Skip to main content

Posts

Seronoknya Menjadi Peguam di Hari Raya

Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Idulfitri 1436H Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ini. Saya mengharapkan teman-teman dan peminat blog ini dalam keadaan selamat sejahtera. Saya menerima banyak emel dan pertanyaan daripada peminat blog ini berkaitan kerjaya peguam. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan betapa kerjaya peguam ini dapat menambahkan keseronokan di hari raya. Bila menyebut berkaitan hari raya maka tergambar kepada kita wajah ibu bapa di kampung dan keseronokan berjumpa sanak saudara. Namun, keseronokan itu tiada gunanya jika tidak dapat dinikmati. Untuk menikmati hari raya, faktor yang paling penting adalah cuti. Nah! Ini yang saya maksudkan. Bila menjadi peguam maka senang untuk kita merancang cuti. Namun, kelebihan ini hanya wujud kepada peguam yang menjadi bos sendiri [maaf kepada teman-teman yang makan gaji]. Jika menjadi bos sendiri maka kita akan mengaturkan jadual kita sendiri tanpa perlu menghiraukan orang lain. Sebab itu, ramai peguam akhirnya me...

Jadilah Saksi Yang Benar

Pernahkah kita mengalami situasi yang mana saksi tersebut memberikan keterangan yang tidak seperti diharapkan oleh kita? Sewaktu mengendalikan kes baru-baru ini, klien saya (iaitu pihak yang menuntut) ada membuat dakwaan bahawa beliau telah dilayan secara tidak saksama dan terdapat unsur-unsur diskriminasi layanan terhadap beliau di tempat kerja. Klien saya telah menyebut nama seorang rakan sekerjanya yang telah mendapat layanan yang sama. Saya namakan rakannya itu sebagai "Hj Z' [bukan nama sebenar].  Hj Z itu dikatakan telah tidak mendapat bonus dan rekomendasi untuk kenaikan pangkat oleh bosnya disebabkan kelantangannya berbeza pendapat dengan bosnya. Setelah nama Hj Z disebut, pada tarikh perbicaraan yang berikutnya pihak responden telah memanggil Hj Z itu untuk memberikan keterangan bagi menyanggah dakwaan klien saya. 2 hari sebelum perbicaraan, klien saya telah memberitahu saya bahawa Hj Z ada berkomunikasi dengan beliau dan Hj Z berjanji untuk menyatakan perkara s...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Menangani Klien - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 4

Klien atau kelayan adalah manusia terpenting dalam profesion guaman. Perkataan 'klien' ini saya tidak menjumpainya dalam laman portal pusat persuratan Melayu - DBP. Namun, dalam istilah perundangan, istilah klien ini telah digunakan secara meluas. Tanpa klien ibaratnya seperti doktor tanpa pesakit. Tanpa klien, sebuah firma guaman akan 'bungkus' atau 'tutup kedai'. Sepanjang beramal sebagai peguam semenjak tahun 2000, saya telah berjumpa dengan ratusan klien. Sepanjang tempoh itu saya menemui pelbagai karenah klien. Kata teman saya, Almarhum Engku Mohd Azri [semoga Allah terus mengampuni dosa-dosanya dan merahmati rohnya], belajar sains kemanusiaan adalah tidak sukar, yang sukarnya adalah menangani karenah manusia kerana setiap manusia mempunyai karenahnya tersendiri. Karenah seorang manusia tidak sama dengan seorang yang lain. Jika seseorang itu bekerja di sektor yang melibatkan manusia seperti peguam, doktor dan pakar motivasi maka kesulitan itu pasti dialam...

Mencipta Peluang - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 3

Sewaktu mula menjadi peguam dahulu, saya hanya berfikir untuk menjadi peguam yang terbaik. Seperti mana yang ditulis sebelum ini, peguam-peguam senior menjadi sumber inspirasi saya untuk memajukan diri. Bila membaca suratkhabar mengenai kejayaan peguam senior seperti mendiang Karpal Singh, langsung terdetik dalam hati betapa hebat beliau beraksi di hadapan hakim sehingga membolehkan kliennya dilepaskan. Namun, sebenarnya imaginasi itu hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya kita mencipta peluang. Ada peguam yang berjaya mengumpul harta itu kerana beliau adalah seorang bertuah dilahirkan dalam famili yang sudah berjaya. Tambahan lagi, jika ada ahli familinya yang telah menjadi peguam dan mempunyai senarai klien yang panjang. Tetapi, kebanyakan orang sifatnya tidak begitu. Kebanyakannya lahir ke dunia ini tanpa mempunyai apa-apa harta atau tulang belakang (back up) yang kuat daripada ahli keluarga. Maka jika kita bersifat seperti kapal layar yang tiada nakhoda maka kita akan dihanyut...

Nilai sebuah Surat Akuan Berkanun / Statutory Declaration (SD)

 1.        Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration atau lebih dimaklumi dengan nama SD adalah dikawal selia di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13). Ada juga orang memanggilnya dengan nama Surat Sumpah atau Surat Akuan Bersumpah. Apakah nilai sebuah surat akuan  atau SD ini. Bolehkah ianya dijadikan bukti? Bolehkah ianya dijadikan asas untuk memulakan siasatan? Apakah hukuman yang dikenakan jika surat akuan itu mengemukakan fakta yang tidak tepat? 2.       Surat akuan lazim digunakan dalam proses perundangan. Banyak pejabat kerajaan menggunakan surat akuan dalam memproses permohonan tertentu daripada orang ramai. Antaranya seperti permohonan untuk memasukkan kaveat mesti dilampirkan dengan surat akuan pengkaveat yang menyatakan bahawa beliau mempunyai kepentingan yang boleh dikaveatkan di atas tanah tersebut. Pejabat Tanah juga menggunakan kaedah surat akuan dan laporan polis dalam memproses permohonan untuk mendapatkan geran h...

