Skip to main content

Posts

Istiqamah Dalam Kepeguaman - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 9

Semalam (11.2.2016) saya berasa amat gembira kerana saya telah berkhidmat dengan sebaik baiknya kepada anakguam saya. Saya mula mewakili anakguam saya dalam kes perlaksanaan perintah harta sepencarian pada tahun 1999. Anakguam saya sebelum itu telah 10 tahun berjuang di mahkamah syariah bagi mendapat haknya dalam kes harta sepencarian setelah bercerai pada tahun 1998. Pada masa itu beliau menggunakan khidmat guaman seorang peguam lain. Akhirnya, setelah beberapa tahun, suatu perintah muktamad harta sepencarian telah diperolehi di Mahkamah Rayuan Syariah.  Oleh kerana tempoh masa berguamnya sangat panjang maka beliau telah kehabisan dana untuk membiayai kos guaman berikutnya. Sewaktu beliau berjumpa saya, beliau menyatakan bahawa tidak mampu lagi untuk membayar kos guaman. Setelah melihat kepada perintah itu saya menjangka bahawa kes beliau tidaklah begitu sukar kerana ianya hanya berkaitan perlaksanaan perintah. Saya bersetuju untuk memulakan kesnya dengan bayaran guaman permul...

Mempelajari Undang-Undang - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 8

Ada pembaca blog yang meminta saya menulis coretan tentang bagaimanakah caranya untuk menjadi peguam khususnya untuk bacaan anak-anak muda yang berada di persimpangan selepas tamat peperiksaan SPM. Saya harap tulisan ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada adik-adik dan anak-anak yang ingin menceburi profesion ini. Saya selalu dengar orang kata kerjaya peguam ini menjanjikan kemewahan, prestij, glamor, cerah masa depan dan boleh jadi bakal menantu yang diharap. Saya tidak kata perkara itu tidak benar tetapi tidak bermakna sangkaan orang itu semuanya benar belaka. Ramai juga peguam yang masih lagi berada di dalam kategori 'cukup makan'. Tetapi setakat ini, saya belum jumpa peguam yang menganggur dan tidak berupaya untuk mendapatkan kerja. Alhamdulillah! Paling tidak mereka mempunyai kerja untuk mencari rezeki. Tidak dinafikan juga, ramai peguam veteran yang telah berjaya dalam hidup dan telah mencapai tahap kemewahan yang tinggi. Tetapi, waktu itu jumlah populasi peguam t...

Bergaul dengan teman satu industri - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 7

Antara kelebihan menjadi peguam adalah luasnya pergaulan. Kelebihan itu boleh menjadi positif dan boleh juga menjadi negatif bergantung kepada peel perangai kita sendiri. Menjadi peguam ini akan melebarkan pergaulan kerana klien yang dihadapi itu adalah daripada pelbagai status, kaum bangsa, nasab keturunan dan jantina. Namun ini bukanlah tema untuk tulisan ini. Apa yang saya ingin kongsikan adalah berkaitan pergaulan peguam dengan teman satu industri, maksudnya pergaulan kita dengan peguam yang lain. Saya dapati ada peguam yang suka bergaul dengan rakan-rakan peguam yang lain dan ada yang suka menyembunyikan diri daripada peguam yang lain. Peguam yang suka menyembunyikan diri daripada peguam yang lain lazimnya adalah peguam yang pergi Mahkamah dan terus tergesa-gesa balik ke pejabat setelah selesai urusan Mahkamah. Peguam ini lupa tabiat wajib peguam yang pergi Mahkamah ini biasanya akan lepak bersama kawan-kawan di kafeteria Mahkamah setelah selesai urusan. Kafeteria seo...

Membuka firma atau berkerja dengan orang lain - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 6

Saya percaya ramai peguam muda yang dalam dilema samada ingin membuka firma sendiri atau berkerja dengan orang lain. Sewaktu mula-mula menjadi peguam kira-kira 15 tahun lepas saya mendapati ramai kawan-kawan saya yang bercita-cita besar untuk membuka firma guaman sendiri kerana membuka firma guaman adalah sinonim dengan pendapatan besar. Ada rakan peguam yang memilih untuk tidak membuka firma guaman sendiri tetapi memilih untuk berkerja dengan firma guaman lain samada firma yang berskala besar atau berskala kecil. Rata-rata saya dapati yang membuka firma sendiri mahupun yang berkerja dengan orang lain tidak mempunyai perancangan strategik. Maksud saya perancangan strategik itu adalah perancangan yang dapat membantu untuk mengembangkan kerjaya beliau. Ramai peguam muda yang menjadi seperti kapas yang ditiup angin. Jika angin menerbangkan kapas itu jatuh ke atas sofa empuk maka ianya akan berada di atas sofa empuk. Tetapi jika kapas itu ditiup ke dalam tong sampah maka ianya akan...

