Keputusan STPM dan SPM baharu diumumkan. Saya pasti ramai pelajar yang sibuk memikirkan untuk meneruskan pengajian mereka. Bagi yang memilih untuk belajar undang-undang, saya ucapkan tahniah dan selamat berjaya.
Saya pernah beberapa tahun menjadi pensyarah undang-undang di beberapa institusi pengajian tinggi. Saya dapati ramai pelajar undang-undang belajar secara tidak bersistem. Pensyarah yang mengajar mereka juga mungkin tidak berkesempatan untuk memberitahu pelajar-pelajarnya mengenai kaedah belajar undang-undang. Oleh itu, ramai pelajar yang masuk dalam kategori average kerana mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu.
Pelajar yang average adalah pelajar yang memuntahkan balik segala nota dan syarahan pensyarah. Jika begini amalannya memang sukar untuk mendapat pointer tinggi kerana lazimnya pensyarah hanya mampu mengajar 30% shj nilai sebenar mata pelajaran itu kerana faktor kesuntukan masa. 30% itu bukan anggaran yg tepat tetapi ianya metafora bhw pensyarah hanya mampu mengajar asas ilmu sahaja. Jika anda menginginkan ilmu, maka anda harus cari sendiri di perpustakaan.
Manakala, pelajar yang cemerlang saya lihat mereka bukan sekadar memuntahkan balik apa yang diajar di dalam kelas tetapi mereka juga ada menambahkan usaha untuk menambahbaik apa yang diajar dengan membaca lebih mendalam berkaitan perkara yang diajar. Mereka ini membuat pembacaan tambahan daripada buku teks (bukan nota guru), membaca artikel berkaitan, membaca jurnal, membuat grup diskusi, berlatih menjadi devil's advocate dan selalu berbincang dengan pensyarah dengan mengajukan soalan-soalan yang timbul sepanjang pembacaan dibuat.
Seperkara yang menjadi dilema pelajar undang-undang adalah untuk menghafal nama kes. Tugas menghafal nama kes ini akan menjadi rumit jika kita menghafalnya sepertimana kita menghafal Al-Quran. Saya fikir, cara terbaik untuk menghafal nama kes adalah dengan mentelaah kes original. Masalahnya, kadang-kadang kes itu terlalu panjang menyebabkan kesukaran untuk kita membaca kesemuanya. Tambahan lagi, bahasa Inggeris para hakim ini adalah bahasa tahap dewa. Berbelit-belit sehingga kita sendiri tidak menjumpainya puncanya. Apa yang sering saya buat bila mana membaca kes adalah dengan melihat nota yang telah diringkaskan oleh Law Report itu. Selepas itu, di bahagian 'Held' biasanya ditulis prinsip undang-undang yang dirumuskan oleh hakim dan ditulis halaman yang dirujuk. Seterusnya saya akan membuka halaman yang dirujuk itu untuk membolehkan saya memahami sepenuhnya apakah yang dimaksudkan oleh hakim. Selepas itu, saya akan meneliti hujahan plaintif dan defendan dan berfikir kenapakah hakim memilih untuk berpihak kepada plaintif atau defendan. Antara kes terbaik yang pernah saya baca adalah kes Morgan vs Simpson yang ditulis oleh Lord Dennings (berkaitan undang-undang pilihan raya).
Bagi para pelajar, saya sarankan perkara berikut untuk lebih berjaya dalam pengajian undang-undang:
1. Cuba mentelaah buku teks sebelum pelajaran tersebut diajar.
2. Mengenal pasti isu-isu dalam subjek yg diajar, contohnya, subjek Offer dan Acceptance dalam undang-undang kontrak. Kenal pasti apakah kes-kes yg berkaitan, apakah perbezaan dalam setiap kes itu, apa argumen peguam plaintif dan defendan, apakah kes-kes terkini melibatkan isu tersebut.
3. Membaca artikel dan jurnal tempatan dan antarabangsa. Cuba pergi ke perpustakaan dan belek jurnal untuk melihat apakah artikel yg telah ditulis berkaitan isu tersebut. mungkin juga ada disertasi atau tesis yang ditulis. Kita tidaklah perlu menghafal semua perkara itu tetapi mesti mengenalpasti isu dan teori yg ditulis dalam artikel berkenaan.
4. Berjumpa pensyarah untuk konsultasi bukan sekadar untuk mendapatkan pencerahan berkaitan apakah yang diajar di dalam kelas, tetapi berjumpa mereka untuk juga bertanya berkaitan isu yang kita temui semasa kita membaca artikel dalam jurnal itu dan berdialog dengan pensyarah berkaitan isu berkenaan.
5. Bertanya pensyarah apakah kelemahan yang beliau nampak dalam diri kita dan apakah yang kita perlu buat untuk penambahbaikan.
6. Luangkan masa setiap hari dalam 20 - 30 minit berseorangan untuk merenung apakah langkah-langkah yang kita buat itu sudah wajar dan apakah lagi langkah-langkah tambahan yang perlu dibuat. Contohnya jika belajar berkaitan Occupier's Liability dalam undang-undang tort, cuba mind mapping definisi, elemen yg perlu dibuktikan, pengecualian dan nama kes rujukan serta prinsip yg dinyatakan dalam kes itu.
7. Setiap bacaan yang kita buat perlu dibuat catatan dalam buku nota khas untuk memudahkan rujukan kelak. Catatkan point penting, nama buku rujukan, nama pengarang, tahun cetakan buku, pencetak buku dan halaman rujukan.
8. Hasilkan penulisan daripada catatan yang kita buat. Tempat yg paling mudah untuk dibuat catatan itu adalah di bahagian nota dalam fb atau di blog jika kita ingin berkongsi dengan orang ramai dan mendapat respon untuk memantapkan lagi ilmu atau di storan awan seperti di dalam googledrive jika kita tidak ingin berkongsi dengan orang lain.
9. Lontarkan isu yg kita baca itu kepada rakan group study dan cuba beraksi secara devil's advocate dengan rakan-rakan. Devil's advocate ini bukanlah hantu syaitan tetapi interaksi secara aktif antara rakan-rakan dengan bertanya dan menjawab soalan secara kritis.
10. Pergi ke perpustakaan dan baca buku-buku berkaitan mempelajari undang-undang seperti buku Glanville Williams, Learning The Law. Ada beberapa buku lain tetapi buku Glanville William ini adalah buku yang paling mustahak untuk dibaca.
11. setiap kali hendak tidur sewaktu otak dalam gelombang alpha, baca doa-doa utk mudahkan ingatan dan mohon supaya ditunjukkan jalan yg sebenar utk kejayaan. Begitu juga apabila sudah bangun tidur, fokuskan doa kita pada malam tadi dan ulang kembali pada pagi tersebut. Jika mempunyai masa, cuba bertahajjud dan mengadu kepada yang Maha Esa.
12. Sering-seringlah bermohon kepada ibu bapa supaya mereka juga turut doakan supaya kita berjaya.
selamat berjaya

Comments
sebagai persediaan utk jadi pelajar adalah utk fokus terhadap studi. selain itu, perlu juga belajar bergaul dengan rakan-rakan dan pensyarah. biasakan diri dengan library. sertai aktiviti ko kurikulum yg banyak di universiti. asah diri utk jadi leader. selain itu berdoalah sebanyaknya.
sekian
DrZ