Skip to main content

Fokus - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 1

Tahun ini adalah tahun ke 14 saya bertugas dalam bidang kepeguaman. Dalam kata lain, saya dipetisyen masuk ke Mahkamah Tinggi Malaya adalah pada tahun 2000. Bagaimanakah saya dapat survive dalam kerjaya yang mencabar ini.

Sudah ramai rakan-rakan yang meninggalkan kerja kepeguaman ini. Ada rakan yang menceburi bidang perniagaan lain seperti menjadi pemusnah anai-anai, pensyarah, pengusaha resort dan pelbagai kerjaya. Untuk berjaya dalam mana-mana bidang sekalipun saya fikir kita memerlukan daya tahan dan sikap inovatif (syukur juga Kerajaan Malaysia sekarang menekankan sifat inovatif ini dalam belajar).

Saya tidak sanggup untuk ke Mahkamah semata-mata kerana ingin mendapat JID (judgment in default). Saya juga tidak sanggup ke Mahkamah untuk mendapatkan tarikh sebutan semata-mata. Pada masa mula beramal dahulu, antara kesukaan saya adalah untuk pergi ke Mahkamah dan membuat beberapa sebutan kes dan selepas itu beramai-ramai berkumpul di kantin Mahkamah untuk bercerita dan bergosip.

Zaman tersebut barangkali sudah berlalu bagi peguam yang sebaya. Mungkin juga sudah berlalu disebabkan ramai peguam sebaya atau rakan sekelas dahulu sudah tidak lagi menjenguk pintu mahkamah. Masing-masing lebih selesa untuk membiarkan LA (legal assistant) untuk membuat kerja itu bagi mereka.

Berbalik kepada tajuk di atas, untuk berjaya dalam profesion guaman, seseorang itu perlu menetapkan hala tuju diri. Bagi saya, pelbagai aspek bidang kepeguaman ini telah saya lalui daripada kerja litigasi, jenayah, korporat, perbankan, conveyancing dan syariah. Setelah beberapa lama, saya akui bahawa jika seseorang peguam itu mahir dalam sesuatu bidang, lebih baik jika beliau fokus terhadap bidang yang beliau mahir daripada membuat kerja rojak. Membuat kerja rojak adalah jalan yang sukar untuk menguasai sesuatu bidang.

Tuhan telah menetapkan had (limit) bagi seseorang. Bermakna, kita tidak mampu membuat semua kerja dengan dua tangan. Tetapi kita mampu untuk memahirkan diri kita dengan dua tangan yang diberikan itu untuk sesuatu bidang. Jika kita mahir dalam bidang itu, maka pintu rezeki lebih mudah terbuka. Saya kagum dengan cara seorang peguam muda bernama Foong Cheng Leong (http://foongchengleong.com/) yang sejak awal lagi menetapkan bidang kemahirannya adalah dalam registered agent dan patent. Beliau juga rajin untuk menulis dan hasil penulisan itu berjaya membuat sebuah buku Compendium of Malaysian Intellectual Property Cases. Pada saya beliau telah menetapkan hala tuju yang baik dalam usaha menjadi peguam pakar dalam bidang tersebut.

Pengalaman lepas menunjukkan bahawa seseorang klien itu akan lebih suka jika kesnya ditangani oleh seorang peguam yang mahir dalam bidang itu. Malah, klien tersebut biasanya tidak kisah untuk berbelanja besar bagi membayar upah peguam tersebut. Yang paling penting adalah membina kepercayaan klien tersebut terhadap dirinya.

Justeru, bagi peguam muda, sebaiknya saudara/i hendaklah bekerja dengan peguam senior terlebih dahulu selama setahun dua sebelum membuka firma sendiri. Namun, ini tidak pula bermaksud untuk menghalang peguam muda daripada membuka firma sendiri dalam usia muda. Jika jalan itu yang dipilih, saudara/i hendaklah memastikan bahawa kes yang dibawa kelak hendaklah mendapat bimbingan daripada peguam senior. Tidaklah menjadi rugi walaupun terpaksa berkongsi bayaran fee kerana ilmu dan curahan pengalaman peguam senior itu adalah tidak ternilai dan akan membawa manfaat besar kepada dirinya pada masa akan datang.


Comments

Qaiyim said…
Im Afiqah Asyiqin. Form 5.im going to face mock interview this 12th august 14. and..im still blank to talk about. im very interst with law but i just cant expect what type of question that will be ask by assessors. so, can u give like spot question. it's more on scholarship. both sivil and syarie. reply me as soon as possible (0199289935). Thankyou much sir :)
Anonymous said…
Salam Dr. Z, just call me Mr. ASM.

I'm in dilemma actually. Need your learned opinion. I have been practicing for about 8 years, I am more to litigation, most of the time, I preferred criminal litigation compare to civil, I don't do conveyancing at all, really not my cup of tea.

After few years practicing, I decided to join my ex colleague to open up our own firm, just the two of us as partners. After operating for about 1 year and 9 months, suddenly I realized that I made a wrong decision joining her as partner in the firm, things were not like as I planned. In short, we have "partnership problem".

I am in dilemma: "should I proceed with her or should I open up my very own firm?"

I guess the best option for me is to open up my own firm as sole proprietor as what the super senior here did. But I have financial issue.

I am worry about the risk too, I mean my income, can I make it alone? I have lot of contacts with former clients but apparently, with due respect to them, they seems to be "bad payer" throughout my past experience with them, especially criminal cases, the clients are the one who has problem with NO MONEY, I am so confused. Can I survive if I open up my very own firm?

Thought of giving up this career but I guess it is too late and I should proceed opening my on firm, can you give me some advice on this dilemma? Thank you in advance Dr. Z
DrZ said…
Mr ASM

believe me, if you are good at your career, people will be looking at you. You would not be penniless and you will be successful as many lawyers do. The only thing which is blocking you now is your fear of failure. First, you have to unblock your mental blockade and dream of your success. Then, put your dream into ambition. Pray to God as God will direct your infinite intelligence in your subconscious mind and directs it to your dream. Dont be afraid of the risk and the gain comes with the risk. After all, we are not dead if we fail. We can still become a temporary legal assistant until we re start again. Secondly, for your troubled partnership, you can always become an associate at any firm if you are afraid to open up your sole prop. Just negotiate some commission on the fee collected or pay some rental to the firm.
Firdaus... said…
This comment has been removed by the author.
Firdaus... said…
Assalamualaikum DrZ.

Saya firdaus arshad,seorang peguam yang sudah ada dalam bidang ni baru 5 tahun. dalam tempoh 5 tahun itu juga sudah 3 kali (termasuk firm sekarang) saya berpindah firm. saya sertai firma pertama, selepas habis chambering. selepas 7 bulan, saya diberhentikan disebabkan tidak mencapai ke tahap apa yang firma tersebut mahukan. firma pertama ini, saya belajar sendiri tanpa apa-apa guidlines utk kendalikan kes2 litigasi termasuklah perbicaraan di mahkamah rayuan.

kemudian, di firma kedua saya dapat bertahan selama lebih kurang 4 tahun. di firma ini juga saya belajar sendiri untuk kendalikan kes-kes litigasi. kemudiannya boss firma tersebut membuat keputusan untuk tidak membawa sebarang kes2 litigasi dan mahu fokus pada conveyancing sahaja. ini menyebabkan saya dipecat dari firma tersebut.

selepas itu, saya sertai firma ketiga (sekarang) sudah lebih kurang 8 bulan. selama 8 bulan itu juga, saya didedahkan dengan file2 conveyancing dan saya tidak pernah ditugaskan untuk membuat sebarang kes litigasi walaupun sudah beritahu boss firma sekarang berkenaan dengan pembabitan saya selama prektis dalam bidang litigasi. saya ada beberapa masalah dengan firma sekarang ini antaranya boss firma ini tidak mengendahkan berkenaan dengan hal ehwal pekerja mereka samada sakit teruk, anak tidak sihat mahupun masuk hospital. terus terang saya bercakap, hubungan saya dengan anak dan isteri menjadi sedikit goyah akibat masa saya lebihkan dengan kerja-kerja di firma ini.

saya mempunyai dilema yang sangat besar sekarang ini. saya berhasrat untuk membuka firma guaman sendiri kerana dah serik berpindah randah antara firma dan juga sedikit trauma dengan keadaan kerja dan keluarga. masalahnya sekarang ini, sekiranya saya berpindah firma lagi, saya takut akan dapat dengan suasana kerja sekarang. dan masalah seterusnya pula, sekiranya ingin membuka firma sendiri, saya risau budget tidak mencukupi. terus terang saya cakap duit simpinan saya habis disebabkan terpaksa cover perbelanjaan untuk l4bih kurang 4 bulan kerana waktu di firma kedua, saya tidak dibayar gaji lebih kurang 4 bulan jugak.

sudah pelbagai nasihat saya minta dari rakan peguam dan juga peguam2 yang senior. saya masih lagi dalam dilema antara 2 masalah ini.

boleh tak DrZ nasihatkan sedikit untuk saya tangani masalah saya ini?
0145001565
fyiiamfa@gmail.com
DrZ said…
Sdra Firdaus,

syabas saya ucapkan kerana dapat bertahan dalam kerjaya peguam ini. banyak cabaran yang tuan hadapi. saya fikir masalah tuan ini adalah dilema biasa bagi seorang yang belum yakin untuk membuka firma sendiri. saya fikir tempoh 5 tahun itu sudah memadai utk mencari pengalaman dan membuka firma sendiri.

saya cadangkan utk sementara waktu ini, cuba daftarkan firma sendiri dan boleh beroperasi di rumah dahulu. cuba cari 1-2 klien litigasi utk cover cost. selain itu boleh buat kerja-kerja lain utk tampung kos keluarga spt membuat kerja-kerja counsel work drp firma lain. boleh juga mulakan perniagaan lain secara kecil-kecilan spt menjadi agen insuran atau mengambil upah untuk membuat kerja legal research dgn firma lain.

setakat pemerhatian saya, industri guaman ini belum lagi mencapai tahap tepu. apa yang diperlukan adalah sedikit kreativiti dalam mencari klien. insyallah saya berdoa firma tuan kelak akan lebih maju.

saya juga sarankan tuan berhenti sahaja daripada firma yang tidak bertimbang rasa itu. rasanya banyak lagi firma lain yang lebih baik jika tuan masih ragu2 utk berhenti kerja.

saya juga sarankan tuan baca buku novel YB Hanipa Maidin bertajuk Mala Fide (kalau tidak silap). boleh layari website Ilham Books. ianya menginspirasikan peguam yang baru nak buka firma mcam tuan

Anonymous said…
Salam Dr. Z,

Thank u so much for your inspiring writing.

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor