Skip to main content

Memohon Sebagai Peguam Syarie di Selangor

Saya menerima pertanyaan mengenai tatacara untuk memohon menjadi seorang peguam syarie. Secara kebetulan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang memaklumkan kepada para peguam syarie bahawa cara-cara untuk memohon sebagai peguam syarie di Negeri Selangor hendaklah mematuhi Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 [Sel. P.U. 23/2008] yang menyatakan seperti berikut:


KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008
Bahagian III - PEGUAM SYARIE


Kaedah 8. Kelayakan sebagai Peguam Syarie

(1) Tertakluk kepada subkaedah (4), mana-mana orang yang memenuhi syarat yang berikut adalah layak untuk menjadi seorang Peguam Syarie:
(a) seorang yang beragama Islam;

(b) seorang warganegara Malaysia;

(c) berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah (di bawah Undang-undang bertulis), bukan seorang yang bankrap atau tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan di dalam perenggan 33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360];

(d) tidak dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas kapasitinya sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara; dan

(e) (i) memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di dalam subkaedah (2); atau

(ii) seorang peguambela dan peguamcara dan mempunyai Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Undang-undang Syariah dan amalan dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah menjalani latihan dalam kamar tidak kurang daripada tiga bulan;

(f) telah lulus ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

(2) Penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie di bawah subperenggan (1)(e)(i) hendaklah tertakluk kepada syarat berikut:

(a) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia selain daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dia hendaklah juga memiliki—

(i) Diploma Undang-undang Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa; atau

(ii) mana-mana Diploma Lepasan Ijazah yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

(iii) telah tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan di mana-mana firma guaman syarie;

(b) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau setaraf dengannya, dia telah tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan dari mana-mana firma guaman syarie,

dengan syarat Jawatankuasa boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan seseorang berkelayakan daripada menjalani sesuatu tempoh latihan dalam kamar atau sebahagian daripadanya apabila permohonan dibuat kepadanya dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan bahawa ada hal keadaan yang mewajarkan tempoh latihan dalam kamar itu dikecualikan atau dipendekkan.

(3) Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebelum sahaja latihannya bermula.

(4) Penasihat Undang-undang Negeri dan Peguam Persekutuan di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Selangor atau pegawai yang dilantik di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] hendaklah disifatkan telah dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis di bawah Kaedah ini dan kaedah 9 adalah tidak terpakai bagi pegawai itu dan, pegawai itu boleh, jika tugas rasmi memerlukan, mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah.

Oleh itu, berdasarkan kehendak undang-undang  ini, Mesyuarat Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor pada 30/5/2016 memutuskan bahawa :

1. Pemohon-pemohon sebagai peguam syarie selangor PERLU memiliki Diploma Lanjutan Syariah walaupun graduan tersebut adalah lulusan daripada Universiti Malaya atau Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tanpa dikecualikan.

2. Tempoh Latihan Dalam Kamar dikira selepas tarikh pemohon digraduasi dengan diploma.

3. Penyelia yg hendak mengambil pelatih dalam kamar (chambering student) hendaklah seorang peguam Syarie yg menjalankan amalan aktif di mana-mana negeri di malaysia tidak kurang tempoh 7 tahun.

Hanya  graduan LLB+LLBS daripada UIA sahaja yang dikecualikan daripada diploma lanjutan Syariah (DSLP atau DAIJ)

Saya harap dengan penjelasan ini akan menjawab persoalan yang ditanyakan kepada saya.


Comments

Hakim said…
Salam Tuan.Berkaitan dengan latihan dalam kamar, bolehkah kalau saya pilih chambering 9 bulan itu di firma di kl? Saya ucapkan terima kasih.
DrZ said…
Sdra Hakim,

boleh chambering di mana-mana pun asalkan master itu mempunyai sijil peguam syarie selangor dan sudah beramal untuk tempoh 7 tahun ke atas
Hakim said…
Terima kasih Dr Z :)
Allah bless you.
watie said…
salam Tuan.
Berkenaan dengan latihan dalam kamar, adakah hanya negeri Selangor yang menetapkan latihan dalam kamar perlu selepas tamat Diploma lanjutan?
DrZ said…
sdri watie,

saudari perlu lihat kaedah-kaedah peguam syarie di setiap negeri. kaedah-kaedah itu berbeza antara setiap negeri. ada negeri yang mewajibkan chambering ada negeri kata tidak perlu. kaedah peguam syarie itu boleh diperolehi dalam portal esyariah.gov.my
Diana said…
Assalammualaikum Tuan,
Jika saya memiliki LLB dari UK dan mahu menjadi peguam syarie,adakah saya cuma lerlu mengambil diploma lanjutan itu sahaja?ataupun ada syarat lain yang ditetapkan..Dan perlu ke saya mengambil CLP dahulu sebelum menjadi peguam syarie.
Terima kasih
Sulaiman said…
Assalamualaikum Tuan,

Berkenaan tambahan tempoh 3 bulan untuk latihan dalam kamar bagi peguam syarie, selepas tamat tempoh 9 bulan chambering untuk sivil, Bolehkah dibuat di dua tempat berbeza? Iaitu 9 bulan di firma sivil dan 3 bulan di firma peguam syarie?

Terima Kasih,Tuan.
Anonymous said…
salam tuan, prosedur untuk memohon bagaimana? apa borang-borang dan dokumen yang diperlukan?
Unknown said…
Aslm tuan saya nak tanya apakah perjalanan selepas spm untuk menjadi seorang peguam syarie .Apakah yang perlu diambil tuan?

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor