Skip to main content

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM.

Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup.

Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Peguam adalah istilah umum yang difahami oleh masyarakat awam. Dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976, perkataan yang digunakan adalah peguambela dan peguamcara (advocate & solicitor). Di England, profesion guaman ini terbahagi dua, pertama sebagai 'barrister - peguam yang berhujah di mahkamah' dan kedua, 'solicitor- peguam yang menyediakan dokumen-dokumen termasuk dokumen untuk tujuan perbicaraan di mahkamah'. Di Malaysia, profesion guaman ini dinamakan sebagai 'fused profession' iaitu gabungan antara keduanya. Lazimnya, perkataan 'peguambela' merujuk kepada 'barrister' manakala perkataan 'peguamcara' merujuk kepada 'solicitor'. Oleh itu, di Malaysia hanya satu lesen sahaja diperlukan bagi tujuan samada ingin menjadi peguambela atau peguamcara.

Pengajian jurusan undang-undang di Malaysia ini memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun untuk disempurnakan sebelum diberikan ijazah LL.B(Hons). 'LL.B' ini merujuk kepada perkataan latin - Legum Baccalaureus atau Bachelor of Laws. Hanya pelajar yang mempunyai ijazah ini yang dibenarkan untuk beramal sebagai peguambela dan peguamcara. Ada sesetengah universiti menamakan ijazah ini dengan nama lain. Itu tidak menjadi isu asalkan kandungan subjek yang diajar mesti memenuhi kehendak Akta Profesion Undang-Undang 1976 bagi melayakkan seseorang itu menjadi peguam.

Di Malaysia ini, ada beberapa universiti yang menawarkan pengajian undang-undang tetapi ijazah mereka tidak diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profession Undang-Undang menyebabkan mereka hampa tidak dapat menjadi peguam setelah berhempas pulas belajar di universiti. Oleh itu, AMATLAH PENTING untuk membuat sedikit kajian latar belakang universiti itu sebelum mendaftarkan diri sebagai pelajar undang-undang. Senarai universiti yang layak ada dipamerkan di portal Legal Profession Qualifying Board, Malaysia .

Ada ibu bapa yang berasa anak mereka patut belajar di luar negara supaya mereka mendapat pendedahan cara hidup dan pengalaman yang luas di negara asing. Ada kelebihan dan kekurangan jika belajar undang-undang di luar negara. Pihak Lembaga telah menetapkan bahawa ada beberapa pelajar lulusan luar negara perlu mengambil peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice) sebelum mereka boleh melakukan latihan dalam kamar (chambering). Peperiksaan CLP adalah satu peperiksaan yang sukar untuk lulus dan memerlukan kos tambahan yang banyak. Ada juga pelajar lulusan tempatan (seperti daripada Universiti Utara Malaysia dan Universiti Multimedia) yang perlu terlebih dahulu memperolehi Certificate of Completion sebelum dibenarkan untuk chambering. Oleh itu, pandai-pandailah membuat kajian dan perbandingan mengenai hal ini supaya kelak anda tidak kecewa.

Bagi saya, institusi tempatan yang mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan universiti lain samada peringkat tempatan mahupun antarabangsa adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - UIAM [mungkin ada yang kata saya cuba promosi universiti sendiri]. Ini kerana sistem pelajaran di UIAM hanya menggunakan pengantar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selain itu, UIAM menggunakan sistem perbandingan ilmu iaitu setiap pelajar mesti mempelajari undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Ini memberikan kelebihan ketara kepada pelajar kerana pelajar itu  mampu memahami malah berhujah menggunakan dalil-dalil seperti ulama tetapi pada masa yang sama menggunakan ilmu logik dan falsafah barat sama seperti pelajar yang belajar Common Law dan Equity di England. Pelajar dan pensyarah pula berasal dari pelbagai negara menyebabkan jika pelajar itu pandai menggunakan ruang ini maka beliau setelah tamat belajar pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Arab dengan baik samada daripada segi komunikasi atau  penulisan [sayangnya ramai pelajar mensia-siakan keistimewaan ini, malah ramai graduan undang-undang UIAM terus melupakan kebolehan bertutur dan membaca dalam Bahasa Arab selepas memasuki alam pekerjaan]. Selain itu, lulusan UIAM tidak perlu lagi mengambil ujian CLP atau Certificate of Completion dan boleh terus menjalani latihan dalam kamar setelah mendapat transkrip pelajaran dan surat pengesahan tamat belajar. Ini akan menjimatkan masa dan kos.

Selepas mendapat kelulusan tersebut, pelajar berkenaan perlu menjalani latihan dalam kamar (chambering) selama 9 bulan bagi menjadi peguam di Semenanjung dan 12 bulan jika di Sabah atau Sarawak. Pada peringkat ini, pelajar akan menjalani latihan praktikal di firma guaman di bawah seliaan seorang 'Master' yang telah beramal tidak kurang daripada 7 tahun secara aktif. Semasa tempoh latihan ini, pelajar juga wajib untuk menjalani latihan yang ditetapkan oleh Majlis Peguam seperti membuat latihan dock brief atau legal aid di beberapa institusi terpilih tidak kurang 14 hari sepanjang tempoh 9 bulan itu. Pelajar juga diwajibkan untuk menyertai Kursus Etika yang mana pelajar akan didedahkan mengenai etika kepeguaman yang perlu ada kelak jika memasuki kerjaya sebagai peguam.

Hanya selepas itu, baharulah pelajar berkenaan layak membuat petisyen masuk bagi didaftaraikan sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi. Petisyen masuk ini ibaratnya adalah hari konvokesyen yang mana pelajar itu akan disarungkan dengan jubah peguam oleh Masternya. Hanya yang berbeza, ianya dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi dan bukan di hadapan Pro-Canselor atau Presiden universiti.

Apakah hebatnya menjadi peguam? Dalam fikiran pelajar pasti kehebatan peguam itu terserlah seperti dalam cerita di layar perak seperti cerita LA Law, Law & Order, Suits dan lain-lain. Pasti tergambar kepetahan seorang peguam mematahkan hujah lawannya di Mahkamah di dalam cerita seumpama itu. Kata Almarhum Tan Sri Harun Hashim, "You can become anyone if you have a degree in law except to become a doctor or an engineer." Kata-kata ini sungguh tepat. Allahyarham Sudirman adalah lulusan undang-undang tetapi beliau memilih untuk menjadi penyanyi. Elaine Dally adalah seorang peguam tetapi beliau memilih kerjaya sebagai model dan pelakon. Dato' Seri Nazri Aziz juga adalah peguam tetapi beliau memilih untuk menjadi seorang menteri. Tun Daim Zainuddin juga seorang peguam tetapi beliau memilih untuk menjadi seorang usahawan korporat. Dalam buku biografinya 'Daim Yang Diam', beliau berkata 'Jika anda ingin hidup senang anda boleh teruskan untuk menjadi peguam tetapi jika anda ingin jadi jutawan maka ceburilah bidang perniagaan.' Bahkan, nama firma 'Daim & Gamany' adalah firma guaman yang mana Tun Daim pernah menerajuinya suatu ketika dahulu.

Saya lihat ramai juga rakan-rakan saya yang pernah belajar undang-undang yang kini sudah beralih menjadi ahli perniagaan tetapi masih tetap mengekalkan lesen peguam. Tidak kurang juga ada rakan peguam yang sudah menjadi usahawan jagung, sawit, ayam, itik, anai-anai dan kambing tetapi masih mengekalkan lesen peguamnya.

Ini kerana peluang dalam profesion guaman ini sangat luas. Terpulang kepada orang yang menceburi bidang ini samada ingin fokus kepada profesion semata-mata atau ingin membuka ruang perniagaan lain. Bagi yang menjadi peguam, peluang itu kadang-kadang datang sendiri bila mana beliau mengendalikan kes dan berjumpa klien. Akhirnya klien itu menjadi rakan kongsinya dalam perniagaan lain.

Itulah hebatnya menjadi peguam!




Comments

Anonymous said…
salam, saya baru je dapat keputusan stpm dan berjaya dapat tawaran untuk sambung llb law di uk. kalau saya sambung belajar di sana dan ambil legal practice course (lpc) untuk jadi solicitor, perlukah sy ambil clp lagi sebelum buat chambering ?

mohon pencerahan, terima kasih.

