Skip to main content

Tuntutan nafkah iddah menurut hukum syarak dan undang-undang



Pembayaran nafkah iddah adalah wajib ke atas suami yang menceraikan isterinya sepanjang tempoh iddah dan selagi isterinya tidak disabitkan dengan nusyuz. Kuasa Mahkamah untuk membuat perintah berhubung tuntutan nafkah iddah adalah termaktub dalam seksyen 59(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang menyatakan:

“Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isterinya atau bekas isterinya.”

Seksyen ini memberikan kuasa yang luas kepada Mahkamah untuk membuat perintah berkaitan nafkah iddah kepada isteri yang telah diceraikan selagi isteri itu tidak disabitkan nusyuz.

Seksyen 65(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pula menyatakan tempoh kuatkuasa nafkah adalah sehingga tamat tempoh iddah seseorang isteri:

“Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri itu menjadi nusyuz.”

Seksyen 61 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pula menyatakan kaedah untuk menentukan jumlah nafkah yang perlu diberikan.

“Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.”

Dalam menyatakan kewajipan memberikan nafkah iddah ini, Allah Taala berfirman,




“…janganlah kamu mengeluarkan mereka (para isteri) dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ),  kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…”
Al-Talaq 65:1

Dalam hal nafkah iddah, Dr Wahbah Al-Zuhaili menyatakan ‘Jika perempuan beriddah daripada talaq raj’i, maka wajib ke atas suami membiayaai nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tidak ada khilaf fuqaha’ padanya kerana perempuan tersebut masih dikira isteri selama ia berada dalam tempoh iddah’. (Lihat Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid VII, hlm 815)


Hal ini turut disokong oleh pendapat ulama Shafie sepertimana yang termaktub dalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji iaitu jika iddah seseorang perempuan itu iddah talak raj’ie maka isteri wajib mendapat tempat tinggal bersama suaminya dan isteri wajib mendapat semua bentuk nafkah seperti makanan, pakaian dan sebagainya, sama ada dia hamil atau tidak. Ini kerana isteri masih berada di bawah penguasaaan dan pengawalan suami dan boleh dirujuk selagi dia berada dalam iddah. (Lihat Al-fiqh Al-Manhaji Jilid 4, hlm 723-724)

Comments

Popular posts from this blog

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

THE CONCEPT OF CONSTRUCTIVE DISMISSAL IN MALAYSIA

1)            Constructive dismissal is a term used when an employee terminates his employment contract and considers himself discharged from further performance of his work as a result of his employer’s behaviour. For example, the employer has made the employee’s position at work untenable leaving the employee with no alternative but to quit his employment under protest. Although there is no actual dismissal by the employer, the end result is the same as if the employee had been fired. 2)            Gopal Sri Ram JCA in Quah Swee Khoon v Sime Darby Bhd [2001] 1 CLJ 9 at 19 described ‘constructive dismissal’ as follows: “A reading of the pleaded case for the parties resolved the issue that fell for adjudication before the Industrial Court into what the profession has come to call as a “constructive dismissal”. There is no magic in the phrase. It simply means this. An employer does not like...