Skip to main content

Posts

Memilih Tempat Beramal - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 5

Salam Sejahtera, Bagi pelatih dalam kamar yang telah menghabiskan latihan dalam kamar, persoalan ini kerap menghantui fikiran. Di manakah perlu saya beramal? ( beramal - ini bukan mengamalkan ajaran sesat. Ianya adalah istilah undang-undang yang merujuk kepada 'practising law'. Apabila sudah dialih bahasa maka istilahnya beramal ). Bagi pelatih dalam kamar yang mana bosnya memilih untuk mengambil pelatih tersebut untuk beramal di firmanya mungkin tidak mempunyai kesulitan. Adalah lazim bagi seorang pelatih dalam kamar untuk kekal di tempat beliau menjalani latihan kerana sudah terbiasa dengan keadaan di firma tersebut. Semua kerani dikenali dan perangai bos pun sudah terlazim. Kadang-kadang tawaran gaji yang diberikan pun adalah lumayan. Saya sendiri waktu habis latihan dalam kamar dahulu pada tahun 2000 telah diminta oleh bos saya untuk beramal di firma beliau. Pada waktu itu, gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1000 sebulan. Elaun pelatih dalam kamar pada waktu itu a...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Rukun talak dan pensabitan talak

1.       Dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Jilid 4 (2002) hlm. 691-694 menyatakan bahawa syarat sah talak ada tiga iaitu: a.       Akadnikah telah sabit berlaku. b.      Waras serta sempurna akal. Talak kanak-kanak, orang gila dan orang yang tidur adalah tidak sah. c.       Mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi. Talak yang dibuat secara paksa adalah tidak sah. Paksaaan itu mestilah paksaan yang berlaku secara tidak syarie atau disertai ugutan yang ditujukan terus kepada suami seperti ugutan yang menyebabkan suami terdedah kepada mudarat yang besar seperti dibunuh, dipotong anggota atau dipukul dengan pukulan yang menyakitkan. 2.       Di dalam kes Hasanah binti Abdullah lwn Ali bin Muda Jurnal Hukum Disember 1999 Jld XIII Bhg II , di hlm 161, Yang Arif Hakim telah memetik kitab I’anat al-Talibin, Jilid 4 yang menyatakan bahawa rukun talaq ada ...

Isu baiah talak 3: Adakah lafaz talak 3 jatuh 1 talak

Terdapat beberapa pandangan dalam isu samada lafaz talak 3 jatuh 1 talak sahaja. Saya salinkan semula hujahan yang pernah saya kemukakan di Mahkamah untuk manfaat semua. 1.       Dr Wahbah Al-Zuhaily dalam kitab Fiqh dan Perundangan Islam Jilid VII, DBP, (2001) ms 526-528 telah dengan panjang lebar menghuraikan persoalan ini. 2.       Antara intipati tulisannya menyatakan: a.       Pendapat jumhur dari imam mazhab yang empat dan al-Zahiriyah: jatuh ketiga-tiga talaq. b.      Pendapat Shi’ah Imamiyah: menceraikan isteri dengan tiga talaq sekali gus tidak jatuh talaqnya. c.   Pendapat Shi’ah Zaidiyah: setengah ulama Zahiriyah dan Ibn Ishak, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim: jatuh satu talaq sahaja dan lafaz tidak memberi kesan. Undang-undang Mesir dan Syria telah mengambil pendapat ini. Kemudiannya, Lujnah Fatwa yang bersidang di Riyad mengubah daripada berpegang dengan pe...

Seronoknya Menjadi Peguam di Hari Raya

Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Idulfitri 1436H Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ini. Saya mengharapkan teman-teman dan peminat blog ini dalam keadaan selamat sejahtera. Saya menerima banyak emel dan pertanyaan daripada peminat blog ini berkaitan kerjaya peguam. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan betapa kerjaya peguam ini dapat menambahkan keseronokan di hari raya. Bila menyebut berkaitan hari raya maka tergambar kepada kita wajah ibu bapa di kampung dan keseronokan berjumpa sanak saudara. Namun, keseronokan itu tiada gunanya jika tidak dapat dinikmati. Untuk menikmati hari raya, faktor yang paling penting adalah cuti. Nah! Ini yang saya maksudkan. Bila menjadi peguam maka senang untuk kita merancang cuti. Namun, kelebihan ini hanya wujud kepada peguam yang menjadi bos sendiri [maaf kepada teman-teman yang makan gaji]. Jika menjadi bos sendiri maka kita akan mengaturkan jadual kita sendiri tanpa perlu menghiraukan orang lain. Sebab itu, ramai peguam akhirnya me...

Jadilah Saksi Yang Benar

Pernahkah kita mengalami situasi yang mana saksi tersebut memberikan keterangan yang tidak seperti diharapkan oleh kita? Sewaktu mengendalikan kes baru-baru ini, klien saya (iaitu pihak yang menuntut) ada membuat dakwaan bahawa beliau telah dilayan secara tidak saksama dan terdapat unsur-unsur diskriminasi layanan terhadap beliau di tempat kerja. Klien saya telah menyebut nama seorang rakan sekerjanya yang telah mendapat layanan yang sama. Saya namakan rakannya itu sebagai "Hj Z' [bukan nama sebenar].  Hj Z itu dikatakan telah tidak mendapat bonus dan rekomendasi untuk kenaikan pangkat oleh bosnya disebabkan kelantangannya berbeza pendapat dengan bosnya. Setelah nama Hj Z disebut, pada tarikh perbicaraan yang berikutnya pihak responden telah memanggil Hj Z itu untuk memberikan keterangan bagi menyanggah dakwaan klien saya. 2 hari sebelum perbicaraan, klien saya telah memberitahu saya bahawa Hj Z ada berkomunikasi dengan beliau dan Hj Z berjanji untuk menyatakan perkara s...