Skip to main content

Posts

Tiga Cara Untuk Memperkasakan Mahkamah Syariah Tanpa Perlu Kepada RUU 355

Pada 26 Mei 2016 Ahli Yang Berhormat Marang telah mengemukakan usul persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (“Akta 355”). Dikatakan bahawa tujuan pengemukaaan usul itu adalah untuk meningkatkan wibawa dan memperkasakan Mahkamah Syariah. Justifikasinya adalah kerana dengan pengemukaan usul pindaan itu akan meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Pada masa sekarang, bidang kuasa maksima Mahkamah Syariah adalah untuk membicarakan kes-kes jenayah yang dikenakan hukuman maksima 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan. Manakala, dalam usul persendirian itu dicadangkan supaya bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ditingkatkan supaya setara dengan Mahkamah Sesyen Sivil iaitu untuk membicarakan apa-apa kes kecuali kes yang boleh dikenakan hukuman mati sahaja. Sekali imbas, sememangnya peningkatan bidang kuasa ini akan memberikan wajah baharu kepada Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa jenayah yang maha lua...

RUU 355 : Bakal Membuka Jalan Ketidakseragaman Undang-Undang Jenayah Syariah

YB Ahli Parlimen Marang dalam usul persendirian berkaitan RUU 355 ini, antara lain telah mengusulkan seperti berikut: “2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati.” Jika usul ini diterima dan diluluskan kelak tanpa sebarang pindaan maka secara nyatanya DUN di setiap negeri berhak menggubal dan meminda Enakmen Jenayah Syariah masing-masing mengikut kehendak mereka sendiri kerana tiada had atau takat hukuman yang diletakkan di dalam Akta 355. Mengikut usul ini, “Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah”. Apakah yang dimaksudkan oleh YB Ahli Parlimen Marang dengan undang-undang syariah? Perkataan ‘undang-undang syariah’ itu tidak didefinisikan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri a...

Perbandingan Tiga Usul YB Marang Berkaitan RUU 355

Berikut adalah perbandingan antara tiga usul YB Marang berkaitan RUU 355 sepertimana yang terkandung di dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat. Sepanjang kajian yang dibuat YB Marang telah mengemukakan usul pindaan RUU 355 ini sebanyak tiga kali dalam tiga mesyuarat berbeza. #Jika berlaku kesilapan dalam pengiraan ini mohon diperbetulkan. Apa yang menarik adalah bahawa ketiga-tiga usul itu adalah berbeza kandungannya. Apakah yang menyebabkan berlakunya perbezaan tersebut? Kenapakah berlaku taraddud begitu? Seharusnya jika pindaan RUU 355 telah dikaji oleh YB Marang melalui konsultasi dengan stakeholder atau pakar tentu sekali tidak mungkin berlaku perbezaan sedemikian. Penjelasan terbaik adalah daripada YB Marang sendiri. Aturan Urusan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas bertarikh 7/4/2015 24. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang...

Ke Mana Arah RUU 355

Perkembangan mutakhir RUU 355 ini nampaknya semakin giat diperkatakan. Saya menerima klip video dan poster yang berkempen supaya semua orang menyokong Ahli Parlimen Marang semasa pembentangan RUU 355 pada bulan Oktober ini. Saya juga ambil maklum bahawa penyokong Ahli Parlimen Marang telah menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai para ustaz untuk tujuan memberikan kuliah berkaitan RUU 355 di masjid, surau atau di dewan kuliah. Terdapat juga jawatankuasa yang ditugaskan untuk berjumpa dengan NGO bagi mengadakan ‘engagement’ untuk tujuan menyokong RUU 355. Saya terlihat di FB saya sekumpulan warga guru di Pulau Pinang yang membuat ikrar beramai-ramai untuk menyokong RUU 355 ini. Ada juga seruan daripada aktivits Felda yang membuat gesaan supaya kesemua warga Felda membuat desakan kepada ahli parlimen masing-masing untuk menyokong RUU 355 Ahli Parlimen Marang. Beberapa himpunan juga diadakan untuk menzahirkan sokongan kepada RUU 355. Di puncak klimaks itu, saya terbaca Nota Kesal Terhad...

Pengurusan Kewangan - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 13

     Baru-baru ini  dilaporkan bahawa mereka yang berpendapatan RM5000 sebulan dan tinggal di kota adalah dalam keadaan cukup-cukup makan. Bagi sesetengah orang, jumlah tersebut sudah dianggap sebagai jumlah yang besar. Laporan itu menyatakan bahawa lelaki berkenaan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Seorang anak sudah bersekolah berumur 11 tahun dan seorang lagi masih kecil berumur setahun. Lanjutan daripada laporan tersebut, beberapa radio di ibu kota telah mendapatkan pandangan beberapa pendengar dan para penyelidik. Seorang penyelidik menyatakan dalam temu bual radio itu bahawa jumlah pendapatan yang agak selesa sedikit jika tinggal di ibu kota ini adalah sebanyak RM8000 sebulan.     Bagi seorang peguam, gaji yang diperolehi pada masa mula-mula menjadi peguam tidak akan mencapai jumlah RM5000 sebulan. Gaji RM5000 sebulan itu mungkin akan dicapai jika sudah bekerja 3-6 tahun. Gaji permulaan seorang peguam di ibu kota ini mungkin sekit...

Memahami Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (“Akta 355”)

Semenjak Ahli Parlimen Marang mengemukakan RUU Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (“Akta 355”) pada 26 Mei 2016, polemik berkaitan isu ini bertambah panas. Isu ini menjadi panas disebabkan komen berbaur emosi dan pengaruh keagamaan tanpa difahami secara tuntas apakah persoalan yang sebenar di sebalik isu ini. Bahkan, ramai yang tidak pernah pun membaca teks sebenar Akta 355 sebelum memberikan komen ke atas isu ini. Oleh itu, adalah wajar sekiranya kita melihat perspektif sebenar berkaitan hal ini. Kandungan Akta 355 Akta 355 ini adalah akta yang ringkas yang hanya mengandungi 3 seksyen sahaja. Akta 355 ini dimulai dengan Tajuk Panjang dan Mukadimah yang menyatakan seperti berikut: “Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang - undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak.” Seksyen 1 Akta 355 ini pula menyatakan tajuk ringkas akta i...