The Art of Cross Examination - Bagaimana Mahu Mengenali Saksi Pembohong

Big Or Small: Lies Are Lies           Setelah mengendalikan puluhan jenis perbicaraan dan telah berpengalaman menyoal balas saksi-saksi, saya dapat mengenal pasti beberapa tingkah laku saksi berbohong di Mahkamah. Ingatlah! Sebelum seseorang saksi itu memberikan keterangan, beliau dikehendaki mengangkat sumpah bahawa beliau akan bercakap benar dan tidak akan sesekali bercakap perkara yang tidak benar.           Pada hari ini (31/12/2014) hari penutup tahun 2014, saya ditakdirkan bertemu dengan saksi yang pada penilaian saya beliau telah berbohong semasa memberikan keterangan. Lazimnya, saksi pembohong ini berpewatakan seperti orang alim, bertutur dengan lemah lembut, ada ketika saksi begini akan berpakaian seperti orang warak dengan bertudung litup, berketayap, berjubah atau mungkin memakai baju kot, berkasut hitam berkilat atau memakai pakaian yang bergosok, terurus penampilannya dan rambut bersikat rapi. Ada juga penjawat awam ...

Semakan Kes Ke Mahkamah Rayuan Syariah di bawah S. 53 Akta 505

Dalam kes Zxxxxx bt Mxxxxxxx Mxxxxxxxx lwn Majid bin Saith Mohamed, Rayuan No. 14000-041-0049-2013 & 14000-003-0045-2012, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur (Panel: DS Yusup Che Teh, Dato Aidi, Dato Hussin) pada 26/8/2014 telah membuat keputusan seperti berikut: "S.53 Akta 505 membenarkan Mahkamah Rayuan Syariah untuk menyemak kes samada masih dalam prosiding atau kes yang telah diputuskan. Tiada sebarang tempoh masa tertentu proses semakan boleh dibuat namun ianya tidak boleh sewenang-wenangnya dibuat". Saya tak pasti samada kes ini akan dilaporkan atau tidak di dalam Jurnal Hukum. Oleh itu, maknanya kalau kes itu telah lama sekali pun, peluang untuk menyemak masih ada. Sakian melaporkan.

Tuntutan nafkah iddah menurut hukum syarak dan undang-undang

Pembayaran nafkah iddah adalah wajib ke atas suami yang menceraikan isterinya sepanjang tempoh iddah dan selagi isterinya tidak disabitkan dengan nusyuz. Kuasa Mahkamah untuk membuat perintah berhubung tuntutan nafkah iddah adalah termaktub dalam seksyen 59(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang menyatakan: “Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isterinya atau bekas isterinya.” Seksyen ini memberikan kuasa yang luas kepada Mahkamah untuk membuat perintah berkaitan nafkah iddah kepada isteri yang telah diceraikan selagi isteri itu tidak disabitkan nusyuz. Seksyen 65(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pula menyatakan tempoh kuatkuasa nafkah adalah sehingga tamat tempoh iddah seseorang isteri: “Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendakla...

Tuntutan mutaah menurut hukum syarak dan undang-undang

Pembayaran mutaah adalah wajib ke atas suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang patut di sisi Hukum Syarak. Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan: “Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.” Allah Taala telah berfirman, “Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang takwa” Al-Baqarah 2:241 Hal ini diperkuatkan lagi dengan tawaran Nabi S.A.W memberikan mutaah kepada isteri-isteri Baginda S.A.W sepertimana yang difirmankan, ...

Realiti Belajar Undang-Undang Tidak Sama Dengan Beramal Dengan Undang-Undang

Pagi ini ada rakan fb saya yang juga bekas pensyarah saya, Prof Madya Dr Shamrahayu meletakkan posting di fb beliau seperti berikut, "Sebelum terbaca satu status sahabat di laman FB ramai pelajar saya yang telah menamatkan "law school" dan sedang menjalani latihan dalam kamar atau sudah berkhidmat membuat rumusan bahawa banyak teori yang dipelajari di universiti tidak dapat diterima pakai di alam realiti. Respons saya: Universiti mengajar teori. Universiti cuba mencari kelebihan diri pelajar. Universiti cuma boleh memberi. Pelaj ar hendaklah berdikari. Dengan teori, dengan kelebihan diri dan dengan berdikari, pelajar perlulah bijak menatap realiti. Seterusnya, dengan berbekal kelebihan diri, pelajar hendaklah bijaksana menyuai padan realiti dan teori - menentukan sama ada realiti perlu disuai padan dengan teori atau teori yang perlu disuai padan dengan realiti. Semua itu pelajar perlu buat sendiri. Setelah tamat di sini, universiti hanya boleh memerhati. Alam realiti i...

The Art of Cross-Examination

Please have a look at the way YB Hanipa Maidin crossed the witness. It is indeed fascinating to become a lawyer especially when you have the opportunity to cross a witness. Especially if a witness has acted as if he knows everything about the subject or the witness is giving his opinion rather than stating the fact. Unfortunately, this article is in Malay. You may seek help from Mr Google Translator. The original article can be found at  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25781-rahim-noor-teruk-dikerjakan-oleh-hanipa PULAU PINANG:  Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) . YB Hanipa Maidin Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanip...