Skip to main content

Posts

Peguam Penjenayah

PEGUAM PENJENAYAH Rasa saya inilah soalan yang bermain di fikiran 90% pelajar undang-undang sebelum mereka menamatkan pelajaran mereka. Soalan itu adalah adakah kita dianggap bersubahat dengan tertuduh sekiranya kita mewakili seorang tertuduh atas sesuatu kesalahan terutama sekiranya kesalahan itu berhubungan dengan kesalahan moral seperti kesalahan merogol atau kesalahan berat  seperti membunuh atau merompak. Saya masih ingat soalan ini juga bermain di minda seorang rakan sekelas yang pintar. Beliau sangat berminat untuk menjadi peguam tetapi bapanya, seorang guru agama melarang beliau menjadi peguam kerana khuatir dosa bersubahat dengan penjenayah apabila beliau mewakili seorang tertuduh. Saya faham sebagai guru agama pastinya mahukan anaknya ke syurga dan akan mencegah anaknya daripada berbuat subahat dengan pendosa. Sehingga ke akhirnya beliau tidak langsung menjadi peguam dan memilih untuk menjadi pensyarah. Alhamdulilah beliau cemerlang sebagai pensyarah dan berjaya memperole...

MASA PEGUAM

MASA PEGUAM Masa adalah kurniaan Allah Taala. Masa itu sangat pelik. Hendak dikatakan ianya satu objek bukan juga. Masa itu tidak boleh dipegang seperti kita memegang ketulan emas. Hendak dijual seperti kita menjual ikan di pasar pun tidak boleh. Masa itu tidak nampak tetapi hendak dikatakan ianya seperti elektrik yang tidak nampak pun tidak juga. Jadi apa sebenarnya hakikat masa? Selalunya jika ustaz berceramah maka selalu disebut Surah Al-Asr. Surah Al-Asr itu adalah surat Makkiah. Ianya mengandungi tiga ayat sahaja tetapi dengan tiga ayat itu seorang ustaz boleh berbuih mulutnya bersembur air liur keramatnya berceramah selama dua jam bermodalkan surah itu. Mengikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, surah ini dinamakan sebagai surah Al-Asr kerana ianya bermula dengan lafaz sumpah Allah terhadap masa. Kata tafsir itu, kerugian yang disebutkan dalam surah itu adalah bermakna ‘hilang modal’. Modal seseorang itu ialah umurnya.  Sekiranya berlalu detik umurnya itu tanpa berpesan-pesan dengan...

DILEMA MENYAMBUNG PENGAJIAN LANJUTAN

DILEMA MENYAMBUNG PENGAJIAN LANJUTAN Sewaktu mula-mula menjadi peguam 20 tahun lepas, saya memberitahu seorang rakan sekelas yang juga kawan akrab semasa di universiti bahawa cita-cita saya adalah untuk menjadi jutawan apabila mencecah umur 40 tahun. Pada waktu itu, saya berumur 27 tahun. Saya memasuki alam pekerjaan agak lewat daripada rakan-rakan yang lain. Pada masa mendapat ijazah pertama kami berusia 24 tahun dan apabila habis latihan dalam kamar akan berusia 25 tahun. Ramai di kalangan kami yang terus memasuki alam pekerjaan dan masing-masing akan bergaya dengan kereta yang cantik-cantik. Sememangnya setiap graduan akan mempunyai cita-cita pertama mereka untuk memiliki kereta. Pada masa itu, kereta Proton Perdana kelihatan begitu gah di mata dan ada seorang teman yang telah memiliki kereta itu seawal dua tahun memasuki alam pekerjaan. Mungkin graduan sekarang sudah tidak pandang kepada kereta Proton Perdana. Kereta Proton Perdana pun sudah tidak lagi kelihatan di jalan raya. Mung...

PELABURAN PEGUAM SUPERSKIL

PELABURAN PEGUAM SUPERSKIL Jika anda menjadi peguam pasti anda akan tertanya-tanya apakah yang akan menjamin kehidupan peguam sekiranya beliau dapat hidup panjang ke usia senja. Mungkinkah jika beliau berumur 80 tahun beliau masih mampu untuk menampung kehidupan sendiri tanpa bergantung harap kepada orang lain. Cuba bayangkan apakah yang seorang peguam lakukan jika dia mampu hidup panjang seperti Tun Mahathir yang masih hidup aktif pada usia 95 tahun. Dalam usia 90-an Tun Mahathir bukan sahaja mampu menjadi Perdana Menteri kali kedua bahkan mampu untuk menubuhkan 2 parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang). Dalam usia 90-an, adakah kita masih mampu menyara hidup sendiri dalam keadaan kita sebagai peguam tidak mempunyai sebarang pencen? Jika seseorang itu bekerja kerajaan maka kehidupannya pada waktu akan datang tidak menjadi isu kerana setiap bulan pasti akan mendapat pencen. Malah, kadang-kala kehidupan bekerja seseorang penjawat ...

TUGAS FIDUSIARI PEGUAM

TUGAS FIDUSIARI PEGUAM Perkataan fidusiari ini agak asing dalam bahasa Melayu. Barangkali jika tidak menjadi peguam saya tidak akan ketemu dengan istilah ini. Namun, sebenarnya istilah fidusiari ini adalah istilah biasa yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kerana ianya membabitkan isu amanah dan integriti. Malahan kalau kita lihat kamus PRPM DBP pun tidak mendefinisikan maksud dan makna fidusiari ini. Dalam bahasa teknikal, fidusiari ini didefinisikan oleh wikipedia sebagai memberikan maksud bahawa seseorang itu memegang hubungan secara perundangan atau etika atas dasar kepercayaan dengan pihak yang lain kepada beliau sehinggakan hubungan ini menimbulkan hubungan amanah dan percaya (A fiduciary is a person who holds a legal or ethical relationship of trust with one or more other parties (person or group of persons). ... A fiduciary is someone who has undertaken to act for and on behalf of another in a particular matter in circumstances which give rise to a relationship of trust a...

MEMILIH UNTUK MENJADI PEGUAM

MEMILIH MENJADI PEGUAM Semenjak kecil lagi ibu bapa sering kali berhasrat untuk anaknya menceburi tiga profesion yang terunggul iaitu doktor, peguam dan jurutera. Apakah dorongan yang menyebabkan ibu bapa mahukan anak-anak mereka menceburi ketiga-tiga profesion ini. Kemungkinan besar kerana bagi ibu bapa ketiga-ketiga profesion ini boleh menjamin masa depan anak-anak mereka dari segi kewangan. Ini tidak menghairankan kerana mereka sering kali berjumpa doktor, peguam dan jurutera yang kaya raya. Namun, ibu bapa itu sendiri tidak tahu betapa sukarnya kehidupan ketiga-tiga golongan ini pada masa kini berbanding dengan profesion lain. Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan ketiga-tiga profesion ini mempunyai masa depan yang gemilang. Tetapi takkala kita menyangka langit akan selalunya cerah tiba-tiba hujan turun mencurah-curah. Pada masa keadaan sebegitu berlaku maka kehidupan akan menjadi sukar. Mungkin saya tidak layak untuk bercakap berkaitan dengan profesion kedoktoran atau kejuruteraa...