Skip to main content

Benarkah karikatur tidak dibenar dalam PRU 13?



Beberapa laporan akhbar pada 31/5/2012 menyiarkan berita bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Berita itu boleh lihat di sini dan di sini . Dalam respon segera oleh kartunis terkenal, Zunar di sini beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berkempen menggunakan karikatur.


Pertamanya, agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958. Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu. Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. Yang sebenarnya mungkin seksyen yang menjadi taruhan Timbalan Pengerusi SPR adalah seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen tersebut menyatakan:


Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan 

4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau pemusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang  sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi  dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama  tempoh tidak melebihi lima tahun atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Seksyen ini tidak menyatakan samada karikatur atau banner atau poster atau gambar yang menjadi kesalahan. Yang menjadi kesalahan adalah mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara kaum yang sama atau berlainan. Justeru, hujah Timbalan Pengerusi SPR itu jelas tidak relevan.

Selain itu, apakah yang dimaksudkan 'mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan'. Apakah karikatur sahaja sudah cukup untuk mengembangkan perasaan jahat. Bagaimana pula dengan anak-anak kita. Nampaknya semasa musim pilihan raya nanti anak-anak sudah tidak boleh melihat karikatur di televisyen lagi jika ini tafsiran SPR. Sebab itu, saya mendapati hujah Timbalan Pengerusi SPR itu amat tempang. Itu belum lagi dipersoalkan apakah kuasa SPR untuk memberikan takrifan kepada seksyen 4A ini kerana setahu saya, hanya Mahkamah yang diberikan kuasa untuk membuat pentafsiran undang-undang.


Yang peningnya, (saya seorang peguam pun pening) bila membaca seksyen ini. Bahasanya berbelit. Tidak tahu di mana letaknya koma dan noktah. Kalau dibaca dalam satu nafas boleh bikin semput dada. Mungkin  yang mendraf seksyen ini adalah orang yang gagal  ujian Bahasa Malaysia. Kalau bahasanya berbelit sebegini payah, maka perlaksanaannya dalam proses pendakwaan dan perbicaraan tentu lebih sukar lagi. Sebab itu, kewujudan seksyen ini tidak digeruni samada oleh pihak yang berpolitik. Rakyat tidak faham, orang politik tidak faham, peguam tidak faham, malah hakim pun barangkali tidak faham. Sepanjang ingatan saya, belum pernah ada sesiapa yang didakwa di bawah seksyen ini semenjak seksyen ini diluluskan oleh Parlimen.

Akhirnya, SPR secara amnya, dan secara khususnya Timbalan Pengerusi SPR tidak usah memandai-mandai memberikan tafsiran kepada statut. SPR tumpukan dahulu kepada usaha pembersihan daftar pemilih yang masih kotor. Usah dihalang inisiatif dan kreativiti rakyat untuk berkempen. Jika berlaku pun perlanggaran seksyen 4A ini boleh tangkap sahaja orang yang melanggar seksyen ini dan boleh dibuat pendakwaan.  SPR hendaklah ingat fungsi sebenarnya adalah untuk menjadi pengadil yang adil yang tidak berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding.


Comments

Popular posts from this blog

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

THE CONCEPT OF CONSTRUCTIVE DISMISSAL IN MALAYSIA

1)            Constructive dismissal is a term used when an employee terminates his employment contract and considers himself discharged from further performance of his work as a result of his employer’s behaviour. For example, the employer has made the employee’s position at work untenable leaving the employee with no alternative but to quit his employment under protest. Although there is no actual dismissal by the employer, the end result is the same as if the employee had been fired. 2)            Gopal Sri Ram JCA in Quah Swee Khoon v Sime Darby Bhd [2001] 1 CLJ 9 at 19 described ‘constructive dismissal’ as follows: “A reading of the pleaded case for the parties resolved the issue that fell for adjudication before the Industrial Court into what the profession has come to call as a “constructive dismissal”. There is no magic in the phrase. It simply means this. An employer does not like...