Skip to main content

Kerahsiaan Undi Rakyat Malaysia.

1. Undi anda adalah rahsia. Tiada siapa dapat meneka siapakah yang anda undi kecuali anda sendiri menceritakannya.

2. Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sebut sesiapa yang ada dalam bilik mengundi mesti angkat sumpah kerahsiaan tak kira pegawai, kerani, calon, wakil calon atau petugas bilik mengundi. Borang A itu akan jadi jaminan undi anda rahsia.

3. Waktu kertas undi diberikan, kerani SPR hanya akan potong nama pengundi sahaja dan TIDAK BOLEH buat apa-apa catatan untuk mengenal pasti pengundi itu diberikan kertas undi yang mana (Rujuk Peraturan 19(5) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

4. Selepas mendapat kertas undi, pengundi perlu pergi ke kotak tempat mengundi dan menanda undi secara RAHSIA (Rujuk Peraturan 19(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

5. Selepas kertas undi ditandakan, pengundi perlu melipat kertas undi untuk MERAHSIAKAN undinya dan memasukkan ke dalam peti undi (Rujuk Peraturan 19(8) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

6. Selepas pusat pengundian ditutup jam 5 petang, Ketua Tempat Mengundi akan memasukkan kesemua kertas undi yang tidak digunakan, kertas undi rosak, buku daftar pemilih yang telah ditandakan dan kaunterfoil kertas undi dalam karung khas dan karung itu akan dilekatkan dengan perekat keselamatan sebagai jaminan bahawa ianya tidak akan dibuka semula atau dikacau ganggu (Rujuk Peraturan 24(1)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

7. Sewaktu bermulanya proses pengiraan undi, setiap kerani SPR, calon, wakil calon, petugas mengira undi parti juga wajib mengisi Borang A bagi menjamin kerahsiaan semasa proses mengira undi (Rujuk Peraturan 25(5) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

8. Kertas undi yang mengandungi pengenalan diri pengundi sehingga mendedahkan identiti pengundi akan dianggap sebagai undi rosak. Maka janganlah ditulis nama kita atau ditandatangan atas kertas undi itu (Rujuk Peraturan 25(7)(c) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

9. Selesai mengira undi, kesemua kertas undi yang telah dikira atau ditolak kerana rosak atau apa juga kertas atau buku bersabit dengan pengiraan undi itu akan dimasukkan dalam karung khas yang diletakkan perekat keselamatan. Selepas itu karung khas itu akan dimasukkan pula dalam peti undi itu dan dilekatkan perekat keselamatan juga (Rujuk Peraturan 25A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

10. Pengiraan undi pos dan undi awal juga melalui proses yang sama (Rujuk Peraturan 25C dan 27C Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

11. Apabila selesai proses perisytiharan calon yang menang, Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan menghantar serah segala kertas dan dokumen pilihan raya itu termasuk kertas undi kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri untuk dilupuskan. Kesemua itu akan dilupuskan kecuali jika ada kes petisyen maka ianya akan disimpan sehingga selesai kes petisyen (Rujuk Peraturan 25E Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

12. Hanya Hakim Mahkamah Tinggi sahaja yang boleh membenarkan atau Setiausaha SPR dalam kes berkaitan petisyen semata-mata yang boleh membuka semula peti undi yang mengandungi dokumen-dokumen di atas (Rujuk Peraturan 26 dan 26A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).

13. Maka dengan jaminan undang-undang ini, rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam, tentera, polis atau petugas SPR usah ragu-ragu untuk mengundi calon pilihan anda. Bos anda seperti Panglima Tentera atau Menteri tak berupaya untuk mengetahui siapakah yang anda undi.

14. Jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa dia mengetahui undi anda, usah ragu-ragu untuk membuat laporan polis ke atas orang itu kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 3, 4, 5 atau 6 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen yang disebut itu menghalang sesiapa sahaja daripada cuba mengetahui undi anda atau jika pun dia tahu dia tidak boleh memaklumkan undi anda itu kepada orang lain.

INGATLAH! UNDI ANDA ADALAH RAHSIA KECUALI ANDA SENDIRI MENDEDAHKANNYA.

Comments

taufiq said…
Salam tuan.. saya buat degree legal studies part time uitm.. soalan saya adakah satu2nya cara untuk saya menjadi peguam adalah melalui clp? Atau adakah cara lain utk qualified

Popular posts from this blog

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

THE CONCEPT OF CONSTRUCTIVE DISMISSAL IN MALAYSIA

1)            Constructive dismissal is a term used when an employee terminates his employment contract and considers himself discharged from further performance of his work as a result of his employer’s behaviour. For example, the employer has made the employee’s position at work untenable leaving the employee with no alternative but to quit his employment under protest. Although there is no actual dismissal by the employer, the end result is the same as if the employee had been fired. 2)            Gopal Sri Ram JCA in Quah Swee Khoon v Sime Darby Bhd [2001] 1 CLJ 9 at 19 described ‘constructive dismissal’ as follows: “A reading of the pleaded case for the parties resolved the issue that fell for adjudication before the Industrial Court into what the profession has come to call as a “constructive dismissal”. There is no magic in the phrase. It simply means this. An employer does not like...