Skip to main content

Perihal Pembangkang Disekat Memasuki Sarawak Semasa Pilihan Raya Negeri


        Saya ada membaca beberapa laporan akhbar perihal beberapa pemimpin pembangkang dilarang daripada memasuki negeri Sarawak semasa tempoh berkempen pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Penamaan calon telah dibuat pada 24/4/2016 dan hari pengundian telah ditetapkan pada 7/5/2016.

        Sepanjang tempoh kempen ini, Presiden Parti Amanah Negara, Hj Muhamad Sabu telah tiba di Sarawak tetapi ketika sampai di lapangan terbang Kuching, pihak imigresen telah menghalang beliau daripada memasuki Sarawak dan beliau telah dihantar pulang pada hari yang sama. Pemimpin muda parti yang sama, Shazni Munir juga turut menerima nasib yang sama.

         Selain itu, beberapa pimpinan NGO seperti Dato Ibrahim Ali daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa juga menerima nasib yang serupa. Tetapi, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali menerima nasib yang lebih baik. Beliau tidak dilarang daripada memasuki Sarawak tetapi hanya dihadkan tempoh untuk tinggal di Sarawak.

       Secara umumnya kemasukan ke dalam negeri Sarawak atau Sabah ini dikawal oleh Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). Akta ini telah memasukkan peruntukan khusus dalam Bab 2 (Chapter 2) berkaitan hak negeri Sabah dan Sarawak dalam mengawal kemasukan warganegara daripada Semenanjung. Ini meletakkan kedua-dua negeri ini dalam keadaan istimewa berbanding dengan negeri-negeri lain.

       Akta ini juga memberikan kuasa kepada pihak berkuasa kedua-dua negeri ini (dalam hal ini kuasa diberikan kepada Ketua Menteri, dan Ketua Menteri boleh menurunkan kuasa ini kepada pegawai yang lain seperti Setiausaha Kerajaan Negeri) untuk memberikan arahan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Negeri sama ada untuk mengeluarkan permit atau pas kepada pelawat atau meletakkan apa-apa sekatan ke atas permit atau pas yang dikeluarkan itu. Pengarah Jabatan Imigresen akan terikat dengan arahan tersebut. Meskipun arahan daripada pihak berkuasa negeri ini dapat dirayu kepada Menteri tetapi Menteri sendiri tidak boleh menerima rayuan tersebut tanpa mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa negeri berkenaan.

       Akta ini menyatakan bahawa mana-mana orang yang ingin memasuki kedua-dua negeri ini mesti mendapatkan permit atau pas masuk kecuali jika beliau adalah warga kedua-dua negeri itu atau menteri kabinet Kerajaan Persekutuan atau ahli exco kerajaan kedua-dua negeri itu, atau ahli Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri itu atau hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Sabah dan Sarawak atau ahli mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan kedua-dua negeri itu atau ahli perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan atau kedua-dua negeri itu.

        Dalam kes THAYALAN S/O MUNIANDY v. DIRECTOR OF IMMIGRATION, SARAWAK & ANOR [1995] 6 MLRH 197, diputuskan seperti berikut:

Under s. 65(1)(a) of the Act, the power to direct the director of immigration not to issue a Permit or Pass to any person is vested in the State authority. The provision is clear and unambiguous. It confers absolute power on the State authority to decide whether to issue the requisite Pass or Permit. However by virtue of s. 65(2), the decision is not final as it is appealable to the Minister. In other words, the exercise of power under s. 65(1) is reviewable by a Minister although of course the Minister shall not allow the appeal without the concurrence of the State authority.

In the present case the applicant could but chose not to exercise his right of appeal under s. 65(2) of the Act. He therefore cannot complain that he was not given a right of hearing, in breach of natural justice. In any event, on the authority of Schmidt' s case cited above, the State is not obliged to give any reason for barring him from entering Sarawak.

It is tempting to argue that the immigration law as applicable in Sabah and sarawak is discriminatory against fellow Malaysians from Semenanjung. It may well be so, but Part VII of the immigration Act 1959/63 (Revised - 1975) is the prevailing immigration law in this country. As Suffian LP said in Andrew v. Superintendent of Pudu Prisons, Kuala Lumpur [1976] 1 MLRA 497; [1976] 2 MLJ 156 (case No. 4 in the 2nd Respondent' s Bundle of Authorities) at p. 158, para. 8, left column:... if the Government exercises a power conferred on it by Parliament and keeps within the law, then the duty of the Court is quite clear; the Court should simply apply the law, no matter how harsh it' s effects may be on the immigrant. His remedy is then not judicial, but political and administrative.With respect, applicant's matter now before me and Berthelsen and the other "legitimate expectation" cases are "poles apart" and as was cautioned in Berthelsen,... the inherent perils blind reference to authority enshrouds when resorted to without a proper appreciation of the vital considerations involved in the decision in question.

         Ini bermakna, kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa negeri berkaitan permit atau pas masuk ini sangat luar biasa sehinggakan hujah bahawa berlaku diskriminasi pun tidak diterima oleh mahkamah. 

         Meskipun begitu, yang menariknya terdapat pengecualian khas yang diwujudkan bagi menyekat kemungkinan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa negeri untuk menghalang mana-mana individu daripada memasuki kedua-dua negeri ini. Pengecualian itu terkandung dalam S.67 Akta 155 ini yang menyatakan seperti berikut:

Right to enter East Malaysian State for exercise of political rights

67. Subsection 66(1) shall not have effect in relation to a citizen entering the East Malaysian State for the sole purpose of engaging in legitimate political activity; but the burden of proof that a person is entitled to enter the East Malaysian State under this section shall lie on him.

           Ini bermakna mana-mana warga negara Malaysia berhak untuk memasuki kedua-dua negeri ini dengan syarat bahawa tujuan warga tersebut adalah semata-mata bagi tujuan untuk menjalankan aktiviti politik yang sah. Dan, warga tersebut perlu membuktikan bahawa beliau memasuki mana-mana negeri itu untuk tujuan tersebut sahaja.

           Saya mendapati terdapat beberapa kes yang diputuskan berkaitan isu kemasukan ke dalam negeri Sarawak terutamanya. Ianya telah beberapa kali dicabar di Mahkamah. Malangnya, ada kes yang tidak dibicarakan atas merit atau kalah atas sebab teknikal seperti yang berlaku ke atas kes yang difailkan oleh Dato' Ambiga. YB Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang juga pernah mencabar peruntukan ini namun saya hanya mendapati kes ini hanya dilaporkan peringkat mendapat kebenaran untuk meneruskan kes semakan kehakiman (leave). Saya tidak pasti apakah pengakhiran kes YB Sivarasa ini.

          Terdapat satu kes lagi yang agak menarik kerana hakim dalam kes tersebut telah membahaskan dengan agak panjang lebar iaitu kes Gobalakrishnan Nagapan v. Director of Immigration, Sarawak & Ors [2009] 1 MLRH 523. Mahkamah menyatakan seperti berikut:

Section 67
 [11] Section 67 , on the other hand is enacted as an exception to s. 66(1) of the Act , and provides that if the entry into the two states is for the purpose of a legitimate political activity such a pass as required under s. 66(1) is not necessary but the burden is on the citizen to prove so.…………
 Reasons For Dismissing The Application
 [15] In dismissing the application, uppermost in my mind was the burden the law placed on the applicant to prove that he wanted to come to Sarawak for a legitimate political activity.
[16] Then I asked myself this pertinent question: at which point in time does he discharge this burden? The obvious answer is, at the time and point of entry and that would be as soon as the applicant disembarked at Kuching International Airport and presented himself to the Immigration Officer manning the checking counter. That burden, in my view, was not meant to be discharged at some later date, time or place. It must be discharged, again I stressed, at the point of entry. Therefore, a non Sarawakian such as the applicant who wished to be granted a free and unlimited access in the state under s. 67 must arm himself with the necessary proof, in order to discharge that burden, that he was in the state for a legitimate political activity. I am really stating the obvious when I surmised that the applicant in this case has failed to present such a proof for if he did he would have been allowed to enter without a permit or a pass. Now the decision by the immigration authority not to let him in for failing to discharge that burden was a decision made under the Act and just like a decision made under s. 66(1) in Sugumar 's case, it was not subject to a judicial review by reason of the ouster clause. His failure to discharge the burden also meant he should be treated like any other non Sarawakian where entry would be at the discretion of the state authority under s. 66(1). This was obviously what happened to him when the 1st respondent issued him with a Notice Of Refusal Of Entry dated 24 December 2008 (see exh. GK1 to the applicant's affidavit filed in support of his application) and I reiterate, where decision was made there under, as decided by Sugumar 's case , it would not be subject to judicial review.
[17] In my view the mere fact that the applicant is a Member of Parliament and holds an important post in a political party does not automatically attract a presumption in his favour that his entry into the state was for a legitimate political activity.

