Skip to main content

Posts

Hijrah Peguam

Umat Islam telah menyambut sambutan Hijratul Rasul atau Maal Hijrah baru-baru ini. Semangat menyambut tahun baru gregorian mempunyai sedikit perbezaan dengan semangat berhijrah yang disambut setiap awal Muharam. Jika setiap tanggal 31 Disember, masing-masing memulakan tahun baharu dengan azam dan resolusi hidup yang baharu tetapi dalam semangat Hijratul Rasul ini kita membayangkan berpindah daripada kehidupan yang susah kepada kehidupan yang baharu yang kita sendiri tidak tahu masa hadapannya. Apa yang kita pasti adalah bahawa dengan meninggalkan kehidupan yang lama itu kita akan keluar daripada kesusahan kehidupan yang lama. Sewaktu umat Islam di dalam tahun ke-13 kenabian Nabi Muhammad SAW mereka merasakan kebebasan beragama mereka semakin terancam dan Nabi SAW telah diperintahkan untuk berhijrah daripada kota Mekah ke Yastrib. Mekah dan Yastrib ini berada kira-kira 400 kilometer perjalanan. Bayangkan perjalanan di padang pasir kering kontang 1439 tahun yang lampau. Tentu sekali...

Institusi Kesultanan - Payung Negara

Seusai menghadiri Bengkel Faraid - Pengiraan Kes Munasakhat yang dikuliahkan oleh Tuan Haji Wan Abdul Halim Wan Harun, seorang tokoh ilmu faraid terkemuka tanahair di Masjid Wilayah, Jalan Duta sempatlah untuk bersolat Jumaat di masjid berkenaan. Tajuk khutbah pada tanggal 8 September 2017 itu adalah ‘Payung Negara’ yang merujuk kepada institusi kesultanan yang wujud di Malaysia. Khutbah ini adalah khutbah khas yang dikarang sempena Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong pada tahun 2017 yang ditetapkan pada 9 September 2017. Sebelum ini tarikh hari keputeraan itu ditetapkan pada 27 Julai. Antara isi menarik khutbah itu adalah bahawa: “ Raja dan Sultan, selaku ketua agama juga bertindak sebagai penerus kepimpinan Rasulullah dalam melaksanakan perintah-perintah Allah SWT di tengah-tengah masyarakat dan negara. Memelihara dan mengembangkan agama ini termasuk tugas ketua negara dari segi keagamaan. Sebagai ketua agama, baginda perlu memastikan segala bentuk perundangan yang ter...

Mencari Nilai Diri Seorang Peguam Muda

Baru-baru ini sewaktu menghadiri sebuah acara, saya disapa oleh seorang peguam muda. Katanya, “Doktor! Tunggu jap.”. Saya termangu seketika cuba mengingati wajah anak muda itu. “Siapakah anak muda itu?”, getus saya dalam dalam hati. Puas saya cuba mengingati wajahnya namun memori ini tidak juga dapat dicapai. Sebentar sahaja, anak muda itu keluar kembali membawa buku “Peguam Bukan Peguam”. Nah! Baharu saya faham rupanya beliau ingin mendapatkan tandatangan saya. Menurunkan tandatangan atas kulit buku bukan suatu kebiasaan saya sebelum ini. Pada awalnya agak janggal juga apabila ada orang meminta tandatangan. Mungkin jiwa ini belum mahu menjadi selebriti yang dikenali orang ramai. Meskipun begitu, kata penerbit, buku ini laris di pasaran dan mendapat maklumbalas yang baik daripada pembacanya. Selepas menandatangani buku itu, saya sempat berbuat mesra dengan beliau. Rupa-rupanya beliau adalah seorang peguam muda yang baharu memulakan kerjayanya setahun yang lepas. Setelah habis me...

Kontroversi Pindaan Akta 164 - Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Selepas RUU 355 belum diluluskan dan ditangguhkan tanpa tarikh, ditimbulkan polemik baharu berkaitan pindaan kepada Akta 164 - Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Kononnya, pindaan itu adalah sebuah episod “Tragedi Malang Buat Umat Islam Di Negara Ini”. Entah apa yang malangnya kalau isu yang ditimbulkan hanya berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam konteks Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Yang malang sebenarnya jika tulisan sebegitu diangkat untuk membangkitkan emosi umat Islam untuk memprotes tanpa asas ilmu dan pengetahuan yang sebenar. Kebangkitan emosi itu hanya semata-mata dibataskan atas dasar sentimen tanpa paksi kepada kebenaran. Kontroversi yang sebenar adalah berkaitan cadangan pindaan kepada Seksyen 88A RUU D.R. 20/2016 yang menyatakan seperti berikut: “Religion of child 88A. (1) Where a party to a marriage has converted to Islam, the religion of any child of the mar...

Catatan Ringkas Mengenai Kesan RUU bagi Meminda Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan 1976

DR 20/2016 Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan 1976. Akta ini dipinda bagi mengatasi isu yang berbangkit daripada kemasukan Islam suatu pihak kepada sesuatu perkahwinan. Kesan pindaan akta ini S.3(3) - dipinda bagi membolehkan mana-mana pihak sama ada yang baru masuk Islam atau keduanya untuk menfailkan kes (3) This Act shall not apply to a Muslim or to any person who is married under Islamic law and no marriage of one of the parties which professes the religion of Islam shall be solemnized or registered under this Act; but nothing herein shall be construed to prevent a court [before which a petition for divorce has been made under section 51 from]  “ from having exclusive jurisdiction over the dissolution of a marriage and all matters incidental thereto including ” granting a decree of divorce [on the petition of one party to a marriage where the other party has converted to Islam] , “ or other orders under Part VII and Part VIII on (a) a petit...