat lahir isteri dan bermastautin di negeri lain dengan alasan mengikut suami yang baru atau dengan alasan keluar bekerja di negeri lain. Sebagai Contoh Si bapa dan ibu berasal dari negeri yang sama tetapi si ibu ingin berpindah dan bermastautin di negeri lain dengan alasan mengikut suami yang baru atau alasan ingin bekerja di luar negeri.sekiranya berpindah si bapa tidak dapat memberi pengawasan dan pemantauan terhadap anak.adakah ianya dibenarkan.TQ
Unknown said…
Unknown 5.43am
Kena buat tuntutan hadhanah di mahkamah syariah.
kena ada black n white utk suami puan mendapat hak penjagaan sepenuhnya .

Macam saya, saya tuntut hak penjagaan anak2 saudara dari ayahnya yang mana ibu mereka iaitu kakak saya telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, saya dah dapat hak penjagaan.
Unknown said…
Salam...bagaimana kiranya hak penjagaan tidak dijalankn dengan adil oleh seorang isteri yg menuntut fasakh.
Unknown said…
Bagaimana pula dgn tuntutan fasakh yg berupa fitnah?
Unknown said…
Salam tuan,sy ingin brkhwin dgn seorng ibu tunggal yg mmpunyai seorang ank yg brumr 3 thun,mslh yg sy hdapi adlh ayah kpd ank trsbut seorng penagih dan sy bimbang khdran dy mlwat ank scra kerap blh mmpengaruhi ank trsbut...blh ke jika ubah perintah mhkamah scra spesifik?
Unknown said…
Salam tuan,sy ingin brkhwin dgn seorng ibu tunggal yg mmpunyai seorang ank yg brumr 3 thun,mslh yg sy hdapi adlh ayah kpd ank trsbut seorng penagih dan sy bimbang khdran dy mlwat ank scra kerap blh mmpengaruhi ank trsbut...blh ke jika ubah perintah mhkamah scra spesifik?
Unknown said…
Assalam tuan.. bagaimana pula jika bekas istri tidak menjaga akhlak dan tidak mengamalkan gaya hidup islam? Adakah hak penjagaan akan jatuh ke tangan istri juga? Kawan saya istrinya seorang mualaf.. diawal perkahwinan istrinya betudung tetapi kerana pengaruh kawan istrinya kini tidak lg memakai tudung berpakaian menjolok mata dan mula mengambil alkohol..
Unknown said…
Salam... Sy nak Tanya jikalau suami sy asyik mendesak sy untuk buat Tuntutan penceraian.. Dan sy fail kan.. Ada kah hak penjagaan anak itu jatuh pada sy.. Anak 7thn Dan 9 thn.. Dari lahir sehingga anak umur 8thn Dan kini anak2 tinggal dgn suami akan tetapi bila sy berjumpa dgn anak2.. Mereka meluahkan yg x nak tinggal dgn suami, sbb selalu Di rotan menggunakan tali pinggang. Dan asyik menangis x nak tinggal dgn suami.. Sy be kerja dan selama perkahwinan suami x pernah bagi nafkah.. Dan selama itu sy yg menyekolahkan anak.. MNakala suami pula berkerja sendiri Di kg. Segala keperluan anK sekolah sy yg ssdiakN..

Persoalan nya skrg.. Hak penjagaan... Tuk jatuh dgn siapa sbb sy nk fail kan Tuntutan penceraian..

Terim kasih..
Unknown said…
As salam, saya Edy. Sy nk tanya Tuan hak Ibu untuk beri /Tak beri izin ayah jumpa anak. Soalan saya jika Ibu Tak izin ayah jumpa anak adakah itu tidak berdosa? Putuskan hubungn silaturahim antara ayah dan anak. Sy lihat hukum Hadanah seperti tidak adil kepada bapa. Tidak Semua bapa ada masalah.
Anonymous said…
Assalamualaikum saya pn siti.saya nk mnta pendapat tuan.saya ada anak perempuan berusia 3 tahun.saya telah mendapat hak jagaan anak isnin smpai jumaat bermalam di rumah saya.sabtu ahad berada dirumah bekas suami.dia takda ibu bapa.cuma tggal sorang saja dirumah.sekarang ni saya dapat tahu dia buka gelanggang dalm rumah.dan saya ad bukti gambar bersilat dlm rumah saya rasa tak selamat anak saya brada di rmah dia bleh ka sya bka kes semula
Unknown said…
Assalamualaikum!Saya ingin bertanya,saya mempunyai 3 orang anak perempuan.Anak pertama 11 tahun dengan yang kedua 4 tahun bukan anak sah taraf,hanya anak yang ketiga baru berbintikan bapa.Tapi anak no 2 saya tidak diberi peluang untuk menjaga sendiri kerana mak mertua mahukan tapi saya tidak rela.Anak no 1 dan no 3 ada pada saya.Bila saya pujuk suami untuk ambil anak dari emaknya dia juga tidak benarkan.Alasannya tidak mampu untuk beri makan.Bila saya meminta,mak mertua mahu buat tuntutan mahkamah ke atas anak2 saya yang no2 dan no3.Sampai sekarang anak no2 bila ditanya hanya mahukan nenek n bapanya,saya langsung tidak mahu seakan membenci saya.Sedangkan saya tidak berpeluang untuk menjaganya.Tapi bila bersama lama2 sekali dia ada juga mahu mengikut saya pulang tapi dilarang keras oleh suami dengan mak mertua.Bolehkah saya miliki kesemua anak2 saya semula?Apa perlu saya buat?Bantu saya
Unknown said…
Maaf..nak minta pendapat..bagaimana saya nak dapatkan hak penjagaan anak sebab suami dah d sabitkan hukuman gantung sampai mati..pihak mentua pulak tak nak bagi anak2 saya..saya pulak cuma berkerja hantar anak2 kakak sekolah kerna kakak tak ada lesen..anak2 semua minta ambil saya..umur anak saya 10 tahun,8tahun dan 7 tahun..saya bumiputera..suami cina..tolong saya..
Anonymous said…
salam. sy ingin bertanya bg pihak suami sy yg mana dia adalah duda ank 3. masalah skrg di mana bekas isteri adalah sorg jururawat. dan mereka tidak pernah membuat tuntutan hak jagaan anak di mana bekas isteri akan menghantar ank kpd suami untuk dijaga ketika dia bekerja. namun setelah brkahwin dengan saya, semestinya suami mahu berlaku adil pada sy dan ank2 dia. namun bekas isteri tidak mahu memberi kerjasama untuk maklumkan jadual kerjanya. Selain itu, ketika di bawaha jagaan dia, dia masih menggangu suami saya untuk menghantar ank ke aktiviti sekolah walaupun dia bercuti. Bekas isteri juga telah memonteng sekolah anak tanpa sebab. Nafkah ank suami saya beri semampu gaji dia. malah bekas isterinya masih tinggal di rumah suami yang mana suami membeli rumah itu sebelum mereka berkahwin lagi.Bagaimanakah suami saya boleh membuat hak jagaan terhadap anaknya agar bekas isterinya boleh memberi kerjasama serta bertanggungjawab.Mohon penjelasaan.Terima kasih
Anonymous said…
salam, saya nak bertanya. saya dah bercerai hampir 5 tahun...hak jagaan anak kepada saya.isu di sini, saya memberi dia untuk melawat anak2 bila2 masa tetapi saya x nak ada org ketiga iaitu mak tiri mereka...saya x boleh terima mereka ada ibu lain selain saya....bapa diorg nie kerja laut...hidup anak2 dari kecik di besarkan oleh saya. Bagaimana untuk saya tidak memberi org lain (mak tiri), tidak berjumpa anak2 saya. saya x boleh terima ada org lain jadi ibu mereka.
Unknown said…
Assalamualaikum tuan,saya sekarang tgh blajar di matrikulasi.apa yg patut saya buat selepas matriks? Kelayakan peguam di spm mcm mna?brapa kos? Terimaksih tuan
Unknown said…
Assalamualaikum, bolehkah bapa mendapat hak jagaan anak kecil jika bapa dapat buktikan bahawa si ibu itu seorang yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang ibu, kurang sempurna didikan agama atau pemikiran yang singkat. Dan berlaku zalim pada bapa.
Unknown said…
Assalamualikom..sy nk tnya boleh tak suami failkn hak penjagaan walaupon bekas isteri dh fail kn dulu?misal kata bpk hnya sekolah kn ank2 saja..mcm mkn minum tak terjaga,berkutu,kurap..adakah ibu layak mendpt hak jagaan?
Unknown said…
Assalamualikom..sy nk tnya boleh tak suami failkn hak penjagaan walaupon bekas isteri dh fail kn dulu?misal kata bpk hnya sekolah kn ank2 saja..mcm mkn minum tak terjaga,berkutu,kurap..adakah ibu layak mendpt hak jagaan?
Anonymous said…
Assalamualaikum ustaz, mohon pertanyaan jika anak tidak berjumpa dengan bekas suami atas kehendak anak itu sendiri (berumur 6tahun perempuan) manakala anak lelaki berumur (3tahun) masih lagi dibawah jagaan si ibu, bekas suami bersama dengan perempuan mahram tidak sah di suatu rumah risau akan anak untuk berjumpa dan bermalam dengan bekas suami nya itu, adakah mahkamah boleh menukar lawatan anak dari bermalam ke lawatan biasa sahaja tanpa perlu bermalam dan merujuk perkara di atas, ada unsur sihir yang berlaku ke atas ibu oleh bekas suami pihak keluarganya, dan sihir tersebut disaksi kan oleh bapa ibu kpd isteri tersebut dengan segala bukti yang jelas. adakah ini boleh melibatkan suatu masalah untuk lawatan anak2 ke atas bekas suami tersebut??
Unknown said…
assalamualaikum ustaz..sya dn suami nikah dithailand tpi kami xdftar..sekrg anak sya akn berbin kan abdullah..skrg hubngn kami dh dingin skrg suami sya nk ank tu.tpi dia xad hak kan?hanya sya sja..tpi skrg suami sya dh ambil dan xbgi sya ambil semula..sedangn pntang pon belum habis.sya dh buntu mcam mna sya nk buat untk dpatkan anak sya..sedangkan mereka dokumen apa pon xad...itu pon mereka masih berkeras tak mahu bagi.apa sya perlu buat.
Hwang Lie Xia said…
Assalamualaikum tuan, izinkan saya bertanya, jika si ibu dalam keadaan tidak waras, dan keluarga si ibu pula menuntut cerai dan menuntut hak penjagaan anak atas alasan si bapa tidak mampu menanggung anak dan mahu berpoligami, bolehka mereka membuat tuntutan tersebut?
Unknown said…
Assalammualaikum tuan.. Sy nak minta pendapat.. Suami nak kmi bercerai secara baik.. Sy setuju sebab memandangkan dia sendiri cakap dia tiada hati perasaan cinta dkt sy.. Sy cakap dekat suami anak anak perempuan kami umur 9tahun dan 5tahun hak penjagaan sy nak.. Dia setuju dan dia sdri akan ckp dpn hakim msa perbicaraan nnti.. Sekarang ni masalah sy ialah dia nak mungkir janji.. Dia nak hakim lah yg tentukan anak dpt kat siapa.. Dia suka berubah2 fikiran..tolonglah saya.. Sy seorang suri rumah sahaja.. Adakah hak penjagaan anak2 perempuan jatuh kat saya.. S
Amir8489 said…
Assalamuailaikum..sy bru je dijatuhkn hukum talak ba'in sughra ats alasan isteri sy tak menerima nafkah..kami sdh 13 thun brkhwin dn dikurniakn 6 org ank..sbb2 isteri sy jd mcm ni..dia tak pernh hidup susah..dr kecik mak dia mjnjakn anknya dgn duit..sy bg nafkah tp sberapa ckuplh utk mkn minum pakai..dia ckp dr bulan 7/ 2020 sehingga bulan 1/ 2021 sy tak memberinya nafkah..ni masa PKP..dia tak bleh klu tak ada duit..kehidupan dia mmg boros..dia khwin ngn hnya sbb duit..skrg dia nk menuntuk hak penjagaan ank..sblum ni dia lngsung x bg sy jmpa ank sbb ity hak dia..sy jmpa ank2 msa dia x de kt umah..mcm2 ank sy ckp..dia slalu kluar ngn lelaki lain..ada tu time sahur bru blik tp msa tu blum cerai..sblum ni mmg dh mcm tu prangai dia...dia dh hanyut dgn duit tnpa duit apa2 bleh jd..sy mntk tlong bg pendapat kt sy cra2 mendaptkn hak penjagaan ank2..sy tak ank2 sy dibesarkn tnpa ilmu agama..