(boleh email saya di zarifzahirah@hotmail.com)

DrZ said…
Salam Zarif,

Setakat semakan saya, hanya pelajar-pelajar berikut yang boleh terus chambering. boleh klik link itu

http://www.lpqb.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=131&Itemid=77

manakala pelajar pelajar yang kena ambil CLP adalah pelajar2 berikut. boleh klik link ini


http://www.lpqb.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=132&Itemid=77


Anonymous said…
Salam, saya baru sahaja dapat keputusan spm. Apa kelayakan untuk ambik jurusab undang-undang?
DrZ said…
Salam, sya ada tulis hal ini. cuba skrol balik posting2 saya tu.
Anonymous said…
Klau amik stpm. Subjek apa yg perlu untuk amik bdng guaman.
Anonymous said…
assalamualaikum tuan,

saya agak keliru tentang tempoh latihan dalam kamar. benarkah bahawa sekiranya saya melakukan chambering di firma guaman yang mengendalikan kes2 conveyancing,saya akan menjadi peguam conveyancing. maksudnya, saya tidak boleh mengendalikan kes2 litigation?- azren
DrZ said…
Saya tidak pasti apakah subjek yg patut diambil di peringkat STPM untuk tujuan menyambung pelajaran di bidang undang-undang. Lazimnya, bidang undang-undang tidak memerlukan sdra mengambil subjek berkaitan sains. memadai sekiranya mengambil bidang arts. selain itu, sdra boleh menyemak laman web setiap universiti yg ada menawarkan degree undang-undang bagi melihat sendiri apakah qualification yang perlu jika pelajar lepasan STPM ingin memasuki universiti tersebut
DrZ said…
Wasalam,

mengenai latihan chambering, tiada masalah jika sdra membuat chambering di firma yang membuat conveyancing sahaja dan kemudian sdra ingin prektis dalam litigasi.

saya ada kawan yg membuat chambering di firma yg membuat litigasi dan sepanjang tempoh chambering beliau hanya mengendalikan kes litigasi shj. Kini beliau hanya membuat convencing sahaja pula.

cuma dari segi kelebihannya, jika sudah dilatih dalam bidang litigasi maka kita akan dapat skil litigasi itu dan tidak perlu studi semula slps tamat chambering. begitu juga jika kita buat conveyancing semasa chambering maka lebih mudah utk kita prektis dalam bidang conveyancing selepas itu.

Unknown said…
Cita² nak jadi peguam . Subj apa yg wajib lulus ? Senang atau tidak proees menjadi lawyer ?
Unknown said…
Cita² nak jadi peguam . Subj apa yg wajib lulus ? Senang atau tidak proees menjadi lawyer ?
DrZ said…
Sdri Ikha nadzrin,

senang atau susah itu bergantung. bagi saya pada mula2 jadi peguam itu agak sukar. lama-lama dah terbiasa maka sudah jadi mudah.

subjek wajib yang perlu lulus itu bergantung kpd universiti. boleh semak website university
Unknown said…
Hai assalamualaikum dr.
Boleh sy tnya, nak ambil ujian clp ni subjeknya sama mcm silibus seperti masa belajar degree atau kena study new silibus yg x di ajar semasa degree di ipta selain uiam ? Terima kasih
DrZ said…
Wassalam Sdri WanNur

sefahaman saya subjek CLP ini adalah subjek baru dan soalan lebih terarah kepada isu profesional practice. Sebaiknya dapat ikuti tutorial khas berkaitan CLP ini.
Anonymous said…
saya lepasan stpm yang bercita-cita hendak menjadi seorang peguam. syarat2 untuk menyambungkan pelajaran ke universiti dan memilih kursus undang-undang .semua syarat saya lepas selain syarat muet saya band 3 yang tidak melayakkan saya memohon bidang tersebut kerana syaratnya adalah muet band 4 / spm A / A- . Jadi, saya terfikir untuk memohon bidang lain untuk melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda. soalan saya adalah. apakah bidang yang saya perlu pilih untuk menyambung master dalam bidang undang-undang ???
DrZ said…
Saudari Anon,

untuk menyambung master dalam undang-undang memerlukan saudari mempunyai latar belakang undang-undang sama ada undang-undang sivil atau undang-undang syariah.
Nisa said…
Assalamu'alaikum. Saya merupakan pelajar lepasan spm 2016 dan bercita cita utk menjadi seorang peguam. Baru baru ini, saya ditawarkan sesi temuduga JPA untuk biasiswa ke luar negara tetapi bidang sains sosial. Saya ada membuat sedikit 'research' tentang bidang ini dan undang-undang merupakan salah satu cabang sains sosial. Adakah saya dapat menjadi seorang peguam sekiranya saya mengambil bidang ini?
DrZ said…
Saudari Nisa

Untuk menjadi peguam mesti mengambil degree undang-undang yang diiktiraf. Sdri boleh lihat website Legal Qualifying Board untuk mengetahui degree mana yang diiktiraf. Tidak memadai untuk mengambil lain-lain degree dalam bidang sains sosial untuk menjadi peguam. ia mesti spesifik.

tetapi apa yang ditulis itu tepat. undang-undang adalah satu cabang daripada bidang sains sosial
Unknown said…
berapa tahun bljar deg in law in uia
amani saadah said…
assalamualaikum, saya jugak seorang lepasan spm 2016 dan saya memang minat untuk jadi seorang peguam tapi result saya tak berapa bagus untuk saya sambung ke jurusan law. kelulusan saya hanya layak untuk ambik diploma law di unisza but then lepas check yg lpqb unisza takda qualification so apa patut saya buat. adakah saya perlu terima tawaran diploma di unsiza kemuadian degree di uiam atau mana mana u yang diiktiraf atau pun saya melanjutkan pelajaran ke stpm? mana lagi better
DrZ said…
Sdri Izzah

Matrikulasi Undang-Undang - 2 tahun
LL.B (Hons) - 4 tahun
LL.B (Shariah)(Hons) - 1 tahun
Master in Comparative Laws - 1 tahun
Ph.D - 11 tahun
Menjadi peguam - 2000 - 2017 (17 Tahun)

Total : 19 tahun belajar
17 tahun beramal
DrZ said…
Sdri Amani

boleh juga buat diploma law di Unisza dan selepas itu sambung di UKM, UIA atau UM
Anonymous said…
Assalamualaikum
Saya lepasan spm 2016
Saya mendapat tawaran asasi undang-undang uitm kptm
Tetapi saya ingin menjadi peguam syariah
Jadi bolehkah saya memohon degree undang2 syariah selepas tamat asasi di uitm?
Dan universiti apakah yg boleh menawarkan peluang buat saya menyambung degree berkenaan.
DrZ said…
Sdra Anon,

seeloknya sdra sambung belajar undang-undang di asasi uitm itu. selepas mendapat LL.B, sdra boleh menyambung utk membuat diploma postgraduate seperti DSLP atau DAIJ di UKM, UIA, USIM atau UITM sendiri. dgn adanya diploma ini sdra boleh memohon utk menjadi peguam syarie. Dengan cara ini sdra bukan sahaja dapat menjadi peguam syarie bahkan dapat jadi peguam sivil juga
Anonymous said…
Hello Sir.
I read your comment up above. I just want to ask few questions:

1) why it took you 11 years for Ph.D?
2) Ph.D in law is still a research-based?
3)Do you think Bachelor in law is hard to catch up for those who are not coming from foundation of law?
Anonymous said…
(cont)

4)Adakah pasaran kerja bagi fresh graduate in law masih luas?
DrZ said…
Dear Anon,

I took 11 years for Ph.D since I am doing it on part time basis. It was really hard to read and write while working as a lawyer. At that time, it was still a library research based. Now, I think the university encourages students to take multiple disciplined study based.

I think everybody can study law. I have seen many friend who were having different background and yet they are able to finish their study on time.
DrZ said…
Dear Anon,

pasaran kerja bagi lulusan guaman masih luas. sekiranya kita mempunyai soft skill yang lain spt computer programming, enterpreneurship dan marketing, negotiating skill maka ianya lebih baik. lebih mudah untuk bekerja dalam bidang ini
Sekiranya seseorang itu ade degree syariah,kemudian ditambah dgn DAIJ atau DSLP,ini bermakna dia cuma layak beramal sebagai peguam syarie sahaja kan tuan? Untuk menjadi peguam sivil,mesti ade LLB. betul?

Menjadi peguam syarie sahaja adakah perlu kepada chambering juga?
Unknown said…
Bagaimana dengan surat akan sumpah yg dibuat dgn kembali kereta dan pihak ketiga. Jk pihak ketiga tidak membayarnya, dan telah buat report polis, adakah blh ambik tindakan mahkamah
DrZ said…
Sdra Hafizuddin,

Untuk yang ada degree syariah sahaja mereka layak untuk jadi peguam syarie dengan syarat ada DAIJ atau DSLP. Sesetengah degree syariah di Malaysia tidak perlu lagi untuk ada DAIJ atau DSLP kerana subjek itu telah dimasukkan di peringkat degree.

Untuk jadi peguam sivil perlu ada LL.B daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.

Menjadi peguam syarie perlu juga untuk chambering. boleh rujuk dalam kaedah-kaedah peguam syarie di tiap-tiap negeri. kaedah-kaedah ini ada dalam portal esyariah.gov.my


DrZ said…
Sdra Basir 987:

Surat akuan sumpah utk kembalikan kereta itu mempunyai masalah dari segi undang-undang kerana menurut akta sewa beli, pemilik kereta adalah bank selagi segala hutang belum dibayar. Adalah lebih baik untuk jauhkan diri daripada membuat perkara yang sedemikian
Anonymous said…
Kalau nak jdi pendakwaraya macam mana? Kalau ambil law dekat kolej swasta still can become prosecutor?
Faty said…
Assalamualaikum tuan ..

Sy fresh graduate ijazah Syariah UNISZA..

Sekarang sy masih bekira-kira untuk continues study in Master of Comparative Law ataupun DAIJ di UIA .

Boleh tuan explain pro n cons continue study on this two field ?

Thankyou in advance tuan .
Turismo Magna said…
Hi sir,my question is,is it possible to study law in malaysia without going to uni?how about self study(home base) and then go for CLP and find a firm for practical?just curious about this since I saw it in movie..
Anonymous said…
Asslmkm tuan,

Sy berumur 36yo memiliki Diploma Pentadbiran Awam dr UiTM. Skrg bekerja sbg Electrical Engineer(yeah, i know this sound weird) di private MNC hampir 10tahun. Sy berhasrat menyambung pengajian sy ke Degree in Legal Studies secara PLK di UiTM yang mana akan mengambil masa 5 tahun pengajian dan +9 bulan untuk chambering. Adakah tuan rasa sudah terlewat untuk sy menyertai bidang guaman?
Unknown said…
Hi saya mendapat 7A2B masa SPM dan habis diploma akaun dengan CGPA 3.67 . Saya nak sangat sambung law dekat UKM . Boleh ke pelajar diploma akaun sambung degree law ?
Anonymous said…
Salam tuan,saya pelajar aliran perakaunan spm,boleh ke saya ambil jurusan undang2 lepas spm nanti
Salam tuan,adakah pengajian llb di unisza graduannya perlu menjalani (clp)?. Terima kasih tuan
Anonymous said…
Salam tuan, saya pelajar lepasan spm yang tidak mengambil bahasa arab sewaktu spm tetapi saya bercita-cita untuk menjadi seorang peguam adakah saya masih layak?
Anonymous said…
Salam tuan , saya pelajar lepasan spm . Mulanya saya telah memohon untuk foundation law tetapi
tawaran saya telah ditolak dan sebaliknya ditawarkan Diploma Pentadbiran Awam yang merupakan pilihan ketiga saya dalam UPU . Soalan saya di sini , bolehkah saya menyambung pelajaran untuk Degree Law setelah saya menghabiskan Diploma Pentadbiran Awam ?
Anonymous said…
Assalamualaikum, saya ingin tahu bahawa diploma lain boleh ke sambung dalam degree law?
Anonymous said…
Salam,sya ingin bertanya jika sya boleh mengambil jurysan undang2 sharia tanpa bengambil subjek bahasa arab di peringkat spm
Unknown said…
Salam Tuan, saya bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Namun setelah keputusan Muet stpm saya keluar, saya hanya mendapat Band3 sahaja. Adakah saya masih mampu untuk menjadi seoranh peguam sdgkan syarat utk menjdi seorang peguam sekuranh-kurangnya mndpt Band 4.?
anonymous said…
salam,saya nak ambik form 6 and then nak ambik law degree boleh ke ? Lepastu kalau form 6 nak ambik jurusan apa?
Unknown said…
menarik perkongsian..ilmu yg brguna..tq.btw..jika da adik2 lepasan spm yg berminat dgn bidg pendidikan awal kanak kanak kan..bole brhubung dgn sis dkt emel vivadivasue@yahoo.com sis bole explain ckit psl bidg tu..tq
Anonymous said…
Hii, saya minat nak jadi pendakwa raya. Saya masih pelajar sekolah menengah sebenarnya. Tapi disbbkan rasa ingin tahu saya ni, saya nak sangt belajar pasal undang undang terutamanya undang undang sivil san jenayah. Boleh saya tahu, buku apa yg boleh saya baca untuk menambah pengetahuan saya dan juga berguna untuk saya? Terima kasih��

Tolong respond dkt email saya😅
wnurulsafika04@gmail.com

Mintak maaf sbb menyusahkan tuan. Terima kasih tuan
Unknown said…
Asslamualaikum nak tanya kalau diploma perakaunan blh sambung dlm bidang law?
Noor Faizah said…
Salam tuan, saya bakal graduan dari Universiti Al azhar dalam bidang syariah islamiah, dan saya berminat untuk menjadi peguam syariah,

Adakah lulusan ijazah Al azhar, layak mengambil diploma pentadbiran dan kehakiman di uni tempatan?

Kalau boleh, boleh saya tahu uni mana dan program apa yang patut saya ambil bagi melayakkn sy menjadi peguam syarie dan prosedurnya macam mana?

Harap sangat tuan dapat balas persoalan saya ni, Terima kasih
Unknown said…
Assalamualaikum nak tanya . apa langkah pertama yang perlu saya buat untuk jadi peguam . saya berminat dalam bidang law
Anonymous said…
Assalamualaikum kalau SPM nk kena berapa A untukkos law dan universiti yg mana sesuai dan perlu menguasai bidang apa?boleh tolong jawab Dr


Email sy dkt nurataliadinabila@gmail.com
Anonymous said…
Saya sekarang sedang intern di mahkamah. Sy ambil diploma undang-undang governan hubungan dan antarabangsa. Saya agak keliru tentang sama ada sy patut sambung degree di luar negara. Adakah ianya berbaloi atau skdr syok sdri bljr undang ii org liar yg tdk blh digunapakai di malaysia ?
king said…
This comment has been removed by the author.
DrZ said…
1. Kalau nak jadi prosecutor mesti ada degree LLB(Hons) dahulu

2. Faty - Master in comparative law adalah berbeza dgn DAIJ. Master adalah post graduate degree, DAIJ adalah professional post-graduate diploma yang melayakkan anda untuk menjadi hakim syarie atau peguam syarie. kalau untuk kemajuan kerjaya DAIJ lebih mustahak, tetapi kalau untuk sambung PhD elok ambil master.

3. Turismo - untuk jadi lawyer tidak boleh self study, mesti ada degree law daripada recognized university. Boleh tengok website lembaga kelayakan untuk tengok university mana yang diiktiraf

4. Tiada istilah terlewat untuk sambung belajar law. kebanyakan polis sudah berusia 40 tahun ke atas baru sambung belajar law.

5. Sesiapa yang sambung accounting kemudian hendak belajar law akan dikira sebagai tahun satu semula dan tidak boleh transfer credit

6. Degree unisza rasanya sudah diiktiraf sekarang untuk chambering. boleh cek dengan website lembaga kelayakan

7. sesiapa yang tidak ambil bahasa arab masih boleh sambung degree law. bahasa arab bukan syarat untuk degree law

8. pelajar diploma pentadbiran awam boleh sambung degree law. antara yang saya tahu ada diploma pentadbiran awam kemudian sambung degree law adalah Prof Dr Aziz Bari dan Prof Dr Farid Sufian (Dekan Law di UIA)

9. Pelajar diploma lain boleh sambung law. namun, syarat kemasukan itu tertakluk kepada universiti masing masing

10. pelajar bukan jurusan bahasa arab boleh ambil degree law dan kemudiannya ambil DSLP untuk melayakkannya memohon tauliah peguam syarie

11. Saya kurang arif berkaitan Band 3 atau Band 4. Zaman saya belajar tidak ada band

12. Yang form 6 boleh mohon masuk belajar law dengan menggunakan sijil STPM. ramai kawan saya masuk belajar law lepas STPM

13. Buku-buku berkaitan dengan pelajaran law ini tidak banyak dalam bahasa malaysia. Kalau buku bahasa inggeris boleh baca Learning The Law, saya juga pernah karang buku Peguam Bukan Peguam, mungkin boleh juga tengok website kedai buku untuk tengok buku buku berkaitan law

14. Lulusan Syariah daripada Al-Azhar boleh memohon untuk buat DAIJ atau DSLP untuk melayakkan diri memohon tauliah peguam syarie

15. Langkah pertama untuk jadi peguam adalah dengan mendapatkan dahulu degree LLB (Hons)

16. setahu saya kelayakan untuk belajar law di universiti ini berbeza beza. Tetapi asasnya mesti credit subjek sejarah dan bahasa malaysia. Universiti untuk belajar itu perlu semak di laman web lembaga kelayakan

17. Kalau untuk jadi peguam lebih baik sambung degree di universiti tempatan kerana lulusan universiti tempatan tidak perlu lagi buat CLP dan terus boleh chambering. lagipun universiti tempatan akan mengajar undang-undang Malaysia dan bukan undang undang inggeris

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor