Skip to main content

KES PENDAKWA RAYA VS SAM KE TING (KES BASIKAL LAJAK)

 KES PENDAKWA RAYA VS SAM KE TING

Ada kawan peguam berikan penghakiman ringkas YA Hakim ini. Terima kasih diucapkan kepadanya. Mengikut YA Hakim sebab mengapa keputusan Majistret diakaskan adalah kerana:
1. Isu sama ada wujud prima facie atau tidak telah pernah diputuskan dalam kes rayuan sebelum itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang lain. Dalam rayuan itu adalah jelas tertuduh telah dipanggil membela diri.
2. Tertuduh telah memberikan keterangan secara tidak bersumpah (unsworn statement from the dock). Apabila seseorang tertuduh dipanggil membela diri ada 3 pilihan diberikan, sama ada berdiam diri, memberikan keterangan tanpa bersumpah dan memberikan keterangan secara bersumpah. Keterangan secara tidak bersumpah akan mempunyai nilai lebih rendah daripada keterangan bersumpah kerana keterangan tersebut tidak boleh dicabar melalui soal balas pihak lawan.
3. Keterangan tidak bersumpah tertuduh itu juga gagal mematahkan kes prima facie apabila tiada keraguan munasabah berjaya diwujudkan. Khasnya tertuduh itu telah memandu laju dalam keadaan berselekoh dan berbukit. Alasan tertuduh tidak tahu wujud aktiviti basikal lajak bukan lah satu pembelaan kerana jika tertuduh memandu dengan berhati-hati maka kejadian tersebut akan berjaya dielakkan.
Ulasan:
1. Apabila peguam menjalankan kes jenayah, strategi adalah sangat penting untuk membebaskan anakguam. Dalam kes ini, andaian saya adalah bahawa peguam mengambil pendekatan bahawa kes prima facie itu tidak kuat dan dianggap boleh dipatahkan dengan keterangan tidak bersumpah.
2. Apakah sebab tertuduh memberikan keterangan tidak bersumpah tidaklah kita ketahui. Tetapi keterangan sebegini tidak cukup untuk melawan keterangan prima facie melainkan pihak pembelaan ada membawa bukti-bukti dan keterangan daripada pihak lain untuk mematahkan keterangan pendakwaan.
3. Persoalan yang besar adalah Mahkamah membuat dapatan bahawa tertuduh telah memandu secara laju dan melulu. YA Hakim tidak menyebut bukti-bukti ini, mungkin nanti dalam alasan penuh ada disebutkan. Bukti-bukti ini mungkin daripada keterangan polis yang menyiasat, rajah kasar dan lain-lain.
4. Menurut S. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihak pendakwaan perlu buktikan wujud pemanduan melulu atau laju atau merbahaya. Mungkin bagi pihak pembelaan bukti seperti itu tidak wujud dan itulah sebabnya tertuduh ini dibebaskan tanpa membela diri sebelum ini. Tetapi apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya membela diri ini bermakna wujud kes prima facie dan Hakim Rayuan yang kedua ini memutuskan bahawa keputusan hakim sebelum itu mengikat beliau. Mungkin cara Hakim ini tidak tepat juga kerana mereka adalah setara dan keputusan hakim itu tidak mengikat hakim yang lain.
5. Apa pun, kes ini masih dalam perbicaraan apabila tertuduh telah memutuskan untuk memohon kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Rayuan. Jabatan Netizen Malaysia perlu bersabar dan tidak membuat andaian melebihi daripada fakta yang dijelaskan dan dikemukakan kepada Mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

THE CONCEPT OF CONSTRUCTIVE DISMISSAL IN MALAYSIA

1)            Constructive dismissal is a term used when an employee terminates his employment contract and considers himself discharged from further performance of his work as a result of his employer’s behaviour. For example, the employer has made the employee’s position at work untenable leaving the employee with no alternative but to quit his employment under protest. Although there is no actual dismissal by the employer, the end result is the same as if the employee had been fired. 2)            Gopal Sri Ram JCA in Quah Swee Khoon v Sime Darby Bhd [2001] 1 CLJ 9 at 19 described ‘constructive dismissal’ as follows: “A reading of the pleaded case for the parties resolved the issue that fell for adjudication before the Industrial Court into what the profession has come to call as a “constructive dismissal”. There is no magic in the phrase. It simply means this. An employer does not like...