Murtad dan Kebebasan Beragama di Malaysia: Sorotan Pendapat Prof. Ahmad Ibrahim

Sewaktu mentelaah kes dalam Jurnal Hukum, saya terbaca tulisan Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim, 'Penyelesaian Masalah Murtad Dalam Ruang Lingkup Undang-Undang Malaysia Yang Ada' [Jurnal Hukum Jld XII Bhg 1, Rabiul Awal 1419/Jun 1998, hlm vii-xxxvii]. Saya tidak bercadang untuk menyalin satu persatu tulisan itu tetapi hanya mengutip beberapa perenggan yang penting iaitu: "Murtad adalah merupakan dosa besar dan mengikut jumhur Ulama' ia bukan sahaja dibalas dengan hukuman pedih di akhirat akan tetapi boleh dihukum sebagai jenayah mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Ini biasanya dipandukan kepada ayat al-Quran yang ....(rujuk surah al-Baqarah 2: 217). Hadis yang biasa dirujuk di dalam perkara ini ialah bermaksud: 'Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia' ..... Sungguh pun hadis itu menyebut pertukaran agama secara am, telah sepakat majoriti ulama Islam bahawa seorang bukan Islam yang menukar agama kepada suatu agama lain tidak dihukum, akan ...

Kesilapan Lazim Dalam Prosiding Tuntutan Mutaah

Dalam tulisan terdahulu saya telah jelaskan maksud  mutaah  dan cara  pengiraan kadar mutaah . Tulisan ini bercadang untuk menjelaskan kesilapan yang lazim berlaku dalam tuntutan mutaah. Ini kerana menurut pemerhatian saya kesilapan ini bukan sahaja dibuat oleh orang awam tetapi juga oleh peguam syarie. Saya sendiri tidak terkecuali daripada membuat kesilapan ini dahulu. Tetapi, setelah mengendalikan beberapa kes berkaitan mutaah maka pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Saya melihat wujud kesilapan yang dibuat sewaktu dalam penyediaan Pernyataan Tuntutan. Dalam kes berkaitan mutaah, si isteri hendaklah menfailkan saman dan pernyataan tuntutan. Pernyataan Tuntutan adalah sebahagian daripada pliding yang mana akan menjadi panduan kepada hakim dan pihak-pihak yang bertikai sewaktu perbicaraan kelak. Sesuatu yang tidak ditulis di dalam pliding tidak boleh dibangkitkan atau dibicarakan sewaktu perbicaraan. Bukti dan keterangan yang boleh dikemukakan hanya yan...

Amalan Perjanjian Pra-Perkahwinan (Pre-Nuptial Agreement) di Malaysia

Perjanjian Pra-Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai Pre-Nuptial Agreement adalah sangat popular di negara Barat dan kini trend untuk membuat perjanjian sebegini semakin berkembang di Malaysia. Perjanjian sebegini lazimnya akan menyatakan hak dan tanggungjawab antara pasangan suami dan isteri contohnya jumlah nafkah yang dibayar kepada isteri serta hak-hak yang akan diperolehi jika berlaku perceraian. Perjanjian sebegini sangat popular di Barat kerana suatu perceraian yang berlaku di sana boleh menyebabkan pasangan 'botak' kepala kerana terpaksa membahagikan alimoni perceraian dan harta kepada pasangannya. Lazimnya, di sana pembahagian akan dibuat secara sama rata selepas perceraian jika tiada dibuat perjanjian pra-perkahwinan ini. Di Malaysia barangkali perjanjian sebegini popular di kalangan masyarakat bukan Islam. Ini kerana di Malaysia, suatu perjanjian adalah kontrak dan suatu kontrak adalah dikawal selia oleh Akta Kontrak 1950. Secara teknikalnya, perjanjian pra-perka...

KEWAJARAN BERPOLIGAMI: SATU ASPEK PANDANGAN UNDANG-UNDANG DAN HUKUM SYARAK

HUJAH PENGGULUNGAN PLAINTIF Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. KETERANGAN DAN FAKTA KES Pihak-Pihak 1.       Kes ini merupakan tuntutan Plaintif xxx (No.K/P: xxx) terhadap Defendan yyy (No. K/P: xxx). Plaintif adalah suami kepada Defendan. Manakala Defendan adalah isteri kepada Plaintif. Jenis Tuntutan 2.       Kes ini didaftarkan sendiri oleh Plaintif, dimulai dengan saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 06/10/2009. Tuntutan Plaintif ialah untuk memohon kebenaran berkahwin secara poligami (untuk isteri kedua) di bawah seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Ini adalah kali pertama Plaintif memohon kebenaran berpoligami. Sebelum ini Plaintif tidak pernah membuat permohonan yang sama di mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Kehadiran dan Perwakilan 3.       Dalam tuntutan ini, Plaintif telah hadir dengan diw...