Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2024

PEMELUKAN AGAMA ISLAM KANAK-KANAK

  Baru-baru ini Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy Arun Dorasamy mengecam jawapan Firdaus Wong mengenai pemelukan sepihak kanak-kanak ke dalam agama Islam. Arun menuntut tiga perkara iaitu, Kementerian Pendidikan mengharamkan program murid-murid sekolah dengan Firdaus Wong, menuntut tindakan tegas PDRM dan Peguam Negara ke atas Firdaus Wong dan ketiga, kenyataan rasmi daripada kerajaan Madani untuk mengecam perkara ini. Isu ini sebenarnya berkaitan dengan pemahaman terhadap Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, 12. Right in respect of education (4) For the purposes of Clause (3) the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian. Terjemahan BM (4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Dalam kes In Indira Gandhi Mutho v. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors And Other Appeals [2018] 2 MLRA

KERJAYA PEGUAM UNTUK LEPASAN SPM

Laluan untuk menjadi peguam ini hanya satu sahaja iaitu dengan mendapat ijazah LL.B(Hons) atau apa-apa ijazah sarjana muda undang-undang (kepujian) yang setara. Lain universiti lain nama ijazah tersebut. Jika hanya mendapat diploma anda tidak layak untuk menjadi peguam. Bagaimanakah untuk mendapat ijazah LL.B itu. Sekurang-kurangnya ada tiga laluan. Laluan pertama adalah dengan melalui matrikulasi, kedua melalui STPM dan ketiga melalui diploma. Maksudnya tiada laluan yang membolehkan anda terus mendapat ijazah. Bagi lulusan SPM, program asasi adalah laluan untuk mendapat ijazah LL.B ini. Jurusan undang-undang dikategorikan sebagai jurusan sains sosial. Syarat kemasukan untuk masuk ke jurusan ini lebih longgar berbanding dengan jurusan sains tulen yang memerlukan gred A bagi subjek Kimia, Fizik dan Biologi. Lazimnya bagi asasi sains sosial ini anda hanya perlukan gred B sahaja dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Universiti manakah yang menawarkan ijazah