Skip to main content

PEGUAM MALAYSIA

Pagi tadi ada kawan yang hantar gambar ini. Gambar ini dibuat oleh The Star berdasarkan statistik setakat 31 Ogos 2022 yang diperolehi daripada Majlis Peguam.

Jumlah keseluruhan peguam yang beramal: 21,926 orang
Peguam lelaki : 9,690 orang (44.2%)
Peguam wanita: 12,236 orang (55.8%)
.......................................................
Peguam Cina : 9,162 orang (41.8%)
Peguam Melayu: 8,691 (39.6%)
Peguam India: 3,274 (14.9%)
Peguam Punjabi dll: 799 (3.6%)
.....................................................
Kelulusan paling ramai adalah melalui CLP (7,216), diikuti oleh UIAM (3,811), UiTM (1,945), Universiti Malaya (1,778), Lincoln's Inn (1,488), MMU (1,424), UKM (1,152).
....................................................
Komentar:
Melalui statistik ini kita dapati ramai wanita memilih untuk menjadi peguam berbanding dengan pihak lelaki. Faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan ini mungkin disebabkan ramai pelajar wanita berbanding lelaki yang menuntut di universiti. Kemungkinan juga profesion peguam ini membolehkan wanita bekerja dengan waktu lebih anjal tanpa terikat sangat dengan waktu pejabat 9 pagi - 6 petang. Kemungkinan lain dengan profesion ini membolehkan wanita untuk memilih tempat kerja yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Peguam cina pula lebih ramai daripada peguam berbangsa lain. Sememangnya menjadi bangsa cina membawa kelebihan dalam profesion ini kerana profesion ini berkait dengan urusan bisnes. Orang cina lebih ramai menceburi bidang bisnes dan secara alami mereka akan lebih cenderung untuk mencari peguam cina dek kerana faktor bahasa pertuturan dan kepercayaan.
Namun, amat membanggakan juga ramai anak melayu yang bersaing dalam bidang ini. Jumlah peguam cina yang melebihi peguam melayu hanyalah sekadar 471 orang dan jumlah ini tidaklah terlalu besar untuk dikejar. Mungkin jika dibandingkan dengan statistik lulusan guaman melayu yang bekerja di sektor awam tentunya lebih besar berbanding bangsa cina. Ramai kawan-kawan sekelas yang melayu telah memasuki sektor awam kerana faktor pendapatan yang tetap, mudah mendapat pinjaman kerajaan, mudah naik pangkat, dapat pencen dan exposure kepada pelbagai perkhidmatan.
Namun, jika kita lihat di Mahkamah ramai nama-nama besar dalam peguam ini dikaitkan dengan peguam berbangsa India atau Punjabi Nama seperti Karpal Singh pastinya akan tetap kekal dalam ingatan. Selain itu, watak penting dalam perbicaraan 1MDB seperti V.Sithambaram dan Gopal Sri Ram juga adalah daripada kalangan ini. Begitu juga Tommy Thomas, Tan Sri Shafee, Dato' Sulaiman Abdullah, Tan Sri Cecil Abraham dan lain-lain. Sebenarnya ramai juga orang melayu atau cina yang memasuki bidang litigasi guaman tetapi peguam india dan punjabi lebih terserlah. Mungkinkah akan berlaku perubahan masa akan datang kerana kerana nama-nama yang kita kenal ini semuanya sudah menjadi otai-otai dalam profesion.



Perkara lain yang menarik perhatian adalah Universiti Sungai Pusu (UIAM) terus kekal sebagai kilang pengeluar produksi guaman yang paling ramai. Walaupun ramai juga lulusan CLP tetapi tiada perincian mereka ini berasal daripada universiti tertentu. Ini menunjukkan hasrat Almarhum Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim menjadi kenyataan. Ini juga menjadi cabaran kepada pentadbir Universiti Sungai Pusu untuk terus meningkatkan kualiti produksi mereka supaya mereka tetap kekal bersaing dalam industri.
Mungkin Universiti Sungai Pusu harus menggalakkan atau mewajibkan pelajarnya untuk menjalani latihan industri yang lebih luas termasuk menjalani latihan industri di luar negara dan juga mewujudkan subjek bahasa mandarin untuk membolehkan mereka bersaing lebih rapat dengan peguam cina.
Antara yang mengejutkan juga adalah ramai lulusan MMU berbanding UKM yang menjadi peguam. Sedangkan fakulti undang-undang UKM lebih lama wujud berbanding MMU.

Comments

Popular posts from this blog

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

THE CONCEPT OF CONSTRUCTIVE DISMISSAL IN MALAYSIA

1)            Constructive dismissal is a term used when an employee terminates his employment contract and considers himself discharged from further performance of his work as a result of his employer’s behaviour. For example, the employer has made the employee’s position at work untenable leaving the employee with no alternative but to quit his employment under protest. Although there is no actual dismissal by the employer, the end result is the same as if the employee had been fired. 2)            Gopal Sri Ram JCA in Quah Swee Khoon v Sime Darby Bhd [2001] 1 CLJ 9 at 19 described ‘constructive dismissal’ as follows: “A reading of the pleaded case for the parties resolved the issue that fell for adjudication before the Industrial Court into what the profession has come to call as a “constructive dismissal”. There is no magic in the phrase. It simply means this. An employer does not like...