Pagi ini ada rakan fb saya yang juga bekas pensyarah saya, Prof Madya Dr Shamrahayu meletakkan posting di fb beliau seperti berikut,
"Sebelum terbaca satu status sahabat di laman FB ramai pelajar saya yang telah menamatkan "law school" dan sedang menjalani latihan dalam kamar atau sudah berkhidmat membuat rumusan bahawa banyak teori yang dipelajari di universiti tidak dapat diterima pakai di alam realiti. Respons saya: Universiti mengajar teori. Universiti cuba mencari kelebihan diri pelajar. Universiti cuma boleh memberi. Pelajar hendaklah berdikari. Dengan teori, dengan kelebihan diri dan dengan berdikari, pelajar perlulah bijak menatap realiti. Seterusnya, dengan berbekal kelebihan diri, pelajar hendaklah bijaksana menyuai padan realiti dan teori - menentukan sama ada realiti perlu disuai padan dengan teori atau teori yang perlu disuai padan dengan realiti. Semua itu pelajar perlu buat sendiri. Setelah tamat di sini, universiti hanya boleh memerhati. Alam realiti ini tiada henti."
sumber: FB Dr Shamrahayu Aziz (15/4/2014)
Bila terbaca posting sebegini, saya fikir ramai graduan undang-undang tertanya-tanya dan dilema samada apa yang mereka belajar di universiti itu akan berguna kepada mereka setelah mereka keluar universiti dan masuk alam pekerjaan. Juga samada perlu belajar teruk menghadap buku dan pergi ke perpustakaan atau boleh bermain-main sahaja di sewaktu di universiti. Jika apa yang dipelajari di universiti tidak berguna maka buat apa kita perlu teruk-teruk belajar.
Pengalaman saya, setelah tamat LL.B(Hons) saya telah mengikuti latihan dalam kamar (chambering) dan seterusnya menjadi peguam sehingga sekarang. Sekarang ini masuk tahun ke 14 saya beramal sebagai peguam. Sebelum itu, saya pernah juga mengajar subjek undang-undang di beberapa buah universiti.
Antara perkara yang menjadi sesalan saya adalah kerana tidak menekuni pelajaran di universiti dan memanfaatkan masa di universiti untuk menimba ilmu semaksima mungkin. Kalau pergi ke tutorial, banyak kali hanya pergi sebagai pendengar sahaja tanpa mengambil peluang itu untuk berinteraksi dengan pensyarah. Pergi ke perpustakaan pun hanya kerana ingin menyelesaikan tugasan (assignment). Jauh sekali hendak membuat temujanji dengan pensyarah untuk 'consultation' khusus.
Apabila keluar daripada universiti dan memasuki alam kepeguaman, saya mula rasa rendah diri dan tidak cukup ilmu. Mujur juga selepas melepasi ijazah LLB saya meneruskan pelajaran di peringkat Sarjana sehingga memperolehi MCL (Master in Comparative Laws). Pada peringkat ini, sistem belajar peringkat sarjana telah berubah iaitu daripada menjadi pendengar setia (baca : spoonfed) kepada sistem belajar yang lebih inkuisitif. Dalam erti kata lain, saya perlu membuat kajian sendiri dan membaca segala buku-buku serta makalah undang-undang. Tempoh belajar MCL hanyalah mengambil masa 9 bulan sahaja diikuti dengan sebuah disertasi ringkas (sekitar 80 halaman). Tetapi ruang masa itu benar-benar membuka mata dan hati saya betapa saya telah mensia-siakan masa 4 tahun semasa peringkat sarjana muda.
Selanjutnya, apabila saya menerima kontrak untuk mengajar secara sambilan di beberapa universiti, kali ini saya mengalami pengalaman yang lebih menakjubkan! Saya mengajar pelbagai subjek perundangan seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah, undang-undang perlembagaan dan undang-undang prosedur jenayah. Bila mengajar ianya tidak sama dengan belajar. Dalam erti kata lain, seorang yang mengajar mesti menguasai ilmu itu sepenuhnya. Maka bermula pembelajaran saya kali kedua. Saya terpaksa (atau memaksakan diri) untuk membaca setiap peruntukan di dalam Akta Kontrak 1950, Kanun Tanah Negara 1965, Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Prosedur Jenayah. Selain itu, saya juga mentelaah semua buku teks yang berkaitan dengan undang-undang yang dimaksudkan. Baharu saya sedar bahawa sebenarnya pengetahuan saya semasa peringkat sarjana muda dahulu amat dangkal padahal ada subjek yang diberikan markah A atau B+. Ini bermakna ada pensyarah saya yang mungkin memberikan markah kasihan atau 'timbang kati' sehingga saya mendapat markah yang saya tidak sepatut mendapatnya (Alhamdulilah).
Setelah tamat tempoh kontrak mengajar saya telah menumpukan perhatian dalam amalan guaman. Ternyata segala teori yang dipelajari di universiti dan pengetahuan yang diperolehi daripada bacaan itu banyak membantu saya dalam amalan kepeguaman.
Sebab itu, saya agak pesimis dengan pandangan yang menyatakan bahawa apa yang dipelajari di universiti itu tidak diterima pakai di alam realiti. Pandangan itu hanya benar jika kita mengambilnya dari sudut ruang lingkup yang kecil. Contohnya, apabila kita membuat proses 'debt recovery' (saman bagi mendapatkan semula hutang, seperti kegagalan membayar hutang bank), maka yang relevan dalam proses ini adalah bagaimana mengambil penghakiman ingkar (judgment in default). Memang subjek JID tidak diajar secara khusus di universiti. Tetapi, jika kita mengambilnya dalam konteks yang lebih luas, subjek itu sebenarnya berkait rapat dengan undang-undang kontrak.
Saya pernah mengendalikan kes berkaitan JID ini yang mana klien saya itu adalah penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh bekas suaminya. Klien saya menyatakan bahawa bekas suaminya telah meniru tandatangannya dan pihak bank pula telah mengeluarkan wang pinjaman itu tanpa pengetahuannya. Untuk menangani kes sebegini, seorang peguam perlu faham peruntukan dalam Akta Kontrak. Ini kerana asas dalam berkontrak bahawa ianya terbina atas 4 rukun utama iaitu, 'promisor', 'promisee', 'consideration' dan 'intention to create legal relation'. Rukun-rukun ini pula terbina atas 'free consent', 'legal capacity' dan 'certainty'. Nah! Ini adalah subjek undang-undang yang dipelajari pada tahun 1 di universiti.
Menggunakan prinsip yang dipelajari ini, saya telah berjaya menegakkan keadilan kepada klien saya. Saya bertegas di dalam pembelaan klien saya bahawa beliau tidak pernah memberikan persetujuan untuk memasuki sebarang kontrak dengan pihak bank dan kontrak jaminan yang didakwa oleh pihak bank itu adalah tidak sah.
Pada hari perbicaraan, akhirnya pihak bank bersetuju untuk menarik balik kes terhadap klien saya kerana melalui bukti-bukti dokumentar yang ada terdapat sangkaan yang kuat (strong presumption) bahawa klien saya tidak pernah memasuki kontrak dengan pihak bank.
Kesimpulannya, apa yang dipelajari di universiti itu amat berguna jika pelajar itu faham dan tahu menggunakannya di masa yang sesuai. Oleh itu, jangan sia-siakan masa yang ada di universiti dan terus belajar dengan tekun kerana apabila pelajar itu sudah memasuki alam pekerjaan, masa itu akan menjadi sangat pantas berlalu sehingga tiada lagi masa untuk bermewah-mewah membaca buku teks yang pernah dipelajari dahulu. Sekiranya pelajar itu mampu mensinergikan pelajaran dan teori yang dipelajari di universiti dengan skil advokasi dan kepeguaman di alam realiti nescaya pelajar itu akan menjadi seorang peguam yang berjaya dan tersohor serta berada dalam martabat tersendiri kelak.
Selamat Berjaya!!!

Prof Madya Dr Shamrahayu A.Aziz sumber: http://www.utusan.com.my/pix/2012/0115/Utusan_Malaysia/Rencana/re_02.1.jpg |

Comments
I'm currently doing pre law and based on this article, it opens my mind to what a lawyer is.
Speaking about Contract Law, i personally think that this subject is hard and it requires lots of attention. I prefer Criminal Law and Law of Tort.
InsyaAllah, i'll be enrolling to law degree soon and i hope i will focus more during lectures and tutorials and maximize the tutorial slots with interaction with my future lecturers.
Again, thank you so much for sharing this article!
#apa maksud tuan sia2 masa 4tahun semasa peringkat sarjana muda?
keadaan saudari sama seperti saya, saya juga menyedari betapa masa 4 tahun peringkat LLB disesiakan tanpa penumpuan dan bacaan tambahan buku undang-undang. Saya hanya sedari hal itu di peringkat MCL. Walaupun saya graduate LLB dgn 2nd Upper tetapi ilmu 9 bulan di peringkat MCL melebihi ilmu 4 tahun di peringkat LLB
saudara boleh memohon utk masuk ke pusat matrikulasi. Pilihlah pusat matrikulasi yang mempunyai law school jika mahu menyambung pelajaran di bidang perundangan. Tiada apa yang dapat meyakinkan sdra kecuali dgn ilmu pengetahuan dan bercakap sendiri dgn peguam-peguam yang telah beramal. Mungkin di sana saudara akan dapat sedikit motivasi. selain itu, saudara juga boleh menemuramah pensyarah undang-undang atau pegawai kaunseling kerjaya untuk mengetahui lebih lanjut.
sekian
wassalam, jawapannya tidak boleh. saya telah tulis artikel sblm ini bagaimana dan apakah course yg perlu diambil utk menjadi peguam. syarat penting mesti mempunyai Ijazah sarjana muda undang-undang daripada universiti yg diiktiraf.
Saya buat undang undang jarak jauh di um..
pada pendapat puan apakah cara untuk faham undang undang jenayah dan kanun keseksaan....
kalau buat undang-undang jarak jauh perlu sering baca buku dan consult pensyarah utk perkara-perkara yg kita tidak faham. Jika sdri ada peluang, boleh juga bertanya kepada peguam-peguam yang beramal dalam bidang undang-undang jenayah.
Sdri juga boleh pergi ke mahkamah jenayah di tempat sdri utk tengok prosiding jenayah dibuat. ini akan menambahkan kefahaman kita terhadap undang-undang itu.
Umur saya dah 38 tahun. Zaman sekolah selepas SPM tiada siapa yang motivate saya untk sambung belajar...saya berminat badan beruniform..tapi saya tak cukup tinggi untuk joint badan beruniform.
Baru-baru ini saya bersemangat untuk sambung belajar dalam bidang law.
Mohon pendapat tuan:
1. apakah kreteria dalam diri kita yang perlu ada bagi menceburi bidang law ini dari segi personaliti ke, mental ke
Terdapat berapa universiti yang menawarkan foundation of law? SPM saya tahun 1996, layakkah untuk mengambil jurusan ini?
Saya rasa masih boleh. dulu ada rakan saya yg jadi guru sekolah. dia ambil BA Jurisprudence secara part time di UM. Selepas itu dia ambil CLP dan slps itu berhenti jadi guru dan menjadi peguam. Sekarang ini lebih baik jika dapat kaji dan tengok requiremnt yg ditetapkan oleh Lembaga Kelayakan. Ambil course yg diperakui. kelak menyesal jika ambil tp tak dapat jadi peguam
Terima kasih banyak²