Anonymous said…
assalamualaikum..saya inginkan kepastian tentang hak penjagaan anak. kedua-duanya lelaki berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 2 bulan. suami saya berpoligami dan saya ialah isteri keduanya. sepanjang pernikahan,saya banyak bersabar dengan suami kerana ketidak-adilan dalam pembahagian masa serta perhatian. kami sering bergaduh dan saya akui kerana ketidakpuasan hati saya punca pergaduhan sering tercetus. semakin lama semakin teruk sehingga berlaku pergelutan dimana saya mula melakukan kekerasan seperti menarik rambut,menumbuk,menendang dsb. suami bekerja sendiri dan tidak ada pendapatan tetap manakala saya pula suri-rumah sepanjang masa. suami perlu menanggung kedua-dua keluarga termasuk saya dan anak-anak. soalan saya ialah,adakah dia berhak dapat hak penjagaan anak atau saya masih lagi berpeluang mendapatkan hak tersebut? terima kasih
Anonymous said…
Salam. Saya & bekas suami takde masalah dalam hak penjagaan anak. bekas suami bersetuju untuk menyerahkan hak jagaan kepada saya. saya tiada masalah untuk bekas suami datang berjumpa anak. saya juga sering membawa anak untuk keluar bersama bekas suami.

Disebabkan ingin menguruskn pendaftaran sekolah anak, saya perlu daptkan surat penjagaan anak dari mahkamah. Soalan saya, semasa memohon hadhanah, adakah wajib untuk menyatakan bahawa bapa mendapat hak lawatan/bermalam atau tidak ? boleh kah jika cuma nyatakan bahawa bapa bersetuju hak jagaan anak diberikan kepada ibu sahaja tanpa menyatakan syarat lain seperti hak lawatan dan sbgainya ?
Anonymous said…
Assalamualaykum, saya nak tanya. Suami saya baru kena tangkap sebab menjual dadah dan juga menghisap. Saya nak fail fasakh boleh ke? Saya juga nak half penjagaan anak penuh(anak lelaki dua orang, 2 tahu Dan 4 Bulan), macam mana proses nya Tuan ? Saya risau Sebab saya belum lagi dapat kerja dan nak mentua memang dah ugut beberapa kali until rebut hak penjagaan anak sebab dia lebih banyak duit dari saya. boleh ke dia buat macam tu?
Anonymous said…
Assalam, apakah peluang seorang bapa untuk mendapat hak penjagaan anak (lelaki & perempuan berumur antara 2 dan 6 tahun) setelah bercerai dengan isterinya. Bapa tidak bekerja sebelum ini (sedang berusaha mencari pekerjaan) kerana sebelum ini mereka sepakat bahawa bapa menjaga anak-anak, sementara isteri yang bekerja. Anak-anak sangat rapat dengan bapa (tak boleh hi, dia menuntut hak penjagaan. Semestinya anak2 akan menjadi teramat sedih sekiranya bapa hilang hak penjagaan kerana sememangnya tidak begitu rapat dengan ibunya (mualaf)

Adakah si bapa berpeluang mendapat hak penjagaan anak-anak kerana khuatir tidak dijaga/diberi tumpuan dengan baik oleh bekas isteri yang sering ke luar negara dan kemungkinan akan dijaga oleh mertua yang berugama kristian?

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor