Perjanjian Pra-Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai Pre-Nuptial Agreement adalah sangat popular di negara Barat dan kini trend untuk membuat perjanjian sebegini semakin berkembang di Malaysia. Perjanjian sebegini lazimnya akan menyatakan hak dan tanggungjawab antara pasangan suami dan isteri contohnya jumlah nafkah yang dibayar kepada isteri serta hak-hak yang akan diperolehi jika berlaku perceraian. Perjanjian sebegini sangat popular di Barat kerana suatu perceraian yang berlaku di sana boleh menyebabkan pasangan 'botak' kepala kerana terpaksa membahagikan alimoni perceraian dan harta kepada pasangannya. Lazimnya, di sana pembahagian akan dibuat secara sama rata selepas perceraian jika tiada dibuat perjanjian pra-perkahwinan ini.
Di Malaysia barangkali perjanjian sebegini popular di kalangan masyarakat bukan Islam. Ini kerana di Malaysia, suatu perjanjian adalah kontrak dan suatu kontrak adalah dikawal selia oleh Akta Kontrak 1950. Secara teknikalnya, perjanjian pra-perkahwinan ini adalah suatu perjanjian yang sah di bawah Akta Kontrak 1950 jika kesemua rukun kontrak dipenuhi. Rukun kontrak adalah pihak-pihak yang mengikat kontrak, subjek atau perkara yang dikontrakkan, balasan kontrak (consideration) dan niat untuk mengikat kontrak (intention to create legal relation).
Namun, bagi pasangan beragama Islam, perjanjian antara bakal suami isteri ini haruslah juga dilihat daripada perspektif Hukum Syarak. Dalam satu kes yang pernah saya kendalikan bagi pihak suami, seorang isteri mendakwa bahawa suaminya telah berjanji secara lisan untuk memberikan nafkah dirinya sebanyak RM1000 sebulan dan juga berjanji untuk membayar ansuran kereta dan pinjaman pelajarannya. Sewaktu disoal balas, saya bertanya kepada si isteri tentang tarikh janji itu dibuat. Beliau seterusnya mengakui bahawa janji itu dibuat sebelum pernikahan iaitu dalam tempoh pertunangan.
Di dalam penghujahan, saya berhujah bahawa janji sebegitu jika wujud sekalipun tidak mengikat pihak-pihak kerana si isteri ketika itu belum lagi menjadi isteri kepada suami secara sah. Ini bermakna pada ketika itu, si isteri tidak layak menerima apa-apa nafkah dan janji itu jika benar berlaku perlu dipersetujui semula setelah akad nikah dibuat baharulah janji sedemikian akan mengikat suami.
Ini sama seperti lafaz taklik yang mana keesahan suatu lafaz taklik hanya berlaku jika lafaz taklik itu dibuat setelah akad nikah. Begitu juga, hak-hak isteri setelah berlaku perceraian seperti nafkah iddah dan mutaah hanya boleh direkodkan oleh Mahkamah setelah berlakunya perceraian.
Di akhir kes, Mahkamah memutuskan bersetuju dengan hujahan yang saya kemukakan. Mahkamah mengatakan bahawa hukum menunaikan janji adalah disunatkan di sisi jumhur ulama. Janji yang sebegitu tidak mengikat antara suami isteri melainkan jika ianya disahkan semula setelah berlangsung akad nikah.
Saya sebenarnya cenderung untuk menasihati pasangan yang akan bernikah untuk membuat perjanjian seumpama perjanjian pra-perkahwinan tetapi perjanjian yang dibuat sebelum perkahwinan itu hendaklah dipersetujui semula selepas berlangsung akad nikah. Perjanjian yang dimeterai sebelum akad nikah itu hendaklah seberapa segera ditandatangani semula di hadapan saksi-saksi selepas akad nikah. Saya percaya perjanjian sebegini boleh mendatangkan manfaat kepada para isteri kerana sering kali saya ketemukan kes-kes yang mana para suami mengabaikan hak isteri setelah berkahwin. Ada kalanya si isteri terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk nafkahnya dengan alasan suami tidak cukup wang atau atas sebab isteri juga berkerja. Seharusnya perkara-perkara ini diputuskan sebelum pernikahan untuk mengelakkan timbul pertikaian atau 'over expectation' oleh isteri. Jika ada kesempatan saya akan menulis lanjut mengenai hak-hak isteri dan hak-hak suami di dalam dan selepas perkahwinan.

Comments
saya ingin bertanya lanjut berkaitan kontrak perkahwinan atau pra perkahwinan ini.
bolehkan tuan memberi email atau no tel atau alamat pejabat tuan untuk saya segera mendapatkan info lanjut dari tuan?
nama saya Nurhafizah Binti Hafaz boleh dihubungi di talian 0102202502, fizahafaz@gmail.com.
terima kasih tuan.