Skip to main content

PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKAITAN PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA SI MATI

Apabila berlaku kematian lazimnya si mati akan meninggalkan harta yang dikenali sebagai harta pusaka (estate - saya pernah terkeliru dahulu ingatkan estate ini adalah estet getah atau estet sawit). Oleh kerana si mati telah meninggal dunia, maka seseorang perlu dilantik bagi menguruskan harta si mati. Pengurus harta si mati ini dipanggil pentadbir harta pusaka.

                                                        sumber: www.kuburakhirat.com

Terdapat 2 cara untuk melantik pentadbir harta ini iaitu jika si mati meninggalkan wasiat yang telah menamakan wasi atau pentadbir (executor) maka orang itu akan menguruskan harta si mati. Jika si mati tidak menamakan siapakah wasi dalam wasiatnya atau si mati mati tanpa meninggalkan wasiat maka seorang atau tidak lebih daripada empat orang boleh dilantik sebagai pentadbir harta si mati.

Kadangkala, para waris tidak boleh bersepakat untuk melantik pentadbir harta si mati, maka kaedah dan prinsip berikut akan digunakan oleh pihak Mahkamah untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk menjadi pentadbir harta si mati.


1.        S.30 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97) budi-bicara yang luas kepada Mahkamah untuk memutuskan siapakah yang paling sesuai menjadi pentadbir harta si mati (provides wide discretion to the Court as to whom it shall grant the letter of administration) – lihat In The Estate Of Ngau Ken Lock (Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74 di hlm 79.

2.        Harta pusaka si mati hendaklah ditadbirkan secara paling cepat dan paling ekonomi (The estate of the deceased must administered expeditiously and economically): lihat In The Estate Of Ngau Ken Lock (Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74 di hlm 79.

3.        Kehendak majoriti waris (wishes of the majority of the beneficiary): lihat In The Estate Of Ngau Ken Lock (Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74 di hlm 80.  Walaubagaimanapun, setiap kes perlu diputuskan mengikut meritnya. – Lihat In the matter of the estate of Tan Sri Datuk Syed Kechick @ Syed Bakar bin Syed Mohamed, deceased; Puan Sri Sofiah Moo @ Moo Nyok Yin and Ors (2010) MLJU 1113, di hlm 6

4.        Siapakah yang paling layak (the fittest among the beneficiary shall administer the estate): lihat In The Estate Of Ngau Ken Lock (Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74 di hlm 80.

5.     Meskipun begitu, terdapat keadaan yang mana seseorang pemohon akan mengatasi kelayakan pemohon yang lain atas faktor berikut:

                              i.      Berkelakuan tidak elok atau kedudukan kewangan pemohon yang tidak bagus (bad character, financial position or ineptitude for business of an applicant.
                                                
                     ii.      Fakta bahawa pemohon mempunyai kepentingan yang tidak berpatutan dengan pentadbiran harta yang telus (the fact that he had an interest incompatible with the proper administration of the estate).
                          
                              iii.      Kepentingan pemohon yang kecil dalam harta pusaka si mati (his minor interest in the estate).
                              
                             iv.      Kedudukan pemohon itu yang terdedah kepada bantahan oleh orang lain yang juga berhak kepada harta pusaka itu (he is personally objectionable to other persons entitled to share in the estate.

Lihat In The Estate Of Ngau Ken Lock (Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74 di hlm 80.

                                                          Antara buku yang baik untuk 
                                                          memahami ilmu pusaka orang Islam

6.         Mahkamah tidak akan memaksa untuk melantik pentadbir bersama (The court will never force joint administration): In the matter of the estate of Tan Sri Datuk Syed Kechick @ Syed Bakar bin Syed Mohamed, deceased; Puan Sri Sofiah Moo @ Moo Nyok Yin and Ors (2010) MLJU 1113, di hlm 5


7.       Ketelusan mengenai pentadbiran : Prinsip ini mengatasi prinsip yang menyatakan bahawa seseorang yang ingin dilantik oleh pentadbir itu mestilah tidak dibantah oleh waris lain (The principle of excluding and indeed excising the objectionable party must give way to the principle that would promote greater transparency and help in discovery of the truth of the extent of the deceased’s estate and assets). – lihat In the matter of the estate of Tan Sri Datuk Syed Kechick @ Syed Bakar bin Syed Mohamed, deceased; Puan Sri Sofiah Moo @ Moo Nyok Yin and Ors (2010) MLJU 1113, di hlm 7

Semoga tulisan ini dapat membantu anda.


Comments

Anonymous said…
Salam tuan, sy lepasan ijazah syariah yang umum lah dikatakan, tp ade subjek law yg sy study masa ijazah dulu macam subjek enakmen keluarga islam. Sekarang sy tengah sambung diploma judiciary atau dipanggil Daij. Kemudian sy ada join syarikat law utk memahami law dan mengetahui lebih lagi ilmu law. Apa yang saya nak tanya di sini, apa yg perlu sy buat untuk mengetahui asas pengajian untuk seorang lawyer sbb apa itu afidavit, notis rayuan n so on sy tak tau maksud die sbb semasa ijazah dulu sy xde belajr asas2 peguam ni. Ada buku tak yang tuan boleh rekomenkan untuk sy.

}

Popular posts from this blog

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Perbandingan Ringkas Sistem Kenegaraan Malaysia Dan Indonesia

Beberapa hari yang lepas, kami telah melakukan permusafiran ke bumi Sulawesi yang menjadi tempat mastautin masyarakat Bugis. Setepatnya perjalanan ini adalah ke Bandaraya Makassar, Sulawesi Selatan. Rombongan kami terdiri daripada peguam, pegawai tadbir diplomatik dan mahasiswa tahun akhir undang-undang. Perjalanan kali ini adalah perjalanan untuk berkongsi ilmu kepeguaman dan perundangan dengan STISIP (Sekolah Tinggi Ilmu Sosial dan Ilmu Politik) di Kabupaten (Daerah) Rappang, Sulawesi Selatan. Sulawesi Selatan adalah salah sebuah provinsi (negeri) yang berada dalam negara Indonesia. Provinsi ini mengandungi 24 daerah iaitu 21 Kabupaten dan 3 Kota Madya. Pada mulanya agak sukar untuk memahami sistem kenegaraan dan struktur organisasi pentadbiran di Indonesia. Persoalan berkaitan sistem kenegaraan Indonesia sudah lama bermain di fikiran khasnya selepas Jokowi berjaya memenangi jawatan Presiden Indonesia. Tambahan lagi, kepakaran yang dipelajari selama ini adalah dalam bidang perlem...