Proof Of Legitimate Political Activity
[18] Assuming I was wrong in these reasonings, I will now proceed to discuss the alternative view and that is whether he has shown "... prima facie that the application is not frivolous or vexatious and there is some substance in the grounds supporting the application ... an arguable case ... for granting the relief ..." (per Ajaib Singh SCJ in Association Of Bank Officers, Peninsular Malaysia v. Malayan Commercial Banks Association [1990] 1 MLRA 324; [1990] 3 MLJ 228; [1990] 1 CLJ (Rep) 33 SC . Unfortunately (for the applicant), the consideration of this view still forced me to the same conclusion on the fate of his application. Combing through his affidavit in support of the application, I found absolutely no evidence other that his own bare assertion, that he had a political function to attend; neither an invitation nor a leaflet on the proposed function. What was exhibited was an earlier invitation by the 3rd respondent for him to attend the state level Gawai Dayak open house which was held on 14 Jun 2008. What was also exhibited was an extract from the Hansard which showed the debate in Parliament in which the applicant, together with the Member of Parliament for Bandar Kuching, YB Chong Cheng Jen raised the issues relating to, inter alia, contracts awarded to a company, Cahaya Mata Sarawak. His vocalness in Parliament was, he claimed, the real reason for the denial of his entry into Sarawak. However on that political function in Lubok Antu, nothing.
[19] Thus, I was not at all surprised that his claim to enter Sarawak under s. 67 was rejected by the Immigration authorities on 24 December 2008. If at this leave stage he could not come up with some evidence on a legitimate political activity, can he then be said to satisfy the requirement of an arguable case as required by the law? I think not.
[20] By answering that poser in the negative, I do not believe I was considering substantial issues on merits but was in fact looking for some evidential basis for the applicant to say that he has the right to seek refuge under s. 67 . The Supreme Court in Tuan Sarip Hamid & Anor v. Patco Malaysia Bhd [1995] 1 MLRA 536; [1995] 2 MLJ 442; [1995] 3 CLJ 627 held that at this leave stage, the applicant" should ensure that his affidavit in support of his application is as detailed and comprehensive as the circumstances will permit, and it should exhibit all the documentary exhibits which are truly relevant and upon which he intends to rely." (emphasis added). The least the applicant could have done in this case would be to convince the court that the legitimate political activity was not a mere excuse but a real event. This, as I said earlier, he has failed to do. I believe that, when, even at this stage I have good and cogent reasons to say, without delving into the substantial issues on the merits of the case, that the substantive motion for certiorari was bound to fail, the proper recourse would be not to grant leave. Therefore, even if the ouster clause does not apply to him, the applicant still failed to convince me that he has an arguable case for leave to issue certiorari to be granted to him.
[21] In conclusion, I would say this. The Federal Court in Sugumar 's case have emphasized that the special right on control of immigration by the state authority was one of the terms of participation by Sabah and Sarawak in the formation of Malaysia. This special right, in my view, cannot be whittled away by a mere assertion, albeit one made in an affidavit, because to allow that would be to demean the constitutional safeguards given to the two states.

Ini bermakna berdasarkan kes Gobalakhrishnan ini menunjukkan Mahkamah menerima pakai pemakaian S.67 Akta 155 yang mana pihak berkuasa negeri tidak boleh menghalang mana-mana warga negara untuk memasuki kedua-dua negeri itu asalkan dapat dibuktikan dengan semunasabahnya bahawa kemasukannya ke negeri itu adalah untuk menjalankan aktiviti politik yang sah. Kedudukan sebagai Ahli Parlimen bukan tiket untuk memasuki negeri-negeri itu tetapi Mahkamah tidak pula memberikan apakah contoh pembuktian yang munasabah. Mahkamah hanya berpendapat bahawa tujuan kemasukan itu perlu dinyatakan semasa ingin memasuki negeri berkenaan dan bukannya selepas dihalang masuk.

Bagi saya kemungkinan Mahkamah sendiri tidak biasa dengan tabiat orang politik dan Mahkamah memerlukan bukti yang lebih jelas. Untuk tujuan itu, saya fikir jika ada surat pengesahan daripada parti politik atau jemputan untuk hadir dalam aktiviti parti politik atau seperti sekarang ini berlaku musim pilihan raya maka sudah pasti kehadiran presiden parti seperti Muhamad Sabu adalah mustahak kerana jelas Parti Amanah Negara ini bertanding di 13 Dun, memadai jika Muhamad Sabu dapat menunjukkan kad keahlian atau kad jawatannya di dalam parti.

Ini bermakna hak berpolitik ini dijamin (meskipun dikenakan syarat yang ketat) dan tidak boleh dinafikan oleh Pengarah Jabatan Imigresen atau pun pihak berkuasa negeri itu sendiri. Jika hak ini dihalang maka pihak yang dihalang itu boleh menyaman dan menuntut gantirugi. Selain itu, aduan boleh dibuat kepada pihak berkaitan seperti membuat laporan polis, laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Saya sendiri berpandangan dan berharap Muhamad Sabu atau Shazni Munir atau mana-mana orang yang dihalang sebelum ini daripada memasuki Sarawak untuk mencuba untuk memasuki Sarawak sekali lagi dalam tempoh berkempen sebelum tiba hari pengundian dan membawa bukti yang jelas mengenai kemasukannya itu untuk tujuan politik yang sah seumpama surat pengesahan daripada parti, surat rayuan daripada cawangan parti di Sarawak dan lain-lain lagi bukti yang jelas. Kali ini semasa memasuki Sarawak itu hendaklah ditulis di dalam borang bahawa kemasukan itu adalah bagi tujuan semata-mata untuk menjalankan aktiviti politik yang sah di bawah S. 67 Akta 155. Sehingga kini, belum ada lagi ahli politik yang mencuba kaedah ini dan barangkali inilah kali pertama ianya dijadikan kajian kes.


KESIMPULAN


Mungkin tidak ramai yang sanggup membaca sehingga habis penulisan kali ini kerana terlalu panjang. Tetapi kerana isu ini berkepentingan awam, maka saya membuat ringkasan atau kesimpulan berikut:


1. Peraturan umum menghendaki bahawa tiap-tiap orang yang memasuki Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan permit atau pas masuk, kecuali individu tertentu yang disenaraikan.

2. Warga negara yang ingin memasuki Sarawak atau Sabah adalah dikecualikan daripada mendapatkan permit atau pas jika tujuan beliau memasuki negeri-negeri itu adalah bagi menjalankan aktiviti yang sah di bawah S.67 Akta 155.

3. Warga negara itu perlu memberikan bukti yang jelas bahawa kemasukannya ke negari itu adalah bagi tujuan berpolitik secara sah.

4. Akta 155 tidak memperincikan apakah jenis bukti tersebut. Mahkamah juga tidak menyatakan apakah jenis bukti itu. Oleh itu, apakah bukti itu adalah bergantung kepada kemunasabahan fakta yang sepatutnya diterima oleh orang awam biasa.

5. Kegagalan untuk dibenarkan memasuki negeri-negeri ini bagi tujuan untuk menjalankan aktiviti politik yang sah adalah satu kesalahan sivil yang boleh dipampaskan dengan gantirugi.












Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor